Selamat Hari Lahir Sayang!

UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR BUAT SUAMI

Assalamualaikum semua.

Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Suami

Sebenarnya semalam adalah birthday suami aku, tapi semalam tak berkesempatan nak tulis entri ni, hihi. Sori taw sayang!.

Buat suami tercinta, ingin saya tujukan doa khusus buat awak. Tika sujud yang panjang, saya memohon agar kehidupan awak sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga Allah panjangkan umur awak, diberikan kesihatan yang baik & rezeki yang penuh keberkatan.

Saya doakan, biar lah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia & akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan & impian saya, agar saya mampu membuat awak  sentiasa tersenyum & tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan saya kekuatan untuk membekalkan tenang dihati awak walaupun ketika hidup kita dihempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana KAU jadikan dia untukku. Terima kasih sayang kerana hadir awak begitu membahagiakan.

Ya Allah, abadikan kasih sayangnya, tunjukkan lah jalannya & penuhi lah dengan cahaya-Mu yang tak pernah redup. Lapangkan lah dadanya dengan limpahan iman & keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkan lah dengan ma’rifat-Mu, & matikan lah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung  & sebaik-baik Penolong. Amin.

Untuk suami saya yang saya kasihi, saya titipkan ucapan indah buat awak sempena hari lahir awak yang ke-28 

" Selamat Hari Lahir Suamiku, Kekasihku, Cinta Hatiku, Teman Baikku. Berjuta perkara tentang awak yang saya dah, sedang & akan taw. Ketahui lah takda satu pun yang mampu memisahkan saya & awak selagi diizin Allah. Jaga diri, jaga solat, jaga iman. If we love each other, we be good, so in aakhirah we can ask for one another. Love u, Love!. For the sake of Allah ".


9 comments

  1. Happy birthday to ur hubby..moga d pjgkan usia dan d murahkan rezeki

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir buat suami Aina

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Adik Ipar.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Jaga adik perempuan bongsu kami elok-elok na.. ❤

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah buat suami aina. Semoga berbahagia selalu.

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday buat suami sis..

    ReplyDelete