Makaroni Carbonara

RESEPI MAKARONI CARBONARA


Resepi Makaroni Carbonara

Assalamualaikum.

Dah lama aku nak cuba buat markaroni carbonara ni. Tapi takut tak jadi. Maklum lah biasa buat bolognese ja. Boring jugak asyik makan spaghetti.

Dah jadi isteri ni kan, harus lah kena explore memasak, hihi. Alhamdulillah kita belajar slow-slow. Yang simple-simple dulu no. So, mari lah kita masak makaroni carbonara. Zahra payah makan jugak. Tapi dia selalu suka nasi lah kan, so senang lah.

Suami kata sedap jugak ya. Dah selalu makan bolognese, sekali sekala tukar sedap jugak. Alhmdulillah kalau sedap, lepas ni boleh masak lagi, hihi.

Resepi Makaroni Carbonara


Bahan-Bahan

Makaroni
Sosej
Bawang Putih
Sos Carbonara (Macam dalam gambar)
Minyak
Garam
Cukup Rasa (Maggi)
Air
Cheese (Aku guna yang slice tu ja)

Cara-Cara

1. Didihkan air untuk merebus makaroni. Bila air dah mendidih, masukkan makaroni, sedikit garam & sedikit minyak untuk mengelakkan ianya melekat.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak. Minyak dah cukup panas, masukkan bawang putih. Bila bawang putih dah kekuningan, masukkan sos karbonara. Masukkan air & kacau.

3. Perasakan dengan garam & cukup rasa (Maggi).

4. Bila dah mendidih, masukkan cheese, kacau rata & tutup api.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Yeah, dah boleh makan.


12 comments

  1. sedappnyaa...ain memang peminat carbonara.huhuhhu..

    ReplyDelete
  2. Carbonara ni kalau panas tu syok la makan, kalau datang time sejuk tu sebu tekak nak telan..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, ye lah kak. panaskan kuah ja lah.

      Delete
  3. carbonara paling sedap dan senang nak masak. slow2 belajar masak nanti power la tu, all the best kak :D

    ReplyDelete
  4. Fav Dania jugak ni...sebulan at least 3 kali kena buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak?. Orang kat rumah tu pun suka.

      Delete
  5. anak akk suka juga, akk suka beli tin kuning makan dgn spagethi. Tin hijau ni belum pernah beli lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak suka kan kak?.yg tin kuning tu pun sedap kak.

      Delete