Baby Kecil Bonda Demam

Anak Bonda Demam.


Assalamualaikum semua. Zahra si comel aku  demam selasa kelmarin. Bermula malam Isnin tu Zahra dah demam sebenarnya. Tak taw kenapa nampak dia tak ceria ja.

Anak Baru Baik Demam

Pagi Selasa tu tak bermaya ja dia. Sedih pulak aku tengok dia nak tinggal p kerja pun. Aku tak bawak p klinik lagi hari tu.

Bila dah demam tu, minum susu pun tak nak dah. Sebelum ni, aku ada baca di internet, bila hari pertama anak kita demam, badan anak kita tu baru terkena virus. Kalau kita bagi minum susu ka makan apa pun, mesti depa takkan terima. Buat apa kan? Lepas tu kita ni penat lah membebel bagi makan tak nak pulak, huhu.

So, untuk bagi anak kita terus bertenaga disarankan supaya bagi air manis. Sirap pun boleh, air kotak ka. Kalau Zahra tu, air ribena lah dia. Katanya dari situ lah anak kita dah boleh dapat tenaga.

Petang Selaea tu kurang sikit panas badan Zahra. Lepas Tok Pah Zahra jelum dengan air daun bunga raya. Yang ni memang petua turun temurun, hihi. Tapi malam tu panas balik badan Zahra, so aku masukkan ubat dalam bontot Zahra. Sejak kakak ipar aku cadangkan bila terlalu panas gunakan ubat bontot ni. Senang ja ha. Lagi pun Zahra ni payah nak makan ubat.

Pagi Rabu tu, alhamdulillah demam Zahra dah kebah. Kalau tak panas sangat badan Zahra. Aku pun duk jelum tak berhenti.


Risau kan kita bila anak kecil kita demam. Lepas tu baru demam tak sampai sehari, dah nampak macam seminggu tak makan, huhu. Macam mana tu??. Lagi lah sedih hati Bonda ni.



1 comment