Melawat TeddyVille Museum Penang!.

Muzium Patung Beruang


Assalamualikum semua.

Siapa ja yang tak teruja dengan kecomelan patung beruang kan?. Dari yang sekecil-kecil, sampai lah yang sebesar-besar orang dewasa. Patung beruang ni memang syok dipeluk kan?. Aku rasa, mesti ada antara hangpa ni yang sampai sekarang masih jadikan patung beruang ni, sebagai bantal busuk hangpa kan, haha.

Sejarah Patung Beruang

Berbalik pada tujuan asal aku menulis entry ni ialah aku nak sharekan dengan hangpa aktiviti aku pada hujung minggu lepas. Aku nak tanya hangpa ni, hangpa taw tak yang dekat Malaysia  ni ada Muzium Patung Beruang?. Dan muzium ni merupakan yang pertama di Asia Tenggara. Muzium ni jugak dikatakan menyimpan koleksi patung beruang yang terbanyak di Malaysia.

Nak taw tak dekat mana lokasi muzium ni?. Di TeddyVille Museum, Penang.  Dan untuk pengetahuan hangpa, muzium ni terletak di dalam bangunan DoubleTree Resort by Hilton Penang (Level G), Batu Feringghi.

Sejarah Patung Beruang


Sedikit info menarik untuk hangpa tentang kenapa patung beruang ni dipanggil teddy bear?. Sebab ia dinamakan teddy bear ialah bersempena nama Presiden Amerika Syarikat ke-26, Theodore Roosevelt. 'Teddy' adalah nama timangan Theodore yang beliau sendiri tak suka sebenarnya. Dan patung beruang yang pertama kali dicipta ialah pada tahun 1902. 

So, apa kena mengena Theodore ni dengan sejarah teddy bear?. Pada tahun 1902, sewaktu beliau menyelesaikan kemelut di daerah Mississippi & Lousiana, beliau meluangkan masa untuk mengikuti satu pertandingan berburu. Namun, apabila beliau diminta untuk menembak seekor beruang hitam Amerika yang diikat pada sebatang pokok, beliau bukan sahaja menolak, bahkan meminta beruang tu dilepaskan.

Theodore seperti kebanyakkan kita pada hari ni, menganggap ia tidak mencerminkan semangat kesukanan yang sebenar (memandangkan ia adalah pertandingan memburu).

Situasi berkenaan mendapat liputan meluas media sehingga menjadi topik dalam kartun politik di akhbar The Washington Post oleh Clifford Berryman. Morris Michtom pulak terinspirasi daripada kartun berkenaan lalu meminta izin Theodore untuk menamakannya 'Teddy's Bear' & meletakkan patung anak beruang pertama di cermin pameran kedainya. Seperti yang dijangka, patung berkenaan laris dijual.

Mini Penang Dalam Versi Patung Beruang


So, untuk pengetahuan hangpa, TeddyVille Museum ni terbahagi kepada 23 bahagian yang membawa kita kepada beberapa lokasi ikonik di Pulau Pinang. Selain tu, ada jugak bahagian yang memberi tribute kepada tokoh yang menjadi kebanggaan di Pulau Pinang.

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Masuk ja dalam muzium ni, hangpa akan jumpa Galeri Utama terlebih dahulu. Galeri Utama ni menempatkan sejarah patung beruang & sebahagian koleksi patung beruang yang termahal & yang berusia hampir beratus tahun di dunia.

Bahagian-bahagian seterusnya akan membawa hangpa ke tempat-tempat utama di Pulau Pinang dalam versi patung beruang.

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Antaranya ialah Kota Cornwallis, Weld Quay, Batu Feringghi, Bayan Lepas, Borabora & Bukit Bendera.

Sejarah Patung Beruang

Siap ada satu bahagian yang mempamerkan pertandingan perahu naga yang popular tu.

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Selain tu, ada jugak bahagian yang didedikasikan untuk perayaan mengikut bangsa. Contohnya macam, Thaipusam, Tahun Baru Cina & Hari Raya Aidilfitri.

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Muzium ni jugak ada mempamerkan keunikan & keistimewaan  Malaysia & Pulau Pinang, khususnya macam warung durian, warung char kuey teow & aktiviti mencanting batik.

Sejarah Patung Beruang

Bahagian tribute, tokoh kebanggaaan Pulau Pinang yang menjadi pilhan ialah Lagenda Tan Sri P.Ramlee, pembuat kasut antarabangasa yang terkenal iaitu Datuk Jimmy Choo & tokoh sukan skuash Datuk Nicol Ann David serta jaguh badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei.

Pada aku kan, muzium ni memang sesuai sangat untuk hangpa bawak family, terutamanya anak-anak hangpa. Bukan setakat nak bagi depa teruja dengan kecomelan patung beruang ni semua, tapi depa jugak boleh mengenali Pulau Pinang dengan lebih mendalam. Muzium ni ada menyediakan papan maklumat informasi tentang setiap tempat & tokoh di setiap bahagian bagi memberi pengetahuan kepada pelawat.

Apa yang menariknya lagi tentang muzium ni ialah muzium ni ada background muzik taw hangpa. So, setiap kali hangpa masuk ke satu bahagian yang lain, muzik jugak akan bertukar mengikut cerita & tema pada bahagian tersebut.

Bukan ja dapat melihat pameran, hangpa jugak boleh bergambar dengan patung beruang yang ada dekat muzium ni. Ada banyak port bergambar yang menarik dekat sini. Boleh lah hangpa bergambar sakan kan. Aku pun masuk sini tak berhenti ambik gambar, haha.

Sejarah Patung Beruang

Sama lah macam kebanyakkan muzium lain. Pada bahagian terakhir sekali ialah merupakan kedai cenderahati yang mana hangpa boleh dapatkan koleksi patung beruang atau cenderahati lain yang bertemakan patung beruang.

So, lepas ni kalau hangpa ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah ke TeddyVille Museum Penang ni ya. Confirm, ia akan jadi pengalaman yang menyeronokkan untuk hangpa.

Berikut ialah maklumat berkaitan TeddyVille Museum untuk rujukan hangpa:

Alamat : 
TeddyVille Museum
56, Jalan Low Yat, 11100 Batu Feringghi, Penang, Malaysia.

Harga Tiket : 
Dewasa - RM36 (My Kad RM27)
Pelajar - RM29 (My Kad RM22)
Kanak-kanak - RM25 (My Kad RM15)

Waktu Perkhidmatan : 
Setiap Hari (9am-6pm)

No. Telefon : 016-5505949

E-mel :
beary@teddyvillemuseum.com

Laman Web :
teddyvillemuseum.com







Keep Reading»

Wanita Paling Besi!.

Mak, Wanita Paling Besi!.


Mak, Wanita Paling Besi!.

Ini Mak. Antara wanita paling besi yang aku pernah jumpa. Hanya Allah mampu balas segalanya. Sebab aku serba tak cukup untuk bagi dia selayaknya selama ni.

Siapa yang kenal or pernah jumpa Mak mesti akan cakap dia sangat baik & ramah. Memang, dia paling suka meraikan orang. Suka melayan orang. Suka masakkan orang.

Dulu acik selalu jeles, haha. Sebab rasa macam alah kami adik- beradik asyik kena mengalah dengan orang luar ja, sebab Mak always try to please them first.

Tapi bila dah besar, makin waras ni, rupanya tak. She is the most protective mother. She'll try her best to always be there for us. Dia banyak mengalahkan diri demi kami.

Dengan characternya tu, dia mengajar kami membesar menjadi seorang yang selfless. Biar kita susah takpa, jangan kita susahkan orang.

Thank you Mak, you raised us well ❤️.

Terima kasih jugak atas segala pengorbanan, penat lelah Mak menjaga kami 8 beradik. Tak pernah lekang bagi pertolongan walau kami dah besar, ada keluarga sendiri.

Mak, kami ringdu Mak. InshaAllah diri Mak ada dalam setiap kami, & kami akan berusaha untuk sentiasa harmoni bersama, seperti kita semua sebelumnya. Mak, walau Mak dah takda, inshaAllah kami adik beradik akan jaga antara kami sebaiknya, sampai bila-bila. Alhamdulillah setakat ni kami takda gaduh rebutkan apa-apa.

LATIPAH BINTI BAHAROM
150152-28122018
AL-FATIHAH

Sesekali kata-kata terluah, seolah menyurat melalui Tuhan. Mungkin tu cara aku mencari kekuatan.


Keep Reading»

Produk HALAL Taiwan Kini Di Malaysia!.

Bubble Tea Taiwan & Produk HALAL Kini Di Malaysia

Assalamualaikum semua.

Taiwan Expo Tahun 2019

Sabtu lepas, aku berkesempatan ke Expo Taiwan 2019 di SPICE Penang. Bila aku masuk ja ke Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Event ni, baru lah aku taw yang Bubble Tea tu berasal dari Taiwan rupanya. Sebelum ni taw minum ja, tapi tak taw asal usulnya dari mana, hihi. Lepas tu baru lah aku taw jugak yang rupanya terdapat banyak produk kecantikan, kesihatan & makanan yang bersertifikat HALAL & berkualiti tinggi dari Taiwan ni. So, secara tak lansung dapat lah meningkatkan lagi kerjasama industri HALAL antara Taiwan & Malaysia kan!.

Selain tu, untuk pengetahuan hangpa, Taiwan mempunyai lebih dari 1000 pengilang & kedai makan yang dah pun disahkan HALAL. Sebab tu lah, Taiwan menjadi negara ke 3 terbaik untuk pelancong Muslim di bawah kategori non OIC (Organization of Islamic Cooperation)  oleh Global Muslim Travel Index. Industri HALAL di sana berkembang dengan begitu pesat & ada yang stand hampir berpuluh tahun. Sebab tu lah, Pusat Halal Taiwan telah bekerjasama dengan Hypermarket pilihan rakyat Malaysia iaitu MYDIN dalam memperkenalkan beratus produk halal Taiwan dalam teknik pemasaran depa di Malaysia.

Taiwan Expo Tahun 2019

Taiwan Expo Tahun 2019

Taiwan Expo 2019 yang berlansung pada 5 & 6 Julai 2019 di Setia Spice Convention Centre Penang ni menampilkan banyak produk HALAL dari Taiwan. Produk HALAL dari Taiwan ni, kalau hangpa nak taw, ianya telah diiktiraf oleh pasaran antarabangsa kerana pengeluarannya yang berkualiti tinggi & pembungkusannya yang menarik. Expo ni jugak memperkenalkan pelbagai makanan & minuman halal, produk kecantikan halal & produk pertanian yang halal.

Pameran utama di Taiwan Halal & Bubble Tea Pavilion ni memperkenalkan 5 produk halal & pembuat bubble tea paling terkenal, berjaya & berusia lebih berpuluh tahun dalam industri makanan & minuman di Taiwan. 5 produk yang di highlight kan ialah,

Sant'e Premium Silver Essence Oleh Yilan Anyong LOHAS


Sant'e Premium Silver Essence Oleh Yilan Anyong LOHAS

Yilan Anyong LOHAS mengeluarkan minuman essence yang berasal dari ikan Barramundi. Ianya bebas lemak & bebas kolestrol tanpa tambahan bahan kimia tiruan atau pun pengawet. Ia dibungkus dalam bentuk mudah dicerna. Ia boleh mempercepatkan pemulihan luka, meningkatkan pemulihan parut, serta meningkatkan imuniti badan terhadap penyakit selepas kehamilan & penyakit. Katanya  produk ni baik untuk kulit.

3.15pm Milk Tea Series Oleh Shin Chen Foods


3.15pm Milk Tea Series Oleh Shin Chen Foods

Shin Chen Foods adalah pengeluar milk tea yang pertama dalam satu sachet. Nama pun milk tea kan, so dalam sachet tu dah ada teh, susu & gula. Macam sachet minuman yang jual dekat pasaraya tu lah. Nama produk ni pun agak unik kan hangpa sebab menggunakan masa iaitu 3.15pm. Rupanya, di taiwan pada pukul 3.15pm adalah masa minum petang bagi masyarakat Taiwan. Rasa 3.15pm Milk tea ni not bad lah hangpa. Hangpa boleh cuba cari di MYDIN.

Coconut Paste Oleh FuFann Enterprise


Coconut Paste Oleh FuFann Enterprise

Mesti hangpa ingat Coconut Paste ni macam kaya yang makan dengan roti tu kan?. Tapi sebenarnya Coconut Paste ni lain sikit dari kaya. Katanya Coconut Paste ni lebih sedap dari kaya. Hari tu aku tak sempat nak rasa, tengok lah nanti aku nak try cari dekat MYDIN.

Bubble Tea Raw Material Oleh Kuojer Enterprise


Bubble Tea Raw Material Oleh Kuojer Enterprise


Bubble Tea Raw Material Oleh Kuojer Enterprise

Kuojer Enterprise dah bertapak dari tahun 1976 lagi & dah ada selama 20 tahun dalam pasaran US. Kuojer Enterprise membekalkan Bubble Tea Raw Material. Ianya jugak diiktiraf oleh HACCP & ISO22000. Hari tu, aku berpeluang merasai bubble tea ni, rasa & tekstur dia lain taw. Yang ni lebih sedap!.

Bubble Tea Machine Oleh Yun Soon Lin Food Machine


Bubble Tea Machine Oleh Yun Soon Lin Food Machine

Yun Soon Lin Food Machine merupakan pengeluar mesin pembuatan bubble tea. Sekarang ni kan  tengah viral cara buat bubble tea. Tapi yang tu buat secara manual lah kan. Kalau nak makan sendiri tu ok lah hangpa, tapi kalau kita berhasrat nak berniaga, wajib lah hangpa ada satu alat ni iaitu SMART BUBBLE TEA COOKER. Lebih mudah kerja hangpa!.

Ada banyak lagi booth dekat sini hangpa. Selain makanan halal yang diperkenalkan di Taiwan Expo ni, ada 6 lagi produk utama yang diperkenalkan di  sini iaitu:

1. Smart City & Industry 4.0
2. Green Tech
3. Healthcare
4. Halal Taiwan
5. Taiwan Lifestyle
6. Tour Taiwan

So far, best lah Taiwan Expo ni. Macam-macam yang aku dapat belajar & taw pasal Taiwan dekat sini. So, untuk maklumat lanjut, hangpa boleh layari:

Website : http://mys.taiwanexpoasean.com

Facebook : http://www.facebook.com/TaiwanExpo

Instagram : http://instagran.com/taiwanexpo_malaysia/


Keep Reading»

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Assalamualaikum, hai semua.

Kali ni aku nak share dengan hangpa produk terbaru Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu dari Safi Malaysia. Macam sebelum ni, aku ada share dengan hangpa, beberapa produk safi yang aku gunakan. Produk Safi ni memang kebanyakkannya sesuai dengan kulit kita kan. Alhamdullilah setakat ni takda lah jadi apa-apa dekat muka ni.

Sekarang ni, aku tengah nak cuba Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu ni pulak. Teruja sangat taw.

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu


Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu

Bercerita tentang Safi Balqis Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu ni, hangpa taw apa yang menariknya ialah gabungan formulasi penyegar & pelembab dalam satu langkah ja untuk penjagaan kulit muka kita. Walaupun dengan langkah mudah & ringkas ni, ia tetap memberi kesan kelembapan yang optimum.

Selain dari bertindak sebagai pelembap & penyegar, Safi Balqis Whitening Hydrating Lotion ni jugak ada kelebihan lain taw hangpa. Jom lah kita tengok apa kelebihannya jom.

Kelebihan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu

Kelebihan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu



•  Memberikan dua kali penghidratan & kesegaran dengan satu penggunaan

•  Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam & optimum sepanjang hari dengan lima jenis Hyaluronic Acid.

•  Macro Hyaluronic Acid

•  Nano Hyaluronic Acid

•  Bio-Hyaluronate

•  Oligo-Hyaluronic Acid

•  Super Nano Hyaluronic Acid

•  Mudah meresep ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.

•  Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR. Oxywhite iaitu Nano Oxygen & Nano Biowhite.

Sebenarnya, Nano Oxygen ni bertindak membebaskan oksigen tambahan ke dalam epirdemis kulit agar nampak segar, bermaya & berseri manakala Nano Biowhite pulak bertindak  memperlahankan kesan pembentukkan pigmentasi untuk tona kulit menjadi sekata & cerah sempurna.

Cara Pakai Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu



Hangpa cuma perlu tuangkan pada tapak tangan kemudian sapu rata pada kulit muka. Sambil tepuk-tepuk lembut muka hangpa untuk ia cepat meresap ke dalam kulit muka. Lakukan dua kali sehari selepas cuci muka untuk hasil yang optimum. Nak kulit cantik kena lah rajin sikit taw, hehe.

Review personal dari aku, memang best guna Safi Balqis Whitening Hydaration Lotion Dua Dalam Satu ni taw hangpa. Memudahkan langkah penjagaan kulit muka & buat kulit aku lebih lembut & segar. Bau pun best & tak melekit. Sekarang ni, kalau nak kemana-mana, senang dah dengan ada produk Safi dua dalam satu ni. Jimat ruang!.

Hangpa kalau nak cuba jugak boleh dapatkan dekat pasaraya. Dan macam biasa lah, untuk maklumat lanjut hangpa boleh layari :

Facebook - Safi.My

Instagaram - @safimalaysia

Website - safi.com.my

Keep Reading»

Aidilfitri Tanpa Mak

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tanpa Mak


Assalamualaikum semua.

Kekadang tu aku macam tak taw dah nak cerita apa dekat blog aku yang sendu ni, hihi. Tapi malam ni, aku rasa nak luahkan perasaan aku menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ni.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tanpa Mak
Gambar Kenangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018

Tahun ni adalah tahun pertama aku & jugak seluruh ahli keluarga aku menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa Mak. Aku taw, ramai ja yang menghadapi perkara yang sama macam aku ni. Sepi, sunyi & rasa serba kekurangan raya tahun ni tanpa Mak. Paling sedih si Zahra tu lah.

Sepanjang aku hidup dengan Mak, tiap kali raya ada 2 benda yang Mak tak pernah tinggalkan setiap kali raya. Pertamanya, dah tentu lah menziarahi pusara ahli keluarga pada pagi raya. Keduanya, ialah beraya dirumah sanak saudara. Tahun ni tak dapat dah nak buat semua tu dengan Mak.

Bila rindu datang menjelma, air mata pasti akan mengalir. Walau sekuat mana pun hati aku cuba untuk menahan, tapi bayangan Mak tak dapat aku hindarkan. Mungkin aku terlalu merindui Mak. Sedangkan aku rasa, aku adalah seorang yang kuat tapi kenapa bila teringatkan Mak, hati aku sebak & pilu. Kasih aku pada Mak hanya Allah yang tahu. Aku tabah, aku redha & aku tak nak tunjukkan betapa sedih & hiba hati aku sejak Mak takda.

