Selamat Hari Lahir Untuk Aku!

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI INI


Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Lahir Untuk Diri Ini, Selamat Hari Lahir

7hb September yang lepas merupakan hari ulang tahun kelahiran aku. Tak payah lah hangpa tanya umur akau berapa sekarang, dah tua pun rasanya, haha.

Banyak aku dapat mesej & komen dalam Facebook yang wish Happy Birthday pada aku. Terima kasih banyak-banyak taw!. Tipu lah kalau aku cakap aku tak terharu dengan ucapan-ucapan tu, terima kasih sangat-sangat.

Sedar tak sedar dah bertahun lama Allah bagi peluang pada aku untuk tumpang tinggal di alam ciptaannya ni. Kekadang rasa diri ni hina sangat, apa taknya dah lah menumpang tapi selalu terbabas dalam mensyukuri nikmat yang Dia bagi pada aku selama ni. Inshaallah dari masa ke semasa aku akan cuba menjadi hambanya yang terbaik, terima kasih Allah.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk memperbaiki apa yang lemah pada aku. Masih diberi nafas untuk bersama orang-orang yang aku sayang terutamanya Zahra, suami, Mak Abah & keluarga. Terima kasih Allah dengan rezeki & kesihatan yang diberi olehNYA. Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia & akhirat. Dapat menjadi isteri yang solehah & ibu yang baik untuk anak-anak.

Pada hangpa semua, terima kasih sudi menjadi kawan aku walau kenal atau tak kenal!.

7 comments

  1. Happy birthday ye semoga diberkati rezeki Dan kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun kelahiran awaa.. hee~ semoga bahagia dunia akhirat milik awaa..

    ReplyDelete
  3. happy birthday.. semoga panjang umur dan murah rezeki ye..

    ReplyDelete
  4. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete