Bila Sudah Tiada, Baru Nak Menghargai

KITA MULA MENGHARGAI BILA SUDAH TIADA.


Assalamualaikum semua.


Macam tu lah lumrah manusia kan?. Apa yang terhidang di depan mata tak kita pandang, apatah lagi nak menghargai. Bila sampai satu saat kita dah kehilangan, baru lah kita nak insaf diri. Tapi kadang kala tak semua benda tu kita akan dapat kembali.

Sebagai manusia, kita selalu nak yang terbaik dalam hidup kita. Memang betul tu, tapi bila kita terlalu taksub dalam memilih, kita dah tak sedar yang sebenarnya apa yang kita ada tu adalah yang terbaik buat kita.

Bercakap tetang menghargai bukan lah terhad kepada kita sesama manusia ja. Ia jugak berkait dengan masa yang kita ada & lalui. Contohnya, mungkin kita sangat tak suka dengan hidup kita sekarang di sesuatu tempat, macam-macam tak kena. Itu ini tak ok. Tapi bila kaki melangkah keluar dari tempat tu, kita pun mula rindukan tempat tu. Tambah-tambah pulak bila next place tu tak lah seindah tempat lama kita.

Masa tu mula lah kita nak menghargai tempat lama. Terkenang kawan-kawan lama yang sporting gila tak ingat walaupun dulu mungkin kita menyampah sangat dengan depa. Sebab apa macam tu?. Sebab kawan-kawan di tempat baru sekarang, tak macam kawan di tempat lama.

Ha, setiap manusia tu kan ada kelebihan. Mungkin kawan di tempat baru tak sama macam ditempat lama, tapi dari segi lain, depa lebih baik. Atau mungkin dulu kita tak suka orang tu sebab dia garang ke apa, bila dia p ke tempat lain & ada orang lain gantikan tempat dia lagi teruk garangnya. Hambik hang!, haha. Masa tu baru lah rasa macam nak putarkan balik masa, tapi tak mampu kan?, so senyum ja lah.

Macam tu jugak kita dengan orang tua kita. Kekadang kita bersikap kurang ajar, suka marah-marah, maki-maki, bila dah takda baru lah kita nak menyesal. Kalau dah takda baru nak menyesal, dah terlambat weh!. Takkan ada orang yang boleh faham kita macam Mak Abah kita. Bila depa dah takda, siapa nak teman kita nangis, nak peluk kita bila kita sedih. Peringatan buat aku jugak.

So, hargai lah siapa saja yang kita sayang dalam hidup kita. Jalani lah hidup ni dengan tabah dari sekarang, sebab masa depan yang menanti akan lebih mencabar.

10 comments

  1. Sebab tu kena hargai setiap yg ada disekeliling kita kan aina. Walau sekecil perkara boleh buat kita rindu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Allah, sedih sbb dah pernah rasa..

      Delete
  2. Lumrah manusia..bila sesuatu ada di depan mata x tau nak hargai..bila dah tak ada baru lah terkenang kenang

    ReplyDelete
  3. betul tu, bila dah tiada baru nak hargai

    ReplyDelete
  4. betul2
    selalu orang tak hargai apa ada depan mata
    bila tak ada...dah rasa kehilangan atau kekurangan baru lah nak ingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?. Lumrah kita sebagai manusia.

      Delete
  5. Semoga kita sentiasa menghargai orang yang dekat dengan kita, apatah lagi Mak dan Abah kan..

    ReplyDelete