Throwback Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017.

22:46 Bonda Zahra 0 Comments

Larian Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2017.


Assalamualaikum semua.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Ok mulakan bercerita. Haa, tengok gambar-gambar kami ni. Banyak benar kami snap gambar hari merentas desa hari tu. Duk bergambar kalah supermodel. Betapa bahagianya kami ini, hahaha. Gurau ja lah!.

Dengar ja sekolah nak adakan merentas desa, wah memang kami tunggu lah saat ni. Sebab tahun ni dah dapat officemate baru kan? So harus lah join aktiviti macam ni dah ada geng, hihi.

Walaupun takda lah happy sangat pun, tapi aku rasa excited pulak nak join merentas desa ni. Tak sabar nak merentas desa sebab tak pernah merentas desa dekat sekolah ni lagi.

Pagi Sabtu nak merentas desa tu nak hujan lah pulak. Rasa macam hilang pulak semangat nak lari. Tapi akhirnya kami tak dapat nak ikut sama merentas desa pun sebab kami kena jaga checkpoint, huhu.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Satu checkpoint jaga sampai tiga orang, mengada taw kami ni!. Haha. Lagi sakan lah kami bergambar.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Ok, jam pukul 8.00 pagi tu, cikgu bertugas dah mula panggil semua murid, guru & AJK berkumpul di dataran. Nak buat senamrobik!. Ya Allah, seronok tak terkata!. Dengan melayan kerenah cikgu aerobik ni, haha.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Dan selepas tu berlari lah budak-budak sekolah ni. Gigih lah kami
bagi semangat untuk budak-budak ni lari. Leceh jugak tak dapat lari sama-sama dengan depa. Kalau tak mesti lagi best. Kesian kami taw!.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Akhirnya selesai lah tugasan kami sebagai AJK checkpoint kejohanan merentas desa tahun 2017. Tahniah semua!.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017





0 Pengomen:

Homemade Kek Yang Sedap, Lagi Murah

21:44 Bonda Zahra 0 Comments

Homemade Kek Sedap!.


Assalamualaikum semua.

Malam ni aku nak ajak hangpa semua mari lah kita bersama-sama menjamu mata dengan tengok kek yang cantik, lagi mengiurkan ni, haha. Sebenarnya dah lama aku nak publish entri ni, tapi tak sempat lagi nak menulisnya. Hihi.

Aku nak kongsikan pengalaman aku beli homemade kek ni. Oh ya untuk penduduk Batu Kurau ja taw. Kamunting, Taiping pun tak silap aku dah ada. Aku memang kalau dah tahap malas tu, dah tu teringin mengidam nak makan macam-macam, aku akan survey sampai dapat apa yang aku nak. 

Sama jugak lah macam kes pencarian kek ni. Kek ni untuk birthday Mak aku yang kami buat minggu lepas. Boleh baca dekat sini yang terlepas nak baca Selamat Hari Lahir Mak. Gigihlah aku mencari di Instagram, Facebook & akhirnya yang ni jugak berkenan di hati aku.

Kakak ni tuan punya Facebook D'Azua Delight , nama dia Azua Zainal. Apa yang bestnya, ada macam-macam kek lah apa lah yang dia buat. Yang biasa, yang premium, cup cake, cheesetart. Dan dia sedia terima tempahan untuk pelbagai occasion. Customer service memang tip top. Senang berurusan dengan kakak manis ni. Selalunya kena order awal 4-5 hari lah ya.

Aku order 1biji kek Butter Marble ni memang pergh!!. Lembut ja. Alhamdulillah Mak aku suka. Dia memang minat dengan kek Butter Marble ni. Tak rugi lah beli. Harga berpatutan, sedap pun sedap.


Eh, ni bukan iklan berbayar ok. Cuma saja nak kongsikan kegembiraan & kepuasan hati sebagai seorang pelanggan. Cewah!. Aku memang selalu dah beli macam-macam dengan dia, & aku memang puas hati. Okay semua, selamat menjamu mata. Good Night, hihi.








0 Pengomen:

Officemate Baru

22:19 Bonda Zahra 0 Comments

Dapat Kawan Office Baru.

Assalamualaikum.

Dah setahun lebih aku dekat office tu seorang, alhamdulillah minggu lepas aku dapat officemate baru.

