Wanita Paling Besi!.

Mak, Wanita Paling Besi!.


Mak, Wanita Paling Besi!.

Ini Mak. Antara wanita paling besi yang aku pernah jumpa. Hanya Allah mampu balas segalanya. Sebab aku serba tak cukup untuk bagi dia selayaknya selama ni.

Siapa yang kenal or pernah jumpa Mak mesti akan cakap dia sangat baik & ramah. Memang, dia paling suka meraikan orang. Suka melayan orang. Suka masakkan orang.

Dulu acik selalu jeles, haha. Sebab rasa macam alah kami adik- beradik asyik kena mengalah dengan orang luar ja, sebab Mak always try to please them first.

Tapi bila dah besar, makin waras ni, rupanya tak. She is the most protective mother. She'll try her best to always be there for us. Dia banyak mengalahkan diri demi kami.

Dengan characternya tu, dia mengajar kami membesar menjadi seorang yang selfless. Biar kita susah takpa, jangan kita susahkan orang.

Thank you Mak, you raised us well ❤️.

Terima kasih jugak atas segala pengorbanan, penat lelah Mak menjaga kami 8 beradik. Tak pernah lekang bagi pertolongan walau kami dah besar, ada keluarga sendiri.

Mak, kami ringdu Mak. InshaAllah diri Mak ada dalam setiap kami, & kami akan berusaha untuk sentiasa harmoni bersama, seperti kita semua sebelumnya. Mak, walau Mak dah takda, inshaAllah kami adik beradik akan jaga antara kami sebaiknya, sampai bila-bila. Alhamdulillah setakat ni kami takda gaduh rebutkan apa-apa.

LATIPAH BINTI BAHAROM
150152-28122018
AL-FATIHAH

Sesekali kata-kata terluah, seolah menyurat melalui Tuhan. Mungkin tu cara aku mencari kekuatan.

No comments