Salam Ramadhan Al-Mubarak

15:05 Bonda Zahra 3 Comments

UCAPAN SALAM RAMADHAL AL-MUBARAK


Ucapan Salam Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum semua.

Tak terlambat lagi kan untuk aku ucapkan salam Ramadhan buat hangpa semua?, hihi. Ucapan Salam Ramadhan Al-Mubarak ni adalah untuk semua umat Islam sedunia khususnya family, saudara mara, sahabat, kawan-kawan blogger & pada semua yang sudi singgah ke blog aku ni. Dan tak lupa jugak pada yang paling aku sayang, yang sentiasa berada disisi saat susah & senang, suamiku En. Fitri, hihi. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna & mendapat keredhaannya, aamin.

Selain tu, aku jugak dengan rasa rendah diri nak memohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan & kekhilafan antara kita samaada  yang tersirat mahupun tersurat, yang sengaja mahupun tak sengaja, yang tersembunyi mahupun terang-terangan, & yang terniat mahupun tak berniat. Sesungguhnya aku hanyalah insan kerdil yang tak terlepas dalam melakukan kesilapan & dosa. Semoga Ramadhan kali ni membawa sinar bahagia buat kita semua. Selamat menjalani ibadah puasa semua.

You Might Also Like

3 comments: