Petua Turunkan Suhu Panas Jika Anak Demam

PETUA TURUNKAN SUHU PANAS ANAK DEMAM.


Petua tradisional


Apa nak buat kalau anak kita kerap demam malam?. Semua Ibu Ayah pun akan berhadapan dengan gejala ni & akan rasa resah ja kan. Selalunya siang hari anak cukup aktif namun tiba-tiba demam di malam hari. Selalunya Ibu Ayah mula lah tak lena tidur malam sebab anak demam malam ni kebiasaannya kuat meragam!.

Apa Itu Demam?.


Demam sebenarnya merupakan reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus berfungsi mengawal suhu badan. Hypothalamus akan bertindak meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan.

Oleh itu, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan sekaligus menjadikan anak kita demam.

Apa pun bukan semua demam memerlukan ubat. Kalau anak kita masih aktif, makan & minum susu, takda apa yang perlu kita risaukan. Inshaallah. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah.

Anak demam malam jugak tak akan mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sangat tinggi. Pada waktu tu lah anak yang demam malam ni mungkin  beralih kepada masalah kesihatan yang lebih serious.

Cara Meredakan Demam Malam.


Pastikan Anak Betul-Betul Demam.

Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu & keadaan badan. Oleh itu, dapatkan lah termometer bagi menyukat suhu anak-anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, kerana ketepatannya sedikit berkurangan. Suhu badan biasanya adalah diantara 36-37.4 darjah celcius. Ketahui tahap demam anak kita berpandukan suhu berikut:

  • Demam ringan : 37.5-38.4 darjah celcius
  • Demam biasa : 38.4-39.9 darjah celcius
  • Demam tinggi : 40.0-41.4 darjah celcius

Lakukan Kaedah 'Spoging'.

'Spoging' atau menjelumkan kepala anak kita merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu anak demam malam. 

Cara untuk melakukan 'spoging' ini adalah:

Sediakan air suam dalam besin & 3 helai tuala kecil.

  • Rendamkan tuala & perahkan airnya.
  • Kemudian, lapkan air suam pada kepala anak perlahan-lahan menggunakan tuala pertama & biarkan.
  • Lapkan air suam pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua & biarkan di celah ketiak.
  • Akhir sekali, lapkan air suam pada paha & celah paha menggunakan tuala ketiga serta biarkan seketika.
  • Ulangi cara tersebut & lakukan selama 30 minit.

Berikan Anak Ubat Demam Mengikut Dos &Waktu Yang Ditetapkan.

Kalau dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang & jangan lupa berikan dos yang terakhir diantara jam 11-12 tengah malam. Kalau kita dapat mematuhi waktu ni, anak demam malam boleh tidur dengan selesa & suhu malamnya tak terlalu tinggi.


Galakkan Anak Minum Air Dengan Banyak.

Kebiasaannya anak demam malam akan mengalami suhu yang tinggi pada sebelah malam. Oleh itu, letakkan lah sebotol air dekat tepi katil anak-anak & segelas cawan. Jika anak-anak boleh memahami, bagitaw depa supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Minta lah dia minum sikit-sikit, tapi kerap.

Kalau anak masih kecil, kita sebagai ibu ayah harus lah rajin memberikan anak minum sikit-sikit tapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit. Suapkan 2-3 sudu air kepadanya. Alternatif lain adalah kita boleh masakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak macam sup ayam, bubur & lain-lain.

Pakaikan Anak Dengan Pakaian Nipis.

Ibu Ayah digalakkan memakaikan anak kita dengan baju yang nipis supaya haba boleh kel;uar terutamanya anak demam malam. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak-anak. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia dapat menyerap peluh dengan baik & anak kita jugak akan lebih selesa.

Petua Tradisional Menuruinkan Suhu Anak Demam.


Daun Bunga Raya

Ambilkan beberapa helai daun bunga raya & ramaskan daun tersebut sehingga hancur & keluar lendirnya, kemudian sapukan pada kepala & ubun-ubun anak kita. Ulang beberapa kali sehingga demam anak kita kebah.

Kepala Muda

Kita boleh jugak cuba berikan anak kita minum air kelapa muda dua kali sehari. Sekiranya demam anak kita berpanjangan & masih tak nak kebah biarpun dah beberapa kali makan ubat. Inshaallah suhu badan panas tu akan mulai turun.

Sirih Pinang

Sediakan beberapa helai daun sireh & sebiji buah pinang. Lalu tumbukkan kesemua bahan tu sehingga hancur & lumat & campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak kita yang demam. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.

Info Penting

Sekiranya anak kita mempunyai tanda-tanda di bawah ni, ia bermakna anak kita memerlukan rawatan serious daripada doktor.

  • Kelenjar leher bengkak.
  • Mata merah.
  • Tak fokus.
  • Ruam.
  • Muntah.
  • Pening kepala.
  • Menangis & merengek.
  • Sensetif pada cahaya.
  • Tak boleh bergerak disebabkan badan sakit.
Sekiranya suhu anak demam malam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawa lah berjumpa dengan doktor bagi memastikan si manja kita tak menghidap penyakit berbahaya sepeti demam denggi atau meningitis iaitu radang pada otak.




2 comments