Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum semua.

Alahai, dah lama sungguh aku tak update blog ni kan. Masa yang tak mengizinkan hangpa, banyak ja cerita yang nak aku share sebenarnya.

Alhamdulillah, bertemu jugak kita dengan Syawal tahun ni. Masa sebulan Ramadhan pantas berlalu. Akhirnya berhari raya kita semua.

Syukur kepada Allah masih dilanjutkan usia untuk meraikannya bersama-sama insan tersayang. Tiada yang lebih membahagiakan aku kerana masih lagi mempunyai Abah & jugak punyai suami & anak serta adik beradik yang sama-sama dapat aku beraya bersama di pagi raya. Terima kasih Allah. Walaupun masih terasa sayu kerana tahun ni adalah tahun pertama aku beraya tanpa Mak aku.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Memandangkan sekarang ni masih lagi dalam musim raya, rasanya masih tak terlewat kan untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh keluarga & muslimin serta muslimat yang mengenali aku & suami ya.

Tak lupa jugak buat semua pembaca blog aku, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Andai ada tersilap menulis & terkasar penulisan, harap ampun & maaf.

Di sini jugak, aku maafkan dunia akhirat segala silap & terlanjur bicara mahupun komen hangpa kepada aku.

Semoga kemenangan Aidilfitri ni kita sambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan, keriangan, & maniskan senyuman ya.

No comments