Dah Lama Tak Menulis

23:58 Bonda Zahra 10 Comments

LAMA TAK MENULIS DI BLOG


Lama Tak Menulis Di Blog


Assalamualaikum semua.

Tiba-tiba rasa sedih & sayu ja bila tengok column dekat tepi blog picisan ni. Dah kenapa pulak aku nak sedih pulak ni kan?. Harus lah sedih wei, duk tengok betapa sikitnya penulisan aku tahun ni. Sikit sangat lah hangpa!. Mungkin keterujaan menulis dah tak macam dulu. Dulu tak kira apa jugak keadaan, mesti nak menulis. Mesti nak cerita dekat dalam blog ni. Duk harap masa depan boleh duk baca balik & tersenyum sendiri.

Memandangkan dah lama sangat tak menaip ni kan, aku rasa dah terlalu banyak cerita yang sepatutnya nak aku kongsikan dekat dalam blog aku ni. Terbiar lama macam tu ja. Bukan aku sengaja, tapi memang sepanjang tahun 2018 ni diri aku sendiri dah tak taw macam mana nak mencuri masa sendiri untuk menaip. Dah banyak kali tertangguh plan aku nak menulis. Entah apa yang aku sibukkan sangat tu. Terus terlupa segala cerita yang aku nak kongsi. Perasaan nak menulis pun hilang, hihi

Dan bila dah berjaya mencuri masa untuk jenguk blog bersawang ni, harus lah aku gigih bersemangat kan. Bukan senang nak curi masa tu. Sejak dah lama tak menulis ni kan, harus lah aku nak bertanyakan khabar hangpa semua, hangpa apa khabar?, hihi.

Aku?. Takda apa yang berbeza pun termasuk berat badan yang takda beza apa lansung. Entah lagi besar ada. Kejam betul lemak ni, asyik bertambah ja, haha. Kalau hangpa ada follow ig & fb aku, dekat sana aku aktif lah share tentang kehidupam aku yang tak berapa gah ni. Takda yang berbeza pun dulu & sekarang. Takda apa yang menarik. Masih suka makan. Eh, perlu ka cerita benda tu?, perlu lah kud kan, hihi.

Inshaallah, aku akan cuba mencuri masa lagi. Nak cerita macam-macam benda dengan hangpa. Bila lama tak menulis, terus panjang berjela tulisannya kan?, hihi. Bukan selalu ada masa macam ni sebenarnya.

Wah April dah nak sampai ke penghujungnya kan. Macam mana April hangpa so far?. Best ka tak best?. Macam mana baik @ buruk sekalipun, positif ja ok. Mungkin pengakhiran yang kita nak tak semestinya kita dapat. Tapi sekurang-kurangnya kita dah usaha dalam apa jugak keadaan, betul tak?. Selamat Malam hangpa. Tq taw pada yang sudi baca entri ni.


You Might Also Like

10 comments:

  1. selamat kembali menulis.hhhehhee..

    ReplyDelete
  2. Kak Da pun sama jugak Acik, kadang tak dan nak update dah. Kalau update banyak entri review ja.. takut orang bosan nak mai baca.. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kan?. bz ja kita ni kan. takpa lah, janji menulis jugak, hihi.

      Delete
  3. Akk pn semamin malas..kekangan masa kdg2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, kdg dah rancang nak menulis, lepas tu ada pulak kerja lain nak buat.

      Delete
  4. Lama Aina senyap. Teruskan tau jangan stop berblog

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak :(. Insyaallah kak, tq.

      Delete
  5. samalah amar pun jarang menulis,ni baru nak aktif balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita sesama diberikan kerajinan untuk menulis kan amar:)

      Delete