Selamat Hari Lahir Suamiku !.

Selamat Hari Lahir Suami

Assalamualaikum semua.

"Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Ami!, Happy Birthday to you 🎢🎢🎢".

Birthday siapa pulak kali ni ya?, hihi. Tanggal 24 April 2019, iaitu Rabu lepas  adalah birthday insan yang penting bagi aku iaitu suami aku. Tahun ni pun sama macam tahun-tahun sebelumnya jugak, aku hantar suprise birthday untuk dia.

Selamat Hari Lahir Suami

Buat suamiku tersayang, 

Berapa ja baki usia yang ada, semoga ia takdirnya denganmu. Datang lah semua & apa ja, susah senang licin liku.

Untuk berjuta lagi solat kita, berpimpin-pimpin solat di masjid sampai ke tua.

Hidup bersama, mati berdua.

Selamat Hari Lahir Ami, Zulfitri Zahidin, πŸ’‹πŸŒΉ. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah.

Jaga solat, jaga iman. If we love each other, we be good. So, in aakhirah we can ask for one another.

Love u, ami ♥. For the sake of Allah.




Keep Reading»

Gerbang Iftar Nusantara Di Bukit Merah Laketown Resort

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort


Assalamualaikum, hai hangpa.

Alhamdulillah, tahun 2019 ni dapat review buffet Ramadhan.

Hari Rabu lepas, aku ada p ke Ramadhan review di Bukit Merah Laketown Resort. Sekejap ja dah nak puasa kan hangpa.

Bukit Merah Laketown Resort telah melancarkan promosi bulan Ramadhan dengan perasmian iftar istimewa dengan tema "Gerbang Iftar Nusantara". Sajian yang bertemakan citarasa masakan nusantara ni ialah campuran daripada beberapa menu ketimuran seperti nasi mendi & kabsah. Menu ni menjadi salah satu daya penarik bagi kita untuk berbuka puasa di sini.

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort

Sesuai dengan temanya, pelbagai pilihan menu santapan nusantara untuk buffet Ramadhan tahun ni dibuat dengan teliti oleh Esekutif Chef Bukit Merah Laketown Resort, Noorul Qamar Mohd Noor. Sebanyak lima set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ni. Ia meliputi sehingga 50 sajian hidangan termasuk sajian makanan barat seperti spaghetti, bebola daging, pai sherperd, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju berserta tomato.

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort

Untuk pembuka selera, ada pelbagai pilihan salad di sini seperti salad kentang, salad kobis & tartar. Selain tu, tak dilupakan jugak ada pelbagai jenis sambal seperti sambal belacan, sambal kerisik & sambal mangga. Memang membuka selera betul lah kan hangpa.

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort

Terdapat beberapa gerai yang dihias cantik bagi memudahkan kita untuk memilih juadah kesukaan kita, selain ia menjadi penyeri di bahagian ruang legar menghadap tasik yang berhampiran Le'Lac Cafe. Kita jugak akan disulami dengan alunan muzik akustik yang dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat & hujung minggu. Rasa tenang ja suasana nak berbuka puasa pun.

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort

Kambing bakar yang selalu menjadi antara menu 'wajib' tatkala kita berbuka di hotel turut dihidangkan di sini selain ayam golek & beberapa menu santapan nusantara seperti kari kambing berkentang, bawal hitam goreng berempah, sambal sotong,  rendang daging, daging tetel masak mamak, gulai udang dengan pisang muda & sebagainya.

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort

Akhir sekali, tak lengkap lah kalau dalam setiap buffet Ramadhan takda pencuci mulut kan. Ada banyak pilihan pencuci mulut dekat sini hangpa. Antaranya ialah agar-agar, kuih lapis, kuih ketayap, aneka jeruk & pelbagai pilihan pencuci mulut yang lain samaada tempatan atau barat. Ada jugak kurma, buah-buahan, cendol & macam-macam lagi.

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort

Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort

Selain makan di meja makan, kita jugak boleh memilih untuk makan secara bersila di beberapa ruangan khas yang telah disediakan.