Sebolehnya, aku nak menyibukkan diri aku supaya aku tak rasa sunyi. Kesunyian & kesepian akan membuatkan aku terkenangkan Mak.  Aku nak kena kuatkan semangat, nak kena berlagak ceria & perlu sibukkan diri selalu untuk menghilangkan rasa sedih & rasa rindu yang amat pada Mak.

Akhir kata dari aku sebelum Syawal melabuhkan tirainya pada tahun 2019 ni, semoga Syawal kali ni akan membuka sejuta kebaikkan untuk aku, keluarga aku & muslimin muslimat semua. Dan semoga kita semua bertemu lagi di Syawal tahun hadapan, inshaAllah.

Coretan ni bukan keluhan, hanya lah luahan perasaan.

Keep Reading»

A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

Assalamualaikilum semua.

Hari ni dah 27 Syawal kan. Ada yang masih dalam mood raya ka?. Hari ni aku nak share dengan hangpa, hari tu sebelum raya, aku ada simpan stok barangan beauty. Ya lah, nak raya kan. Harus lah nak cantik. Bukan rumah dengan baju ja nak cantik, muka pun nak cantik jugak, hihi.

Aku ni jarang lah nak berhabis duit untik barang beauty ni. Sebab aku rasa macam barang beauty ni semua mahal-mahal, huhu. Tapi kan hangpa, bila dah kenal dengan jenama beauty ALTHEA dari Korea ni, rupanya harganya mampu milik lah jugak. Serious hangpa, mampu milik!. Kalau hangpa tak percaya, jom aku cerita dekat hangpa satu persatu barangan ALTHEA yang aku terima nun jauh dari negara Korea ni.

4 Produk Dalam Kotak Althea A'Bloom



Ni ha, cantik kan kotak depa. Siap tema raya tu hangpa!. Pandai lah orang Korea ni ambil hati kita kan, haha.


Cantik depa bungkus kotak, pinky!.


Apa yang ada dalam kotak Althea A'Bloom ni ialah  A'Bloom BHA Blackhead Blaster, Mask Muka yang diasaskan dari buah-buahan, Giant Meringue Puff & jugak 3 pcs Baby Meringue Puff.

Mask Muka A'Bloom Dari Althea (RM2/1pc)

Mask Muka A'Bloom Dari Althea

Aku suka mask dari A'Bloom ALTHEA ni, sebab semuanya ada fruit based. Bau dia pun bau buah. Jom aku kenalkan dengan hangpa dengan 4 masks dari A'Bloom Althea ni.

A'Bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright

Mask ni membantu untuk mencerahkan kulit kerana mengandungi Vitamin C dari Lemon & Lime. Mask ni jugak mengandungi double dose dari ekstrak limau & kapur untuk menghilangkan bintik gelap. Mask ni mengandungi teh hijau yang dapat mencerahkan kulit & menenangkan kulit. Bahan utama dalam mask ni ialah, ekstrak buah niacinamide, citrus limon (lemon), ekstrak buah jeruk citrus aurantifolia (lime), & ekstrak daun camellia sinensis. Mask ni sesuia dipakai untuj semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.

A'Bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long

Mask ni mengandungi ekstrak tembikai & ditambah dengan lavender untuk penghidratan & memberikan lembaoan pada kulit. Buah tembikai mengandungi banyak air. Jadi, ia membantu dalam menyuburkan kukit & menenangkan kulit .

Lavender pulak mempunyai bauan yang indah & memberikan kesan yang menenangkan & menyegarkan kulit.

A'Bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me

Mask ni kaya dengan antioksidan jntuk menyuburkan & melindungi kukit daripada faktor alam sekitar yang berbahaya & mencegah wrinkles. Mask ni mengandungi ekstrak avocado & bunga raya (Hibiscus Sabdariffa) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.

A'Bloom Anti Blemish Peach - Ac Me Peach

Mask ni pulak dapat membersihkan & melegakan kkuit yang sensetifm diadun dengan ekstrak buah peach & tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan & membersihkan kulit serta melembutkan kulit. Mask ni sesuai untuk kulit berminyak.

Cara Guna Mask Dari A'Bloom Althea

Mula-mula hangpa kena cuci muka dulu. Lepas tu pakai mask di muka. Hindarkan dari bahagian mata & jugak mulut. Biarkan selama 10-20 minit di muka & tanggalkan.

Lepas tu, buat sikit urutan di muka dengan jari-jemari ajaib untik bagi esen mask yang hangpa pakai tu sekata & meresap dengan cepat.

A'Bloom Giant Meringue Puff (RM8/1pc)

Meringue Puff Giant & Baby

Dalam kotak A'Bloom Althea ni jugak ada Giant Meringue Puff. Di mana saiznya lebih besar berbanding baby meringue puffs.

Fungsinya ialah ia boleh digunakan untuk meratakan foundation. Tak kira secara kering atau dibasahkan. Kalau dibasahkan ianya akan menjadi lebih besar sehingga 1.5 kali ganda.

Giant Meringue Puff ni bukan diperbuat dari soan biasa. Ianya diperbuat dari material high density latex free foam. Lembut, kenyal & tak mudah koyak!.

A'Bloom Baby Meringue Puff (RM11/3 pcs)

Baby Meringue Puff ni ada 3 pcs dalam 1 box. Sama macam Giant Meringue Puff jugak, ia diperbuat dari latex yang berkualiti tinggi. Ia boleh digunakan di kawasan mata, hidung & di celah-celah kawasan yang sukar digunakan oleh span & giant puff.

Baby Meringue Puff ni boleh digunakan untuk meratakan foundation atau bedak 2 way cakes. Tak kira lah ketika baby puff badah atau kering.

A'Bloom BHA Blackhead Blaster (RM16)

BHA Blackhead Blaster

BHA Blackhead Blaster ni  direka untuk mengatasi masalah whitehead & blackhead. Bentuk dia memang pratikal, dalam bentuk stick ala-ala lipstick tu kan. Hangpa pusing ja, terus pakai. Boleh di bawa kemana-mana.

BHA Blackhead Blaster ni mengandungi apricot seed powder bagi mengeluarkan sebum berlebihan & tea tree oil yang dapat menenangkan kulit & mencegah kemerahan pada kulit. Ia boleh digunakan setiap hari hari kerana BHA Blackhead Blaster bersifat lembut & tak mencederakan kulit.

Cara Guna BHA Blackhead Blaster Dari A'Bloom Althea

Hangpa kena basahkan muka dulu dengan air suam. Lepas tu keringkan muka dengan tuala. Muka dah kering, baru lah hangpa sapukan stick ni di seluruh muka & hidung hangpa. Selain tu, hangpa jugak boleh urutkan muka hangpa untuk beberapa saat & baru lah hangpa bilas dengan air bersih.

So hangpa, apa tunggu lagi. Cepat lah dapatkan 1 kotak ALTHEA A' Bloom sekarang!. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Althea ni, hangpa boleh layari:

Website : ALTHEA

Facebook : Althea

Instagram : altheakorea

Keep Reading»

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum semua.

Alahai, dah lama sungguh aku tak update blog ni kan. Masa yang tak mengizinkan hangpa, banyak ja cerita yang nak aku share sebenarnya.

Alhamdulillah, bertemu jugak kita dengan Syawal tahun ni. Masa sebulan Ramadhan pantas berlalu. Akhirnya berhari raya kita semua.

Syukur kepada Allah masih dilanjutkan usia untuk meraikannya bersama-sama insan tersayang. Tiada yang lebih membahagiakan aku kerana masih lagi mempunyai Abah & jugak punyai suami & anak serta adik beradik yang sama-sama dapat aku beraya bersama di pagi raya. Terima kasih Allah. Walaupun masih terasa sayu kerana tahun ni adalah tahun pertama aku beraya tanpa Mak aku.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Memandangkan sekarang ni masih lagi dalam musim raya, rasanya masih tak terlewat kan untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh keluarga & muslimin serta muslimat yang mengenali aku & suami ya.

