Resepi Popia Riben Viral

23:59 Bonda Zahra 6 Comments

POPIA RIBEN VIRAL


Assalamualaikum semua.

Popia riben viral

Projek malam kelmarin bersama-sama anak saudara. Buat popia riben @ popia kipas. Habuan kudap-kudap depan tv.

Bahan-bahan untuk buat popia riben viral ni simple ja hangpa taw. Cuma proses dia tu lah agak renyah. Nasib baik lah ramai pembantu kan.

Ni aku selitkan sekali resepi popia riben:

RESEPI POPIA RIBEN VIRAL


Popia riben viral

Bahan-bahan membuat popia riben viral:

1. Sosej.
2. Kulit popia (saiz kecil).
3. Straw besar.

Popia riben viral

Cara-cara membuat popia riebn viral:

1. Hiris sosej, tak tebal & tak nipis sangat. Sederhana ja.

2. Ambil straw besar & tekap pada sosej untuk kita buat lubang.

3. Potong dua kulit popia & lipat macam kipas.

4. Ambil sosej yang dah kita buat lubang tadi & masukkan kulit popia yang telah dilipat. ( biar sama tengah)

5. Bentukkan seperti riben @ kipas.

Popia riben viral

Step terakhir, panaskan minyak & goreng popia tersebut sampai warna bertukar kekuningan. Toskan. Siap untuk dimakan. Nak lagi sedap cicah dengan sos cili.

Senang ja kan buat popia riben viral ni?. Selamat mencuba!


You Might Also Like

6 comments:

  1. Haah tgh viral kan.. yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a,ah kak.sedap makan panas2 ngan sos cili:).

      Delete
  2. Laaaaa...senang sgt tu...tp nak kena focus kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang ja kak.cuma nak kena focus & rajin, hihi.

      Delete
  3. comeinya boleh try bila Rajin mari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan?. Buar ni kena rajin, sbb dia renyah sikit.

      Delete