Perkhidmatan Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Waktu Berbuka Puasa


Dengan kadar RM45 bagi dewasa & RM35 bagi kanak-kanak, warga emas & orang kurang upaya (OKU), kita pastinya berpuas hati ditambah pulak dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal pada setiap hari iaitu melalui dua sesi pelayaran. Masing-masing pada jam 6.15 petang & 6.45 petang. Tapi perkhidmatan pelayaran tasik ni jugak bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah.

Bukit Merah Laketown Resort jugak turut menawarkan promosi pemberian satu baucer percuma untuk setiap 10 tempahan berbayar. Selain tu, pihak Bukit Merah Laketown Resort jugak boleh menjadi perantara kepada mana-mana saja pihak yang berkeinginan untuk menaja anak-anak yatim & fakir miskin untuk bagi depa merasai pengalaman berbuka puasa di sini.

Bagi hangpa yang tak nak ketinggalan untuk solat tarawikh, hangpa jangan risau sebab solat tarawikh secara berjemaah jugak akan didirikan di surau yang berdekatan dengan lokasi buffet ni.

Untuk pengetahuan hangpa, ada jugak promosi istimewa yang ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM35 bagi dewasa & RM25 bagi kanak-kanak, warga emas serta orang kurang upaya (OKU). Promosi istimewa ni telah pun bermula pada 1 April yang lalu sehingga esok 30 April 2019. Sempat lagi ni hangpa. Cepat-cepat ambik peluang ni taw.

Selain tu, pakej penginapan jugak ada ditawarkan pada harga serendah RM105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel & RM175 bagi bilik studio di Kampung Air. Pakej ni bermula dari 6 Mei sehingga 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama-sama satu baucer buffet berbuka puasa untuk seorang.

Untuk sebarang tempahan & pertanyaan lebih lanjut:

Tel: 05-8908888




Keep Reading»

Review Safi Dermasafe

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE

Assalamualaikum semua.

Dalam seminggu ni aku dah mencuba produk rangkaian Safi Malaysia yang terbaru iaitu Safi Dermasafe. Apa yang boleh aku cakap, aku rasa macam ok lah produk ni untuk aku pakai. Baru seminggu kan cuba. Secara jujurnya untuk cuba produk ni aku tak lah risau sangat kan sebab Safi Dermasafe ni memang dah dicipta tanpa paraben, tanpa pewangi, tanpa pewarna, tanpa minyak mineral, tanpa alkohol & tak diuji ke atas haiwan!. So, basically Safi Dermasafe ni sesuai untuk hangpa yang mempunyai kulit yang sensetif. Aku ni bukan lah kulit  yang sensetif, so memang takda lah risau sangat & memang teruja nak cuba.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE

Selepas menggunakan Safi Dermasafe selama seminggu ni kan, aku memang suka dengan result dia taw sebab produk  ni membuatkan kulit aku lebih bersih & kurang lesu. Walaupun produk ni takda pewangi tapi ia mempunyai bau yang menyenangkan. Bau yang buat kita rasa tak risau, kud lah terlalu banyak pewangi dalam produk penjagaan kulit muka kita.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE

Good job Safi Malaysia!. Terima kasih sebab mencipta Safi Dermasafe!. Mungkin jugak kulit muka aku memang sesuai dengan kandungan Safi Dermasafe ni. Tapi betul lah hangpa, hangpa memang kena cuba Safi Dermasafe ni taw!. Percaya lah, hangpa cuba seminggu pun dah akan nampak kesannya, inshaallah. Aku menggunakan kesemua rutin penjagaan wajah Safi Dermasafe jadi memang terasa lah keberkesanannya. Yang penting hangpa, rutinnya sangat mudah. Hanya 3 step ja sehari. Pembersih muka, semburan booster & pelembap. Mudah kan?. Dah cuci muka, keringkan muka, & spray ja semburan booster. Lepas tu apply siang atau malam moisturizer. Alhamdulillah, aku seronok dapat cuba Safi Dermasafe ni & aku rasa bangga sangat sebab Safi Malaysia dapat keluarkan produk penjagaan wajah yang setanding dengan jenama antarabangsa.

Ok jom aku ceritakan rutin penjagaan wajah Safi Dermasafe.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE PEMBERSIH MUKA MOUSSE GENTLE CARE

Safi Dermasafe ni mempunyai 2 jenis pembersih muka iaitu mousse & gel. Aku lebih suka yang mousse ni!. Mousse ni aku pakai waktu pagi. Pembersih muka mousse ni lembut & ringan. Ia menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam ja!. Diperkaya dengan ekstrak Likuoris & Chamomile, ia membersihkan kulit kita secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan & kerengsaan untuk keselesaan pada muka kita. Formula yang tak kering & anti pencemar ni membantu melindungi kulit kita dari pencemaran alam sekitar sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar & bermaya.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE PEMBERSIH MUKA GEL MILD & GENTLE

Ni pulak pembersih muka gel, yang ni aku pakai waktu malam sebelum tidur. Hanya picit dekat tapak tangan & gosok dengan sedikit air sampai berbuih, urut muka kita dengan lembut sebelum kita bilas muka kita. Sama jugak, ia diperkaya dengan ekstrak Likuoris & Chamomile, ia membersihkan kulit kita secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan & kerengsaan pada muka kita untuk keselesaan muka kita. Ia jugak membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat & berseri.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE SEMBURAN BOOSTER HYDRATE & REFRESH

Yang ni memang aku love sangat weh!. Sebab booster mist ni bukan ja sebagai pengganti toner, tapi boleh jugak dijadikan sebagai setting spray lepas make up. Kalau waktu tengahari tu aku rasa lesu & mengantuk pun aku spray booster mist ni. Terus rasa segar ja, haha. Memang banyak kebaikan dalam satu produk ni. Ia dapat mengekalkan kelembapan pada wajah & memperkuatkan struktur wajah serta melindungi kulit daripada pencemaran.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE
SAFIDERMASAFE PELEMBAP SIANG SOOTHE & HYDRATE

Day Moisturizer ni tak berminyak & pantas menyerap ke dalam kulit. Ia menjadikan kulit kita kekal lembap selama 24 jam!. Aku gunakan moisturizer ni sebelum apply foundation taw hangpa, jadi lagi senang ja nak blend foundation pun. Sebab kulit memang soft sangat lepas guna penjagaan muka Safi Dermasafe ni. Basically moisturizer ni akan menghidrat kulit wajah kita sepanjang hari yang kita lalui!. Senang cakap, kulit kita akan kekal hidrate, gitu. 

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE PELEMBAP MALAM REHYDRATE & RECOVER
Selepas seharian yang sibuk, penat & muka pun dah kena macam-macam debu & kotoran, ha kita pakai night moisturizer ni pulak lepas cuci muka taw. Night moisturizer ni akan merawat kembali kulit kita selepas seharian kulit kita terdedah kepada kotoran, cahaya matahari & sebagainya waktu kita tengah tidur. Esok pagi bila kita bangun, kulit kita akan rasa lembut sangat.

So, hangpa kalau nak cuba produk terbaru Safi ni, Safi Dermasafe, hangpa boleh lah dapatkan secara eksklusif hanya di WATSONS sahaja ya. Siapa lah yang tak suka masuk Watsons kan, kita ni orang perempuan masuk Watsons ja confirm keluar dengan barang ditangan kan, haha. Cuba lah hangpa, mesti jatuh cinta!.

Keep Reading»

Gambar Terakhir Kita, Mak!.

GAMBAR KENANGAN BERSAMA MAK TERSAYANG


Aku jarang tangkap gambar dengan Mak. Sebab Mak jenis yang tak suka bergambar sangat. Ikut mood dia, haha. Tapi hari tu masa p Menara Condong dengan Mak, aku rasa nak sangat tangkap gambar berdua dengan Mak. Dan seharusnya lah Zahra menempek sekali kan. Sibuk ja budak kecik tu, hihi.

GAMBAR KENANGAN BERSAMA MAK TERSAYANG

Ini, gambar terakhir aku bersama Mak. Senyuman di bibir, pelukan di bahu, masih hangat di hati.

Aku masih ingat peristiwa malam tu. Selepas memujuk untuk ke hospital, aku sempat berkata "Mak jangan risau taw?". "Acik ada, orang hospital takkan berani buat apa-apa yang Mak tak suka. Kejap ja, kita p tambah air. Mak jangan cakap acik nak bawak Mak p hospital sebab acik tak nak jaga Mak, acik cuma tak nak apa-apa jadi dekat Mak. Acik bawakkan Mak p hospital ok?". Dia diam ja, last-last mengangguk ya. Aku tak sangka, akhirnya dia bersetuju jugak.

Waktu pemerhatian, Mak nak kena dibiarkan berehat. Selepas aku usap dahinya, aku mengundur pergi. Menunggu di luar. "Mak, acik tunggu luar ya, Mak rehat dulu". Dia menyambut dengan anggukan & senyuman. Sebak, tapi aku hidekan. Itu lah gambaran terakhir Mak dalam ingatan. Dia & senyuman.

Terima kasih Allah sebab berikan gambaran terakhir aku di mata Mak adalah aku yang kuat. Bukan aku yang sedih melihat kesakitannya. Bukan aku yang lelah dengan ujianku.

Aku taw, dia sangat sentiasa risaukan aku & Zahra. Mak selalu taw kesedihan yang aku tanggung, tapi dia tak pernah sebut didepan aku. Mengingati itu, dada jadi sebak pilu.

Mak, takpa jasad kita mungkin tak bersama di sini. Tapi acik akan cuba untuk kirimkan doa peneman Mak di sana hari-hari. Macam yang acik dah janji. Mungkin bakti acik tak banyak untuk Mak di dunia, cuma acik harap dapat jadi anak yang berbakti pada akhirat Mak selamanya. Itu lah bakti yang kekal & setia. Acik sayang Mak selamanya.

LATIPAH BINTI BAHAROM
15011952-28122018
AL-FATIHAH

Aku redha wei, Mak aku dah pergi. Cuma mungkin akan sesekali kata-kata terluah, seolah menyurat melalui Tuhan. Mungkin tu cara aku mencari kekuatan.

Keep Reading»

BUDAK BUAT LIVE DAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU!!!

MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL & PASANGAN DAPAT TAJAAN RM500 RIBU


Assalamualaikum semua.
Hai hangpa!. Setiap orang mesti mengimpikan majlis perkahwinan yang meriah & megah kan. Ya lah, perkahwinan ni kan sekali ja seumur hidup. Mesti lah kalau boleh kita nak majlis yang meriah & memuaskan hati. Fuh!, memang best & seronok berganda-ganda lah kalau kita dapat merealisasikan impian perkahwinan kita tu kan. Tapi apa-apa pun kena lah tengok jugak pada kemampuan diri sendiri kan, hihi.
Lain pulak ceritanya dengan Siti  Jamumall ni. Kalau hangpa nak taw mulanya Siti ni nak buat majlis perkahwinan yang simple ja taw tapi siapa sangka rezeki beliau & pasangan dapat tajaan 500 ribu untuk perkahwinan depa. Betul lah pepatah Melayu cakap, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Untung seorang gadis kecil comel SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU!!!. Aku nak ucapkan tahniah untuk pasangan ni, semoga bahagia sampai ke jannah. Jom kita tengok gambar-gambar sekitar perkahwinan depa yang berlansung baru-baru ni.
MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL & PASANGAN DAPAT TAJAAN RM500 RIBU
Pada mulanya Siti sangkakan nak buat majlis secara kecil-kecilan ja, tapi siapa sangka setelah memuat naik satu status di fb beliau tentang majlis perkahwinannya terus beliau mendapat whatsapp & call bertalu-talu dari founder produk, owner kedai & bermacam lagi untuk sponser majlis beliau.
MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL & PASANGAN DAPAT TAJAAN RM500 RIBU
Hampir 100 company dari pelbagai produk berminat untuk sponser majlis kahwin Siti, & yang paling menyentuh hati, yang baru berjinak dalam perniagaan jugak berbesar hati sponser majlis perkahwinan Siti. Kata Siti, beliau sangat sebak & tak menyangka, majlis yang mulanya dirancang secara biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Kalau aku pun aku sebak weh!.
Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil. Beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com &  menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen & makanan.
MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL & PASANGAN DAPAT TAJAAN RM500 RIBU

MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL & PASANGAN DAPAT TAJAAN RM500 RIBU

Selama ni Siti mempromosikan produk orang dengan ikhlas, Siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali, sampai dikenali &  viral sebab tu ramai hargai jasa Siti & bila Siti nak kahwin, depa sanggup sponser macam-macam. Wah, terujanya aku!. Siti katanya, sangat-sangat bersyukur dapat sponser dari nikah, pre wedding, majlis berinai, majlis kahwin sampai lah ke honeymoon pakej. Senyum sampai ke telinga lah weh, haha.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN SITI  JAMUMALL & PASANGAN 

MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL & PASANGAN DAPAT TAJAAN RM500 RIBU
MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL & PASANGAN DAPAT TAJAAN RM500 RIBU
MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL & PASANGAN DAPAT TAJAAN RM500 RIBU

MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL & PASANGAN DAPAT TAJAAN RM500 RIBU

MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL & PASANGAN DAPAT TAJAAN RM500 RIBU
MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL & PASANGAN DAPAT TAJAAN RM500 RIBU

Senarai Penaja Majlis Perkahwinan Siti Jamumall & Pasangan

Pelamin & Hiasan Dewan dari Wedding by emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma/
Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal
Grand Cake dari Mad About Cake
https://instagram.com/madaboutcake_official
Vip Menu dari Rumpun Selera
https://instagram.com/rumpunselera
Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/
Jamu dari Seri Lady Empire Resources
https://instagram.com/seriladyofficialhq
Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal
https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal
Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
https://instagram.com/irah_sukri
Telekung dari Pretty Aini
https://instagram.com/prettyainiumrahhaji
Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/
Scarft dari Scarft By Mehrun
https://instagram.com/scarfbymehrun
Printed Box dari Art Creation Printing
https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/
Perfume dari  Luxe Essencia Resources
Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
https://instagram.com/arwanaperhentianresort

Keep Reading»

Spaklean Amazing Nano Collagen

Assalamualaikum, hai semua.

Hari ni aku nak kongsi dengan hangpa satu produk kecantikan dari Spaklean Amazing Nano Collagen yang lain dari yang lain. Bukan setakat penjagaan kulit tapi jugak untuk rambut kita. Kita orang perempuan ni, memang selalu teruja kalau bab nak cantik ni kan. Tambah bila umur dah meningkat ni kan, harus ada extra penjagaan kulit & rambut.

Produk Penjagaan Kulit & Rambut 2 Dalam 1

Apa yang best pasal Spaklean Amazing Nano Collagen ni ialah produk ni boleh dicampurkan dengan bahan penjagaan kulit & jugak rambut taw hangpa. Menarik kan?. Dua dalam satu gitu.

Spaklean Amazing Nano Collagen


Produk Penjagaan Kulit & Rambut 2 Dalam 1

Selalunya kalau produk dari Korea ni memang best & unik kan. Sama lah jugak dengan Spaklean Amazing Nano Collagen ni. Selain fungsi dua dalam satu, ia jugak merupakan rawatan tambahan untuk kulit & rambut kita. Produk ni mengandungi lebih banyak asid almino, glisin & proline daripada banyak protein lain. Ia bukan ja membantu merawat rambut & kulit tapi ia jugak mampu menghalang & memperbaiki kerosakan rambut & kulit daripada tekanan alam sekitar atau faktor sinar UV & pencemaran.

Selain tu, ia jugak mengurangkan penguguran rambut & dapat meningkatkan keanjalan & gloss pada rambut. Produk dari Korea ni jugak dibuat seratus peratus Hydrolyzed Fish Collagen yang kaya dengan Glycine Acid Amino, Protein & Prolien yang merupakan bahan penting dalam penghasilan tisu tubuh badan kita. Ia disahkan halal oleh JAKIM taw!. So, hangpa tak payah risau nak pakai produk ni.

