Aktiviti Waktu Malam Yang Best

Hai semua, sebenarnya banyak jugak aktiviti waktu malam yang best hampa boleh buat dekat Taiping ni.Hari ni aku nak cerita pasal aktiviti waktu malam di Dataran Warisan Taiping.
Minggu yang lepas berkesempatan bawak anak-anak sedara perempuan aku p main roller blade dekat sini.Sebelum ni pun pernah datang sini tapi tengok ja orang main.Aku memang tak reti main, hihi.Aku tolong bawak ja depa datang main.Sewa roller blade paling murah sepasang RM5 untuk 45minit.Kalau RM10 punya boleh main sampai lebam, haha.Kira murah lah tu kan.

Memang agak ramai pengunjung dekat sini setiap malam minggu.Lagi-lagi budak-budak lah kan.Excited bukan main na semua.Malu pulak dah anak sedara aku ni nak tunjukkan skill bermain roller blade depa yang agak hebat tu, kahkahkah.Hebat ka??

Selain roller blade, ada jugak yang main belon gergasi.Roller blade memang aku fail lah so tak payah berangan lah nak main.

Dah rupa 1 pembaziran pulak aku rasa.Anak sedara aku melaburkan RM10 untuk roller blade tu sebab tak sampai  1 jam pun kud depa main.Yelah baru nak belajar main macam tu, setakat pegang-pegang orang tu boleh lah gerak slow-slow.


Almost pukul 12.00 tengah malam, terang menerang lagi dekat situ.Orang masih ramai.Nasib lah aku tak main, kalau tak asyik jatuh terjelopok ja lah.Buat malu ja dekat budak - budak kecik yang lagi hebat dari aku.

Ok, mai aku nak payung sikit gambar anak sedara aku ni duk tengah main roller blade.Baru belajar imbangkan badan je pun ha.Yang nak bagi tunjuk ajar, dah nak habis masa, baru nak mai.





Yang bestnya, budak-budak kecik ni pun ada main roller blade dekat sini taw.Dah lah lagi hebat main dari orang-orang besar ni.Pastu duk perhati ja anak sedara aku ni gerak slow macam siput khinzir ja ha, haha.Eii, menganjing ja kan.Semoga lepas ni bila datang lagi dekat sini, hampa dah pandai main roller blade na, siap boleh gulung-gulung kaki.Kbai.

No comments