Selamat Hari Raya Aidilfitri

23:44 Bonda Zahra 6 Comments

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum semua.

Hai!. Hangpa apa khabar?. Lama dah weh aku tak update blog sejak sebelum puasa hari tu lagi kan?. Bukan apa hangpa, aku sibuk dengan kerja-kerja hakiki aku, kerja rumah lagi yang tak pernah habis tu, hihi. Bila bulan puasa pulak, lagi lah bertambah sibuk kan.

Hari ni dah 15 Syawal kan?. Syukur alhamdulillah, Allah SWT dah memanjangkan umur kita semua untuk menyambut hari raya aidilfitri bersama-sama keluarga kita. Walaupun hari raya dah seminggu yang berlalu, aku rasa belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua kawan-kawan blog aku ni. Walaupun ada antara kita yang tak saling mengenali tapi tak kisah lah kan.

Aku berharap hangpa semua dapat lah memberi sokongan kepada aku untuk terus berblog lagi. Tunjuk ajar & kritikan yang membina amat aku alu-alukan & diiringi dengan ucapan terima kasih.

Raya ni seronok kan?. Mana taknya, bila hari raya semuanya baru. Baju baru, kasut baru, tudung baru, kereta baru, rumah baru & macam-macam lagi lah yang baru. Dan yang pasti di hari raya hangpa semua nampak berseri-seri macam orang baru.

Aku pun macam hangpa jugak. Tapi aku takda lah banyak benda yang baru masa hari raya hari tu. Cuma baju baru tu kena ada lah kan, hihi.

Kalau nak cerita pasal raya ni kan memang tak kan habis. Tapi takpa lah, sampai sini dulu ya. Buat panas enjin nak menulis, haha. Semoga kita jumpa lagi di entri yang akan datang ya!. 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

You Might Also Like

6 comments:

  1. selamat hariraya sue maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. semoga kak sue tak putus asa blogging ya! Selamat Hari Raya kak sue sekeluarga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awak. selamat hari raya :).

      Delete
  3. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

    ReplyDelete