Cerita Pampers & Susu Botol

23:37 Bonda Zahra 0 Comments

Assalamualaikum semua.


Akan tiba satu masa, pasti kita sebagai Ibu akan mencari jalan macam mana nak  memisahkan anak-anak dari terus minum susu dengan botol & jugak memakai pampers.

Kisah aku memisahkan pampers buat anak aku Zahra, boleh aku katakan ianya cukup mudah. Sebab sebelum usia 3 tahun, anak aku dah tak pakai pampers lagi. 

Alhamdulillah, Zahra sendiri yang mintak tak nak pakai pampers. Sepanjang tak pakai pampers ni, pernah lah Zahra 'tercicir' 2 ke 3 kali macam tu. Lepas tu, dia ok dah.

Gigih lah aku mengajar supaya anak aku cepat pandai menggunakan tandas. Takda sistem tandas tiruan buat anak aku. Terus ja ke tandas biasa. Alhamdulillah, belah malam pun Zahra tak pernah kencing tilam. Kalau dia nak ke tandas pun, dia akan kejutkan aku.

Tapi bila bercakap soal nak ceraikan botol, aku tewas!!!, haha. Zahra dulu tak lama menyusu badan. Aku tengah tunggu masa nak ajar Zahra minum susu dengan cawan. Tapi bila diajar terus minun dri cawan, cara minum anak pun jauh berbeza. Dia akan minum seteguk-dua berbanding kalaundalam botol tu, sekali lalu ja habis dah satu botol.

So, aku biarkan dulu ni Zahra minum susu botol. Nak tengok nanti dah sekolah dia malu tak nak minum susu botol lagi, hihi. Kadang-kadang rasa kesian bila nak menceraikan botol buat anak, padahalnya tu semua hanya proses biasa.

You Might Also Like

0 Pengomen: