Resepi Maggi Goreng Mudah & Cepat

MAGGI GORENG VERSI MUDAH & CEPAT


Assalamualaikum semua.

Maggi Goreng Versi Mudah & Cepat

Eleh, tajuk tu. Resepi Maggi Goreng Mudah & Cepat, bukan maggi memang mudah ka?, hahaha.

Aku kongsikan entry kali ni bagi yang nak buat cara mudah ja. Sebagai seorang yang tak pandai sangat memasak macam aku, selayaknya aku berkongsikan resepi yang mudah-mudah ja, hihi.

So, untuk kali ni aku nak kongsikan resepi maggi goreng. Nanti lepas ni aku kongsikan lah pulak resepi-resepi mudah yang lain untuk hangpa. Hangpa tunggu taw!. Cewah!, dah macam blog masakan pulak. Hah, aku mana lah hebat bab masak ni, nak buat blog masakan weh. Setakat guna skill apa yang ada ja. Skill survival ja. Makan untuk hidup.

Maggi goreng ni boleh aku katakan sebagai selera budak kecil. Masa aku kecil-kecil dulu, Mak rajin masakkan maggi goreng. Aku memang peminat maggi goreng sebab rasanya yang simple tapi sedap.

Bahan dia pun mudah & senang lah kita nak cari dekat dapur rumah kita ka, dekat kedai ka. Tu yang buatkan resepi ni ada extra point sebagai masakan yang mudah serta cepat. Hangpa boleh gunakan maggi CINTAN tanpa goreng yang ada dijual di pasaraya. Ataupun kalau hangpa dah jemu dengan maggi yang hangpa makan, hangpa boleh keluarkan maggi ja & buangkan perencahnya. Macam aku, aku suka guna maggi SEDAP goreng ja. Macam gambar dekat bawah ni.


BAHAN-BAHAN

1)Maggi SEDAP Goreng (1 bungkus)
2)Bawang Merah (1/2 biji, dihiris)
3)Bawah Putih (2 biji, dihiris)
4)Sos Cili (3 sudu)
5)Kicap Mee (1 sudu)
6)Udang/ Ayam/ Telur
7)Garam & Gula (secukup rasa)
8)Taugeh/ Kobis/ Sawi


CARA MEMASAK

1) Masak air di dalam periuk. Setelah mendidih, celurkan maggi hangpa. Jangan terlalu lama, takut nanti terlembik & hancur bila digoreng.

2) Hiris bawang merah & bawang putih. Panaskan kuali. Bila dah panas, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah & putih yang kita hiris tadi sehingga kekuningan & naik bau.

3) Masukkan sos cili. Yang di bahan tadi ikut sukatan aku untuk sebungkus maggi. Kalau hangpa, ikut selera hangpa taw.

4) Gaulkan sos & kicap tadi biar sebati. Lepas tu boleh masukkan udang/ ayam/ telur.

5) Perisakan dengan garam & gula ikut selera hangpa. Akhir sekali masukkan  maggi yang telah dicelur. Gaul sampai bahan tumisan tadi kena pada maggi hangpa dengan sekata.

6) Masukkan taugeh/ sawi/ kobis sebelum maggi diangkat. Bila dah agak semuanya mesra (tak perlu terlalu lama atas api), tutup api & boleh lah dihidang.

Ha, mudah & cepat kan. Rasanya pun sedap!, hihi. Jadi ni lah resepi buat para orang perempuan yang tak berapa nak pandai masak macam aku ni. Selamat mencuba hangpa!!!.



18 comments

  1. Replies
    1. haha, simple ja k.da. tapi time2 hujan tgk ni rasa terliur kan?.

      Delete
  2. Maggi goreng pun sedap tu aina. Makan nasi je muak juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala makan maggi goreng sedap kan kak?.

      Delete
  3. memang balik rumah nanti terus buat jela resepi ni terliur tengoknya

    ReplyDelete
  4. Feveret anak-anak aida Maggi ni.
    Tanpa sayur la :) hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 memang suka maggi kan kak?. tapi tak suka sayur, hihi.

      Delete
  5. Goreng sendiri lagi sedapkan Aina. Akak kalau buat maggi goreng suka buh seafood

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui kak. wah sedapnya kak tambah seafood, yummy!.

      Delete
  6. Sedapnya Tu. Akak mmg suka kaler itam2 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, buh kicap mee tu kak. tu yg namoak hitam sikit.

      Delete
  7. Maggie sedap ni memang sedap tau... suka sangat kalau goreng. Anak pun suka.

    ReplyDelete
  8. ahai tgh lapar semua bende nak makan

    ReplyDelete