Dapat kawan office baru

Sebenarnya dua bulan lepas pun dekat office aku ada masuk budak praktikal, anak arwah Kak Suryani. Officemate lama aku. Tapi sampai April ja dia pratikal dekat office tu. Sobsobsob. Rindu lah nanti.

Dapat kawan office baru

Ok, rasa macam keseorangan tanpa batasan aku dah berakhir dah sekarang. Seronok sangat bila officemate aku tu seorang perempuan pulak. Baru boleh geng!. Best!.

Dapat kawan office baru

Bukan main bersembang & berselfie lah kami ni. Kena yang sejiwa dengan kita pulak, riuh lah office ni lepas ni, hihi.

0 Pengomen:

Sambutan Hari Lahir Mak.

23:49 Bonda Zahra 0 Comments

Sambutan Sederhana Hari Lahir Mak.


Assalamualaikum semua.

Throwback balik minggu lepas, ahad petang 15/01/2017 kami buat sambutan hari lahir Mak serba sederhana. Namun kemeriahan tetap terasa. Mana taknya dengan kekecohan & keriuhan anak-anak serta cucu-cucu Puan Latifah ni.

Sambuatan sederhana hari lahir

Tu pun ada yang tak dapat turut serta disebabkan urusan yang tak dapat dielakkan. Kalau tak mesti lagi happening!.

Walau Mak dah menjangkau usia 65 tahun, alhamdulillah Mak masih diberi kesihatan yang baik olehNya. "Orang doakan Mak akan terus diberi kesihatan & kesejahteraan olehNya".

Berbalik pada sambutan hari lahir Mak, menu utama kami hari tu ialah  Bihun Tomyam & aku ada belikan sebiji Kek Marble favourite Mak. Sedap!!. Nanti aku cerita mana aku beli kek tu ya.

Sambutan sederhana hari lahir mak

Sambutan sederhana hari lahir mak

Sambutan sederhana hari lahir mak

Sempat lah si kecik tu menempek sekali potong kek. Tak sempat nak belikan apa-apa hadiah lagi untuk birthday mak.

Sambutan sederhana hari lahir mak

Mak suruh kami amik gambar guna handphone dia sebab dia kata nak tunjuk dekat kawan-kawan dia yang kami buat sambutan hari lahir untuk dia, hihi.

Sambutan sederhana hari lahir mak

Tak taw lah berapa lama boleh macam ni lagi kan. Belum kehilangan pun dah bergenang airmata wei mengenangkan Mak yang dah tua. Dah lah kekadang selalu melawan, huhu. Semoga mak selalu dirahmati oleh Allah. Orang sayang Mak!!.

0 Pengomen:

Beriadah Di Taman Tasik Taiping

13:28 Bonda Zahra 0 Comments

Assalamualaikum semua.

Masa keluar minggu lepas p ambil banting en.suami tempah di Taiping, kebetulan kami lalu dekat Taman Tasik Taiping. Bila nampak ja taman permainan, si Zahra tu apa lagi, tergedik lah ajak singgah.

Main dekat taman permainan

Memang selalu duk janji dengan dia dah nak bawak p taman permainan tu. So, dapat lah tunaikan permintaan Zahra nak main dekat sini.

Masa kami p tu dalam pukul 3.30 petang macam tu. Tapi masa tu redup dah, mendung ja. Masa  kami sampai tu pun dah ramai orang dah. Biasa lah hari minggu kan. Ramai lah Mak Ayah yang bawak anak-anak depa bermain dekat taman permainan tu.

Si Zahra ni puas lah berlari kesana kemari, panjat sana sini sampai berpeluh sakan lah dia, hihi. Jom tengok gambar dia.

Main dekat taman permainan

Kawasan yang luas. Banyak tempat duduk untuk lepak.

Main dekat taman permainan

Main dekat taman permainan

Main dekat taman permainan

Main dekat taman permainan

Main dekat taman permainan

Ramai-ramai ni memang nak kena sentiasa ja pantau anak main. Tengok pada mainan & persekitaran tu masih terjaga dengan baik.

Haa, kalau mai sini sila bawak duit jugak ya, haha. Jangan lupa. Sebab ada macam-macam benda yang dijual dekat sini. Dekat kawasan parking tu berderet gerai jual makanan & minuman. Lepas tu dekat taman permainan ni jugak ada jual aiskrim, belon sabun, & sewa basikal. So, kita Mak Ayah ni siap duit ja lah kud anak nak mintak itu ini kan, hihi.

