Zahra Dah 3 Tahun!.

23:38 Bonda Zahra 6 Comments

ANAK DAH TIGA TAHUN.


Assalamualaikum semua.

Anak Dah Besar

Alhamdulillah, syukur Nur Zahra Aressa binti Muhammad Zulfitri dah 3 tahun 2 bulan. Sihat budaknya. Cerdik & banyak cakap!. 

Anak Dah Besar

Pengalaman 3 tahun membesarkan Zahra, wah mencabar sangat. Tapi Bonda & Babah happy sangat. Zahra lah pendamai saat Bonda & Babah berselisih faham. Baru Bonda nak merajuk, terus tergelak tengok teletah Zahra.

Elok Babah nak muncung sedepa lebih dari Bonda, terus tersenyum-senyum tak jadi merajuk dengan ragam awak Zahra, hihi.

Macam-macam pengalaman baru dengan Zahra. Menjelang nak masuk 3 tahun ni, haish hari-hari Bonda urut dada. Hari-hari jugak Bonda duk membebel. Ada ja yang nak dibebelkan, hihi. Sabar banyak-banyak lah ya.

Anak Dah Besar

Apa pun Zahra, Bonda & Babah akan terus mendoakan Zahra semoga  menjadi anak yang solehah, anak yang hebat dunia & akhirat. Hebat menjadi hamba Allah yang baik, bijak menilai ilmu, cemerlang dalam kerjaya & kehidupan. Semoga Zahra sentiasa merendah diri, hormat Bonda & Babah & orang yang lebih tua.

Terlalu indah kenangan bersama Zahra. Tak tergambar rasanya dengan kata-kata. Terima kasih Ya Allah untuk anugerah ini. Terima kasih Ya Alalh anak ini masih diberi nikmat kehidupanMu, semoga dengan umurnya kini, maka dia lebih bersedia menghadapi cabaran yang serba baru dalam kehidupannya.

Anak Bonda & Babah, Bonda & Babah sayang awak sangat!.

You Might Also Like

6 comments:

  1. alalalala....comelnyaaaaa...geram plak aunty SA tengok dia..panjang rambut..jom tocang sama2 jom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, dia suka ikat tocang macam tu kak.

      Delete
  2. Sanah helwah Zahra... Alaa comelnye dia pandai posing

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, datang mood dia ok kak, cantik lah posingnya.

      Delete
  3. Sanah helwah Zahra semoga jadi anak solehah kebanggaan ibu ayah ye. Comelnya dia.. pandai posing

    ReplyDelete
    Replies
    1. birthday dia dah lepas kak, 10hb Nov hari tu. Btw, tq ya kak.

      Delete