Tak lupa jugak buat semua pembaca blog aku, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Andai ada tersilap menulis & terkasar penulisan, harap ampun & maaf.

Di sini jugak, aku maafkan dunia akhirat segala silap & terlanjur bicara mahupun komen hangpa kepada aku.

Semoga kemenangan Aidilfitri ni kita sambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan, keriangan, & maniskan senyuman ya.

Keep Reading»

Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen

Yasin Murah 50 Sen


Assalamualaikum, hai semua. Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen.. haa, menarik kan hangpa?. Hari ni dah 11 Ramadhan, sekejap ja kan masa berlalu. Ada ka yang dah mula bersiap-siap buat bajet baju raya, tudung raya, kuih raya & sampul duit raya. Selain tu, hangpa jangan lupa jugak untuk siapkan bajet bersedekah di bulan mulia ni.

Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen

Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen

Cerita bab sedekah ni, ada orang suka bersedekah dengan cara memberi duit. Ada jugak yang suka sedekahkan buku yasin di surau, masjid atau di majlis kenduri kendara. Bagi yang suka sedekahkan surah Yasin, ni ada berita baik untuk hangpa pelanggan yang nak membeli YASIN MURAH 50 sen dengan Urban Shops.

Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen

Yasin Murah menawarkan SAMPUL DUIT RAYA, secara PERCUMA DENGAN MEMBELI YASIN MURAH 50SEN.

Macam mana nak dapatkan secara PERCUMA SAMPUL DUIT RAYA DENGAN MEMBELI YASIN MURAH 50SEN  dari Urban Shops ni?. Senang ja !!!.

Dengan setiap pembelian 100pcs YASIN MURAH 50sen secara automatik hangpa akan menerima SAMPUL DUIT RAYA PERCUMA!.

Bukan sekeping, bukan dua keping ja SAMPUL DUIT RAYA ni hangpa dapat. Tapi 10 KEPING SAMPUL DUIT RAYA uollllsss!. Best tak best?.

Penghantaran Seluruh Negara

Apa yang menarik tentang Yasin Murah di Selangor ni, kalau hangpa berada di utara, selatan & pantai timur, hangpa boleh hantar door to door delivery (pos lah ya).

Kalau hangpa duduk area Selangor ni, dan tak nak terima melalui pos, takpa. Jangan risau. Ada jugaK perkhidmatan Cash On Delivery (COD) pada setiap hari Isnin hingga Khamis (by appointment - Klang Valley) serta servis same day delivery (Klang Valley jugak).

Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Close up sikit, hihi. Cantik tak sampul duit raya ni. Oleh kerana seller peminat brand Coach, so sampul duit raya pun tema Coach jugak lah. While stock last & limited time ja taw. Siapa cepat, dia dapat, gitu.

Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen

MACAM MANA NAK DAPATKAN PERCUMA SAMPUL DUIT RAYA DENGAN MEMBELI YASIN MURAH 50SEN

Macam mana nak beli & DAPATKAN PERCUMA SAMPUL DUIT RAYA DENGAN MEMBELI YASIN MURAH 50SEN?.

Hangpa boleh whatsapp ja ke www.wasap.my/60126460421 atau www.wasap.my/601151044524 & terus bagitaw dekat seller "Saya nak Yasin murah!".

Hangpa jugak boleh beli direct melalui Shopee atau Facebook untuk dapatkan POSTAGE PERCUMA & boleh jugak buat bayaran guna KAD KREDIT atau DEBIT. Mudah sangat kan!.

Untuk maklumat lanjut, hangpa boleh layari:

Facebook

Shopee

Keep Reading»