Review Filem Munafik 2

Assalamualaikum semua.

REVIEW FILEM MUNAFIK 2

Hangpa dah sempat menonton ke belum filem ni?. Aku hari tu berkesempatan lah p tengok filem ni. Jenuh lah aku hari tu nak kena berebut-rebut tiket, dengan seat penuh lah apa, hihi. Biasa lah awal-awal keluar tu kan. So, jom aku belanja hangpa review filem Munafik 2 ni.

REVIEW FILEM MUNAFIK 2


Jalan Cerita

Dari segi jalan cerita, aku rasa ceritanya sangat mudah. Sesiapa pun boleh faham tentang jalan ceritanya iaitu mengenai Sakinah sekeluarga yang telah diganggu oleh kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Abuja. Kemudian, mereka meminta pertolongan dari Ustaz Adam untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Dalam pada masa yang sama, Ustaz Adam jugak mempunyai konflik dalam diri sendiri.

REVIEW FILEM MUNAFIK 2

Karakter

Aku tertarik dengan karakter yang ditonjolkan oleh Abuja!. Sebab lakonan jahat dia tu begitu menjadi sehinggakan aku rasa macam meluat pulak pada watak Abuja ni, haha. Memang menjadi lakonannya!. Untuk watak Azman, aku memang tak dapat agak dari awal filem yang di penghujungnya sungguh mengejutkan bila karakter sebenarnya dipamerkan.

REVIEW FILEM MUNAFIK 2

Perkembangan karakter Sakinah mungkin boleh dikembangkan lagi. Mungkin boleh diceritakan siapa suaminya sebelum ni, & macam mana kehidupan mereka sebelum ni, di mana ayahnya masih sihat. Watak mawi jugak tak kurang hebatnya. Mungkin lepas ni boleh wujudkan watak Mawi lagi dalam Munafik 3.

REVIEW FILEM MUNAFIK 2

Elemen Seram

Aku pasti 90% yang hadir ke pawagam untuk menonton filem ni pastinya ternanti-nantikan elemen seram yang membuatkan hangpa menjerit sampai berterabur popcorn kan?, haha. Boleh aku katakan bahawa elemen seram dalam filem ni tak melebihi 50% daripada keseluruhan filem.

REVIEW FILEM MUNAFIK 2

Walau bagaimana pun, elemen seramnya berjaya!. Aku cukup suka dengan tahap keseraman dalam beberapa babak dalam filem ni, contohnya di rumah Sakinah. Jadi secara keseluruhannya, bagi elemen seram, memang berjaya!.Tahniah.

Elemen Islamik

Filem ni tajuknya pun Munafik kan, dah tentu lah akan ada banyak elemen islamik yang ditekankan. Bukan hanya elemen seram semata. Kalau nak seram 100% kena tengok cerita hantu lah kan, hihi. Bagi aku elemen islamik dalam ni memang padat. Ia membuatkan kita rasa insaf & berjaya menjentik hati aku. Tahniah sekali lagi.

REVIEW FILEM MUNAFIK 2

Kesimpulannya, filem ni sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Elemen seramnya tak melampau-lampau. Malah filem ni mampu menginsafkan diri. Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan filem ni. Aku bagi 9/10 bintang!.


No comments