Jom aku nak kongsikan dengan hangpa cara menggunakan & kebaikan Spaklean Amazing Nano Collagen ni. Produk ni mempunyai molekul lebih halus & ringan. Jadi ia bertindak & menyerap dengan lebih cepat & pantas. Ia jugak bebas kimia, pewarna & pewangi berbahaya. So, ia selamat untuk digunakan & hanya untuk kegunaan luar ja taw. Jangan hangpa p makan pulak, kes naya nanti, hihi.

Produk Penjagaan Kulit & Rambut 2 Dalam 1

Spaklean Amazing Nano Collagen ni datang dengan scop & ia memudahkan lah tugas hangpa untuk sukat bahannya kan. Senang hangpa nak agak berapa banyak sukatan setiap kali hangpa nak guna. Hangpa boleh rujuk gambar bawah ni okay.

Produk Penjagaan Kulit & Rambut 2 Dalam 1

Cara gunakan Spaklean Amazing Nano Collagen

Boleh campur produk ni dengan air, produk penjagaan kulit & produk penjagaan rambut seperti krim, foam cleanser, losyen badan, krim tangan, serum, toner, conditioner, shampoo & ubat gigi. 

Kebaikan Spaklean Amazing Nano Collagen


* Mengurangkan masalah rambut gugur, bercabang & kelemumur.

 * Rambut lebih sihat & bersinar.

* Mengurangkan kedutan & garis halus pada kulit.

* Kulit jadi tegang, cerah, lembut & sihat.

Macam mana best tak?. Best tak?, hihi. Dalam satu produk boleh gunakan untuk penjagaan kulit & rambut, jimat pun jimat. 

Personal review aku, selama tiga hari aku guna, kulit aku rasa tegang, pori muka mengecil & kulit rasa natural ja. Tak kering & berminyak bila bangun tidur. Apa pun aku nak ingatkan hangpa, kesan pengunaan setiap orang berbeza taw.

Bagi hangpa yang berminat nak cuba, boleh lah singgah bawah ni ok.

Facebook : Facebook.com/AmazingNanoCollagenMalaysia

Website
www.myspaklean.com.my


Keep Reading»

Sambutan Hari Lahir Pak Ndak Zahra

HAPPY BIRTHDAY PAK NDAK!.


Assalamualaiku

Alhamdulillah dapat update blog lagi. Kali ni nak share cerita pasal sambutan hari lahir Pak Ndak Zahra yang dah diadakan pada 23hb Mac yang lepas. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Kami sambut kecil-kecil ja & yang datang pun kawan-kawan ja. Alhamdulillah, semua happy sangat. Sambutan yang simple ja tapi meriah rasa. Terima kasih pada semua yang hadir & yang menyumbang dalam majlis ni.

Layan gambar ja lah na.

HAPPY BIRTHDAY PAK NDAK!.

HAPPY BIRTHDAY PAK NDAK!.

HAPPY BIRTHDAY PAK NDAK!.

HAPPY BIRTHDAY PAK NDAK!.

HAPPY BIRTHDAY PAK NDAK!.

HAPPY BIRTHDAY PAK NDAK!.

Akhir kata aku akhiri dengan doa buat abang aku,

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau panjangkan lah umur abangku, Kau kurniakan lah kesihatan yang terbaik kepadanya.

Kau pelihara lah akhlak & agamanya, Kau kurniakan lah kesejahteraan jiwa & raganya.

Kau murahkan lah rezekinya Ya Allah, kurniakan lah kepadanya kecerdasan akal & kesucian hati.

Ya Allah, bantu lah beliau supaya menjadi insan yang berguna. Ya Allah, beri lah bimbingan agar beliau berjaya di dunia & khirat. Jadikan beliau anak yang taat kepada ibu bapanya serta taat kepada perintahMu Ya Allah. Aamin ya rabb ❤️.


Keep Reading»