Hilang Syurga Dunia Aku !

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis.


Kepada semua yang mungkin mengikuti blog ni, maaf sebab terlalu lama tak menulis apa-apa di blog ni. Hampir 4 bulan rasanya selepas tulisan terakhir pada Oktober tahun lepas.

Kesuntukan masa tu bukan lah boleh dijadikan alasan sebenarnya kan?. Tapi ianya bergantung jugak dengan faktor-faktor lain macam dorongan untuk menulis tu sendiri. Bukan sengaja taw hangpa, tapi memang sepanjang tahun 2018 ni diri sendiri dah bingung nak mencuri masa sendiri untuk menulis. Lepas dah banyak kali tertangguh, terus terlupa & dibiarkan macam tu ja blog ni. Dan seterusnya memang malap terus perasaan nak menulis tu.

Memandangkan dah lama tak menulis, aku rasa dah terlalu banyak cerita yang sepatutnya nak aku kongsikan di sini. Terutamanya tentang aku kehilangan orang yang paling aku sayang dalam hidup aku iaitu Mak aku.

Kehilangan Mak Tersayang


Kehilangan orang tersayang

Dulu, bila aku dengar ada parents kawan aku meninggal, aku selalu cakap yang aku takkan mampu hadap kalau benda tu semua jadi dekat aku. But now aku sedar, yang kekuatan tu Allah akan bagi bila sampai waktunya. Allah takkan biarkan kau jatuh tersungkur. Dia Maha Penyayang.

Nak terima hakikat tu memang susah. Rasa terbayang ja yang dia ada. Rasa nak bersembang dengan dia. Rasa nak ajak dia jalan-jalan semua ada. Tapi bila tersedar yang dia dah takda, huhuhu.

Aku selalu teringat saat-saat akhir, masa Mak aku masih sedar sebelum dikomakan. Aku seorang ja dengan dia. Ya Allah, masa tu dia nampak penat sangat. Aku tengok dia tidur. Aku tak percaya yang doktor kata dia tengah sakit teruk masa tu.

Tapi hari terakhir dia di dunia ni, aku sedar yang keadaan dia makin teruk lagi lepas kakak aku bagitaw pasal mesin jantung dia waktu tu, tinggal 20 lebih ja. Masa tu aku taw dia akan pergi. Makin lama bacaan denyut jantung dia, makin turun. Dan yang sakitnya masa tu aku takda dekat sisi dia.

Terkedu. Tak sangka. Hari-hari aku doa supaya dia sedar. Lama aku tak bercakap dengan dia. Aku nak dengar suara dia. Dia pergi macam tu ja.

Dua minggu lebih aku berdoa & tunggu dia. Retak hati aku. Hampir setiap hari aku gengam tangan dia, aku usap dahi dia, aku bagitaw yang aku sayang dia.

Tapi aku puas, aku dapat jenguk dia hari-hari di saat-saat akhir hayat dia. Aku dapat pandang muka dia. Muka wanita yang susah payah demi aku. Aku dapat usap kepala dia. Aku dapat usap tangan yang suap aku masa kecik. Aku dapat mandikan dia. Aku dapat kafankan dia.

Macam mana dia sehabis baik berjuang sambut aku lahir, aku sebagai anak cuba hantar dia dengan sehabis baik. Aku takkan mampu balas segala jasa dia. Tugas aku sebagai anak, cuba aku selesaikan dengan baik. Amanah & tanggungjawab aku akan galas & selesaikan.

Mak, terima kasih untuk segalanya. 28 tahun Allah pinjamkan Mak untuk Acik tak cukup sebenarnya. Tapi itu yang terbaik untuk kita. Susah untuk hidup tanpa Mak. Betul orang kata Mak kita adalah hidup kita. Bila Mak takda, sunyi.

Aku dah hilang satu saluran kebahagiaan. Doa seorang Ibu. Aku hilang syurga dunia aku. Aku hilang seorang perwira. Bantu aku untuk ikhlas Ya Allah. Bantu aku untuk terus melangkah & teruskan impian arwah.

Hangpa tolong doakan aku selalu kuat ya?. Terima kasih hangpa.

6 comments

  1. In shaa Allah, semoga su sentiasa di beri kekuatan utk meneruskan kehidupan ini..salam takziah n semoga arwah mak di tmptkan bersama insan2 beriman..aamiin

    ReplyDelete
  2. Salam takziah..semoga arwah mak akan ditempatkan dikalangan para solehin. sedih baca coretan ni sebab akak pun pernah alami walaupun dah 11 tahun berlalu tapi tak pernah dapat lupa, moga kita sama2 tabah,sabar dan redha melalui ujian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar. Semoga allah kuatkan semangat kita ya kak.

      Delete
  3. Insyaallah Aina akan kuat..baru2 kehilangan memang macam tu..kuat semangat ye...jangan sedih sangat..nanti arwah tak tenang di sana..doakan semoga arwah mak damai di sana...

    ReplyDelete