Zahra tak ingat nak mintak apa dah, seronok sangat dapat main dekat taman tu. Sampai tak nak balik ha. Aku cakap nanti kita datang lain. Sibuk lah dia ajak datang lagi lepas ni. Insyaallah kalau takda apa hal, hujung minggu boleh lah bawak Zahra datang sini lagi.

Main dekat taman permainan

Anak manja Bonda ni, belemoih dah!. Asyik duk berlari sana sinj sampai nak tangkap gambar pun tak sempat. Haish.

Hurm, sebenarnya nak p tiap minggu pun boleh ja. Sebab bukannya jauh sangat pun dengan rumah aku. Dah tu bukan kena bayar. Bagus jugak ada tempat macam ni untuk bawak anak beriadah kan? Buat depan rumah aku satu boleh? Haha.

0 Pengomen:

Milagro Coffee Penawar Kencing Manis

00:25 Bonda Zahra 0 Comments

Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.


Assalamualaikum. Siapa suka minum coffee? Aku memang suka minum coffee. Tak taw lah kenapa, hihi. Masa pregnant pun aku suka minum coffe jugak. Tapi aku tak BF anak aku. So, takpa lah kan. Sekarang ni Zahra pun suka coffee, tak padan dengan budak kecil!.

Ok, hari ni aku nak share cerita pasal coffee ni. Aku banyak copy paste dari blogger lain info pasal coffee ni. Khasiat coffee ni pun banyak taw!. So, happy reading ya semua. Minta halal ya aku copy paste dari mana-mana blogger.

Mmm..Sedap Erkk..Milagro Coffee.


Suka minum coffee

Alhamdulillah Mak aku sihat & buat masa ni memang takda sakit apa. Tapi kadang tak sihat orang tua tu biasa lah kan. Abah aku pun sama. Tapi kalau Mak Mertua aku memang ada kencing manis. Penyakit kencing manis yang Mak Mertua aku hadapi tak lah serius tapi kekadang ada jugak naik tinggi. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga dari sekarang kena ambil langkah bijak.

Kalau nak cerita pasal kesihatan ni kan, panjang sangat yang aku nak kongsi cerita. Cerita sampai esok pun tak habis, hihi. 

Sebenarnya memang dah plan nak belikan minuman berkhasiat untuk orang tua & mertua aku. Dan kebetulan baru-baru ni ada kenalan yang kenalkan aku dengan produk yang memang ni kali pertama aku dengar. Mmm..Sedap Erkk MILAGRO..

Ada lah niat dalam hati ni, kalau ada rezeki lebih satu hari nanti memang nak cari produk kesihatan yang mana sedap & jugak banyak kelebihannya. Ni dah jumpa MILAGRO, aku nak jugak lah kan kongsi berita baik ni buat semua yang ada hidapi pelbagai penyakit.

Apa itu Milagro Coffee?

Suka minum coffee

MILAGRO ni adalah coffee patawali yang dapat membantu merawat, mencegah & mengawal pelbagai penyakit termasuk lah kencing manis, darah tinggi, sakit sendi, kanser, keradangan, alahan, batuk & jugak malaria.

Selain menyembuhkan pelbagai penyakit, MILAGRO menjadikan tubuh badan menjadi lebih cergas, bertenaga, hilang penyakit gatal-gatal, menguatkan tenaga batin, & awet muda. Yang paling bagus coffee ni mempunyai khasiat yang tinggi antioksidan, menguatkan saraf & sisitem pertahanan tubuh badan selain mengembalikan tenaga dengan segera.

Dari mana datangnya perkataan MILAGRO?


Milagro Coffee diambil dari perkataan dari 3 bahasa iaitu :

Melayu - Ajaib
English - Miracle
Spain - Milagro

MILAGRO adalah singkatan dari :

MIL - singkatan dari milion herba yang dicipta Allah swt di muka bumi, dan

AGRO - bermaksud asli dalam ciptaan Allah

Suka minum coffee

MILAGRO diasaskan oleh Salmah Hayan, iaitu Pengarah Urusan dari Aqid Aqila Resources Sdn. Bhd. Produk beliau iaitu MILAGRO COFFEE telah dirasmikan oleh MATRADE.

Tujuan syarikat adalah untuk menyebarkan stokis di seluruh Malaysia. Ok, yang tu kita cerita nanti ya.

TESTIMONI


PENYEMBUH KENCING MANIS

Suka minum coffee

Gambar di atas adalah testimoni dari pengguna MILAGRO. Cuba tengok gambar sebelum & selepas. Ya, nampak ngeri kan?. Tapi ni lah hakikatnya.

MENGURANGKAN SERANGAN ASTHMA

Suka minum coffee

MENGURANGKAN SAKIT SENDI

Suka minum coffee

Bila tubuh badan sihat, kita nak buat kerja & aktiviti seharian pun mudah kan? Ni cakap pulak pasal sakit sendi. Ada yang muda lagi pun  dah merasa sakit sendi, haih.

Suka minum coffee

Selain merawat sakit sendi & masalah tulang belakang, MILAGRO adalah minuman kopi herba rendah asid. Sesuai untuk masalah gastrik.

Suka minum coffee

Tengok ha artis jugak tak ketinggalan nak mencuba coffee pelbagai khasiat ni. Rugi kan kalau hangpa semua tak guna peluang yang ada ni kan?

Nak taw tak? Rasa kopi ni pahit-pahit sedap. Dah namanya boleh jadi ubat kan, memang ada pahit sikit lah. Saja nak kongsi testimoni ni dengan hangpa semua.

Siapa yang boleh minum Milagro Cofffee?


Coffee ni sesuai bagi semua peringkat umur. Jangan risau ok!. Sebab produk ni dah ditestimonikan untuk siapa yang berpenyakit. Produk yang dah masuk 2 tahun ni tengah menaikkan nama & dah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelanggan dekat luar sana.

Produk Milagro Coffee pernah disiarkan di Harian Metro. Milagro ni jugak bakal diperkenalkan melalui Billboard. Selain tu, produk ni jugak akan diviralkan di media sosial. Terbaru Milagro Coffee akan dibantu di radio IKIM.FM.

Peluang menjana pendapatan dengan Milagro Coffee.


Selain menjaga kesihatan diri sendiri & ahli keluarga, apa kata kita suggestkan pada saudara-mara & jugak kenalan untuk menjadi keluarga Milagro Coffee dengan menjadi stokis atau sebagai ejen.

STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN! 

Ok, part ni nak cerita banyak kelebihan kalau jadi stokis & ejen Milagro Coffee. Sesuai untuk siapa yang nak menjana pendapatan dari rumah atau mencari pendapatan sampingan.

Passive income keuntungan sebanyak 98%. Setiap pembelian dari pelanggan adalah 98% pelanggan tetap. Perancangan perniagaan yang sangat bagus & akan dibantu melalui surat khabar. Plan strategi akan dibentuk melalui billboard.

HARGA

Harga bagi setiap kotak boleh didapati cuma berharga RM55.00 sahaja!.

Ok, dah cerita bab Milagro Coffee, share testimoni, bagi peluang menjana pendapatan lagi, sekarang nak bagitaw mana pulak nak order Milagro coffee ni.

Facebook

Instagram

Boleh jugak direct contact di whatsapp talian - 0123702676





0 Pengomen:

Selamat Hari Lahir Mak!

21:40 Bonda Zahra 0 Comments

Selamat Hari Lahir Mak.


Assalamualaikum semua.

Lama betul tak update blog ni. Gigihkan jugak hari ni disebabkan semalam adalah hari istimewa untuk orang yang istimewa. So, aku kena update blog supaya ada kenangan, hihi.

Kek Hari Lahir Mak

Hari istimewa buat Mak, 15/01/2017 adalah hari lahir buat Mak yang ke 65 tahun. Alhamdulillah. Semoga Mak diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dirahmati & dilindungi Allah selalu dalam hidup. Takda apa yang aku minta melainkan Mak kekal sihat & masih ada bersama dengan keluarga.

Sambutan hari lahir

Sambutan hari lahir mak

Takda banyak yang aku nak katakan sebab terlalu banyak Mak buat untuk keluarga. Mak terlalu baik untuk segala-galanya. Semoga Mak terus bahagia bersama keluarga tersayang hendaknya.

Happy Birthday to you again Mak!. Love u so much!!.

0 Pengomen:

Seminggu Cuti Update Blog

22:24 Bonda Zahra 0 Comments

Cuti Tulis Blog Seminggu.


Assalamualaikum semua.

Rupanya dah lebih seminggu aku tak buat entri baru kan?. Bukannya tak nak buat, tapi entah lah. Hihi.

Ada jugak draft & masih tak siap. Bila entah nak siap? Takda mood sekarang.

