Zahra Dah Masuk Prasekolah

Anak Dah Masuk Sekolah


Assalamualaikum semua.

Terlupa pulak aku nak cerita pasal Zahra dah masuk prasekolah. Tunggu ada masa lapang ja ni, baru boleh tarik nafas sikit nak update blog.

Sebenarnya memang ada plan daripada tahun lepas lagi nak masukkan Zahra sekolah. Tapi tahun lepas dia baru 4 tahun. Ni pun belum officially 5 tahun pun, bulan 11 nanti baru genap, tapi dikira valid lah masuk, hihi. Ambik masa yang lama jugak nak decide untuk hantar Zahra masuk sekolah ni sebab Zahra ni jenis yang berkepit dengan aku 24 jam. Manja sangat, huhu.

Pertamanya memang niat nak masukkan Zahra ke sekolah sebab nak ajar dia ni berdikari sikit. Nak ajar cara bergaul dengan kawan-kawan & tak nak terlalu manja sangat.

Anak Dah Masuk Sekolah

First day Zahra dekat sekolah macam mana?. Biar aku bagi mukadimah sikit ya pasal perwatakan Zahra ni. Zahra ni orang dia macam jinak-jinak merpati. Nampak ja jinak, tapi bila kita datang dekat, dia lari, hihi. Gitu lah yang boleh aku gambarkan pasal Zahra ni.

Macam mana aku train anak aku supaya rajin p sekolah?. Nak kata train tu, takda lah. Tapi apa yang aku boleh sharekan ialah sebelum dia nak masuk sekolah hari tu, boleh dikatakan hari-hari aku cakap dengan anak aku, "Zahra nanti nak sekolah dah taw, dapat jumpa kawan ramai. Wah, bestnya. Zahra kan budak baik, kena lah p sekolah".

Tujuan aku cakap macam tu nak bagi Zahra sentiasa ingat dia akan masuk sekolah tak lama lagi. Tak nak lah tiba-tiba dia terkejut tak taw apa-apa, tengok-tengok dah kena kejut awal mandi, pakai baju sekolah, kena p sekolah.

Aku rasa kan, kata-kata semangat macam tu walaupun nampak simple ja, tapi sangat membantu untuk aku. Benda ni nampak macam benda biasa ja kan, tapi untuk mak-mak yang ada anak yang sejenis perangai macam Zahra yang suka berkepit ni, sangatlah banyak dugaannya, haha.

Selain tu, dua tiga hari sebelum nak p sekolah, aku bawak Zahra p beli barang perkakas masuk sekolah. Ni pun sebab nak bagi dia rasa seronok nak masuk sekolah. Dapatlah feel pakai bag baru, baju baru & lain-lain. Benda ni membantu taw nak bagi mood anak seronok!.

Zahra nangis tak?. Yang ni hangpa janganlah tanya, haha. Confirm lah nangis kan. Mula-mula memang dia tak biasa. Dua hari pertama tu memang mencabar sikit. Aku dah cakap dalam hati aku siap-siap, "Hang kena kental bila dengar Zahra nangis nanti".

Masa nak tinggalkan Zahra, memang dia menangis. Tarik baju aku tak nak lepas. Masa tu aku pun duk rasa nak bergenang air mata, haha. Rasa sebak automatic wei, bukan buat-buat taw. Ya lah, Zahra ni mana pernah berenggang dengan aku kan.

Aku pun biarkan ja lah Zahra menangis & terus keluar dari kelas dia. Kesian tapi nak buat macam mana kan, sampai bila nak kesian ja. Kekadang kena tegas jugak. Masa tu duk berharap, cikgu boleh tolong handlekan.

Anak Dah Masuk Sekolah

Masuk hari ketiga sekolah, hurm tak payah cakap apa dah. Zahra makin happy, makin rajin!. Makin syok!. Dia kata best p sekolah. Tiap kali balik dari sekolah ada ja benda dia nak cerita dekat aku.

Anak Dah Masuk Sekolah

Tu ja lah pun yang nak aku sharekan, hihi. So far, ok lah sekolah Zahra ni. Selain tu, nak ambil kesempatan dekat sini, nak ucapkan terima kasih dekat cikgu prasekolah Zahra yang membantu Zahra dari awal sekolah sampai lah sekarang & akan datang. Harap dapat tengok banyak lagi perkembangan dia lepas ni.

No comments