First Time Bawak Zahra Tengok Wayang!.

Pengalaman bawak anak tengok wayang


Assalamualaikum semua. Aku suka nak cerita pasal ni. Zahra tak mengamuk ka  duduk dalam panggung tu?.

Ok lah. Hari ni aku nak cerita pasal tu. Kalau nak taw kami suami isteri ni memang kaki wayang. Nak tunjuk tiket-tiket wayang yang aku simpan time bercinta dulu pun tak ingat pulak letak dekat mana, hihi. Ni pun sebab duk jauh takpa lah. Kalau dekat-dekat, maunya tiap minggu p tengok wayang. Eceh, haha.

Asal en.suami balik dari Kedah ja sure tengok wayang. Tu salah satu aktiviti yang wajib ada. Aktiviti wayang ni terhenti lepas aku bersalinkan Zahra. Dekat 2 tahun dah berhenti tengok wayang. Sebab tak berani bawa Zahra masuk wayang takut dia melalak, haru pulak kan.

Pengalaman bawak anak tengok wayang

Sampai lah umur Zahra dah 2 tahun 3 bulan ni, aku berani-beranikan diri bawak dia jugak. Percubaan berjaya. Minggu lepas kami p tengok J Revolusi. Dia tak nangis. Cuma kesian dia duk terkejut bila part aksi-aksi ganaa & bunyi-bunyi kuat. 

Nampaknya lepas ni takda masalah lah nak bawak Zahra tengok wayang lagi. Boleh lah biasakan dia dengan suasana dalam wayang. Dia tak meragam kan, tak menangis dalam wayang tu, lega. Di takda p jalan merata ka apa dalam wayang tu. Mungkin sebab gelap kan, so dia macam takut lah nak kemana-mana, haha.

Zahra pun macam boleh faham pulak tengok wayang tu. Siap dia tanya-tanya. Kenapa darah? Kenapa bergaduh? Kenapa pukul?. Fokus ja tengok cerita melalui celah-celah tangan dia sambil makan popcorn, haha. Tanpa ada bunyi pun!. Sebab takut dia tutup muka dengan tapak tangan dia. 

Kalau berbunyi tu, ada lah tu dia nak tanya apa-apa. Biasa lah budak kan, suka bertanya. Tapi pandai Zahra ni. Dia cakap pun tak cakap kuat-kuat. Cakap slow-slow ja. Siap bisik dekat telinga.

So sekarang dah takda masalah lah nak bawa Zahra p tengok wayang. Sebab dia behave ha. Hari tu aku risau dah takut aku kena keluar dari wayang tu kalau Zahra tak nak duduk. Tq Zahra sebab awak senang di handle bila tengok wayang, hihi.

Hangpa macam mana, pernah tak ada pengalaman bawak anak p tengok wayang?

No comments