Walaupun macam tu, aku tengok pageviews blog ada jugak peningkatan dari sehari ke sehari. Alhamdulillah. Walaupun tak banyak, aku tetap berterima kasih jugak. Baik ada daripada takda kan?. Bersyukur apa adanya.

Terima kasih ya kepada hangpa yang selalu datang singgah sini & tinggalkam komen. Hargai sangat!.

Sekarang aku banyak menghabiskan masa dengan kerja pejabat. Serious. Sibuk. Awal tahun ni memang sibuk sangat. Bila malam jam 11.00 dah tidur, huhu. Selalu hari cuti aku ada jugak update blog tapi lately ni tak sempat.

Aku akan kembali balik nanti ya. Mungkin esok atau lusa, atau hari ni, hihi. Mana lah taw kan kud tengah malam nanti datang semangat blogging tiba-tiba.

Apa pun, i will come back!. Terima kasih sangat-sangat kepada followers, readers, & viewers yang singgah & ada yang masih sudi tinggalkan komen.

Aku akan kembali blogwalking nanti. Akan melawat hangpa jugak. Bagikan aku sikit masa ya. Terima kasih sangat. Have a nice day, hangpa!!.

0 Pengomen:

Pizza Jalanan Hot No1

23:57 Bonda Zahra 0 Comments

Pizza Jalanan Kamunting.



Assalamualaikum semua.

Hangpa pernah dengar tak Pizza Jalanan?. Jom aku cerita sikit pasal pizza jalanan nombor 1 ni nak?. Gerai pizza ni beroperasi di kawasan berhampiran rumah flat Kamunting. Gerai dia simple ja, beroperasi dari pukul 4.00 petang hingga 10.00 malam. Kalau tak silap aku, setiap hari gerai pizza ni dibuka.

Pizza jalanan kamunting


Seorang tukang sediakan pizza, seorang tukang masak & packing. Pelbagai jenis pizza yang dijual. Murah-murah ja. Panas-panas.

Pizza jalanan kamunting
Mix pizza memang recomended. Sedap!!.

Pizza jalanan kamunting
Ni seafood pizza. Tebal ok pizza ni.

Sebelum ni aku pernah rasa dah pizza ni. Tu yang datang beli pulak ni. Sanggup ni tunggu walaupun hujan renyai-renyai. Kali ni aku siap request suruh tambah cheese lagi, hihi.

Sebenarnya kekadang macam kempunan jugak nak makan pizza ni sebab aku ja yang suka makan. Tak berbaloi nak beli Pizza Hut tu kalau aku sorang ja makan. So, dah ada pizza jalanan ni, ha kan senang. Bila nak makan boleh p beli ja habuan aku seorang, haha.

Jom kita support pizza jalanan ni. Gigih taw ambil gambar nak buat entry dalam blog, haha. Orang melayu yang jual, halal, murah, kita tolong lah kan?. Lagi pun berbaloi dengan bayarannya. Semoga success selalu pizza jalanan!!.

0 Pengomen:

Saya Sayang Suami Saya!!.

18:31 Bonda Zahra 0 Comments

I Love You, Suami.


Saya sayang suami saya!. Ha, tu yang aku nak luahkan. Semua perempuan dekat luar sana pun impikan kehidupan yang bahagia bersama suami tercinta kan? Aku pun macam tu.


Suami, diri saya ni serba kekurangan, tapi awak dapat menerima diri ni seadanya. Walaupun saya selalu mengeluh dengan kekurangan diri saya, awak tetap menyayangi, menyinta & menyanjungi diri saya.

Di saat diri saya rasa hampa & hampir tersungkur, awak tetap memberi semangat & kata-kata penuh hikmah buat saya renungi. Dikala diri ni merajuk, awak tak jemu-jemu memujuk & membelai jiwa ni.

Walaupun usia perkahwinan kita masih muda & pelayaran yang baru bermula, saya harap kasih sayang kita berpanjangan.

Takda kata yang boleh saya tafsirkan buat awak suami. Awak sabar, tabah, kelakar, romantis mungkin, haha. Walaupun kadang-kadang saya ni suka memberontak, awak tetap cool. Faham hati naruni saya. Berusaha nak buat saya senyum. Dan ternyata diri ni tersenyum dengan gurauan & usikan awak.

Awak tak pernah marah walau apa pun kesilapan yang saya lakukan, awak tetap maafkan saya. Bahkan selalu menasihati saya agar tak mengulangi kesilapan yang sama.

Namun lautan mana yang tak bergelora & dilanda badai. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak orang DAP. Taw tak DAP? Haha. Di Alam Perkahwinan lah.

Kekadang mungkin ada benda yang menganggu fikiran kita. Alhamdulillah kita mampu harunginya dengan tabah, sabar & redha. Awak selalu didik saya untuk muhasabah diri. Saya bangga dengan awak.

Kalau awak rasa diri awak keseorangan, ingat lah bahawa saya sentiasa ada disisi awak di kala senang atau pun susah. Selagi hayat dikandung badan, saya akan tetap menyayangi awak. I love u sayang!.



0 Pengomen:

Western Terbaik Taiping!

14:48 Bonda Zahra 0 Comments

Deli Cafe Kamunting.


Assalamualaikum semua.

Dah sekian lama tak p makan dekat Deli Cafe. Nak menikmati hidangan western food yang sedap. Minggu lepas sebelum balik Kedah, sempat lah aku p makan dengan anak-anak saudara aku.

cafe hipster, western best dekat taiping

Ni memang jadi tempat makan pilihan aku sekarang. Hanya beberapa kilometer dari stesyen KTM Kamunting. Bukan lah kali pertama aku makan dekat sini. Sebelum ni pun aku ada buat review pasal cafe ni, siapa yang terlepas, baca dekat sini Deli Cafe, Kamunting

Lokasi yang amat strategik, berhampiran pusat membeli belah Econsave. Cafe ni terletak di bahagian bawah bangunan perniagaan 2 tingkat. Reka bentuk dalamannya berkonsepkan modern english. Melangkah masuk ke dalam cafe ni, hangpa akan terpandang hasil gambar yang kreatif pada dinding cafe. Ia menambahkan lagi tarikan pada cafe ni.

Pada yang datang berjalan ke Taiping, & tercari-cari hidangan western food yang sedap, apakata hangpa cuba di Deli Cafe ni. Dengan macam-macam teknologi canggih yang di hujung jari hangpa tu, insyaallah lokasi ni senang ja untuk hangpa cari.

cafe hipster, western best dekat taiping

cafe hipster, western best dekat taiping

Bila tengok pada menu cafe ni banyak menyajikan makanan yang ala-ala barat merangkumi starter, salad, pasta, main course, dan pelbagai lagi. Selain tu, pelbagai jenis minuman yang boleh dipilih dari sejuk, panas, smoothie, jus buah-buahan segar, semua ada. Tepuk dada tanya selera!.

cafe hipster, western best dekat taiping

Ini kami order malam tu, Chicken Chop Chessy With Sosej Cocktail. Sedap!!. Satu pinggan kongsi tiga. Pakat-pakat merasa. Portion dia agak besar jugak. Ye lah, sampai boleh kongsi tiga kan, haha.

cafe hipster, western best dekat taiping

Malam tu aku makan ni ja, buat lapik perut. Roti Bakar Chocolate. Roti bakar dia memang sedap, lembut ja.

Jumlah yang dibayar kali ni pun, alhamdulillah within the budget. Harganya boleh tahan. Nak kata mahal pun tak, murah pun tak, hihi.

Aku nak memuji layanan yang diberikan dekat sini. Waiter yang bertugas ramah tamah, dengan senyuman terukir di wajah tu. Melayan kerenah & pertanyaan aku. Setiap pertanyaan & permintaan dapat dilaksanakan dengan baik.

Aku nampak waiter dekat sana sangat arif dengan semua menu yang ada & aku percaya depa tentu dah dilatih dengan sebaiknya. Tahniah!. Hangpa memang berdedikasi.

Dan alhamdulillah hidangan pun tak payah nak tunggu lama. Lebih kurang 20 ke 25 minit dah siap sampai ke meja. Memang ni lah yang kita harapkan sebagai pelanggan. Tak lah ternanti-nanti. Bukan kah penantian tu satu penyiksaan? Haha.

Setiap kali aku berkunjung ke sini, memang aku berpuas hati dengan hidangan pilihan aku. Tak mengecewakan. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Minunan pun sedap belaka.

Lepas makan tu memang balik dengan hati yang riang lah, hihi. Perut kenyang, hati senang!. Inshaallah kalau ada rezeki, aku mai sini lagi. Deli Cafe, tunggu aku mai lagi na!

0 Pengomen: