Selamat Hari Lahir Mak!.

UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR BUAT MAK.


Assalamualaikum semua.

Ucapan Selamat Hari Lahir


Alhamdulillah. Allah masih memberi kesempatan pada aku untuk terus bersama Mak. Selamat hari lahir Mak!. Semoga Mak sentiasa berada di dalam lingkungan redha & kasih Allah.

Sesungguhnya, Mak adalah Mak terbaik untuk aku & adik beradik. Menjadi sahabat, pendengar setia & penasihat terbaik buat kami semua. Tiada gantinya Mak dihati aku. Takda hadiah yang mahal, yang mampu aku belikan. Namun kasih sayang aku sepenuhnya buat Mak.

Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan Mak. Dalam menjangkau usia 66 tahun, Mak lasih gagah melayan kerenah aku. Takda lelah untuk Mak keluhkan. Walaupun, hakikatnya memang terlalu penat bila bergelar seorang Mak. Terima kasih Mak atas dorongan & nasihat buat aku.

Mak wanita hebat dalam hati aku. Kasih Mak lebih hebat dari kasih aku. Semoga aku boleh menjadi sekuat Mak, setabah Mak & sejelita Mak. Terima kasih Mak!.

No comments