Kasut Kulit Ijmal Paling Best!

22:20 Bonda Zahra 12 Comments

KASUT KULIT IJMAL EMBOSS PILIHAN HATI


Assalamualaikum semua.

Aku dah lama nak share dengan hangpa ni pasal kasut kulit Ijmal Emboss yang memang best!. Sekali pakai terus jatuh hati!, hihi.
Kasut Kulit Ijmal Emboss Pilihan Hati

Tapi sebelum tu aku nak tanya dekat hangpa, berapa kerap hangpa beli kasut?. Macam aku kan, aku ni alah membeli menang memakai. Aku takda lah suka-suka ja nak beli kasut ni. Dan aku bernasib baik sebab ofis aku bukan berada dekat pusat bandar Taiping yang ada shopping mall kiri kanan tu. So,nafsu nak shopping tu boleh lah aku sekat jugak. Haru jugak kalau kerja dekat dengan shopping mall ni. 

So, balik pada point aku yang alah membeli menang memakai ni. Harga kasut kulit Ijmal Emboss ni sebenarnya agak boleh tahan range dia RM100-RM300. Tapi kalau hangpa nak beli, sekarang tengah ada promosi taw. Dari harga RM220 boleh dapat RM170 ja. Ha, berbaloi kan?. Aku pun kalau boleh nak grab lagi satu, sebab aku baru ada sepasang kasut kulit Ijmal ni.

Aku kalau bab kasut memang aku titik beratkan sangat-sangat. Sebab dah banyak kali kena, bila pakai kasut tu sampai boleh melecet kaki. Kalau jadi macam ni memang boleh spoil mood aku. Bagi aku  aspek keselesaan tu penting. Maklum lah dah jadi Mak-Mak ni kan, takkan nak ranggi pakai kasut 5inci macam anak dara lagi, betul tak?.

Kasut Kulit Ijmal Emboss Pilihan Hati

Bila dah berjumpa dengan kasut kulit Ijmal Emboss ni memang aku tak pandang dah yang lain. Sebabnya kali pertama aku pakai, memang rasa selesa & lembut sangat. Kalau kasut lain akan ambil masa jugak nak sesuai dengan kaki kita kan. Tapi yang ni memang takda masalah lansung.

Kasut Kulit Ijmal Emboss Pilihan Hati

Selain tu hangpa taw tak yang kasut kulit Ijmal  ni merupakan kasut kulit yang direka khas untuk muslimah. Semua design kasut kulit Ijmal ni memang trendy & selesa untuk kita pakai ke pelbagai majlis & tempat.

KEISTIMEWAAN KASUT KULIT IJMAL


Kasut Kulit Ijmal Emboss Pilihan Hati

  • SELESA

Aku dah pakai kasut kulit Ijmal ni, memang selesa, tak sakit kaki & jugak tak melecet.

  • HALAL

Kita yang beragama Islam ni pastinya nak kasut kulit yang HALAL. Dengan membeli kasut kulit Ijmal ni, tak perlu was-was dah. Memang 100% halal.

  • 100% COW LEATHER

Ha, yang ni paling aku suka. Kasut kulit Ijmal ni HALAL sebab ianya diperbuat dari 100% kulit lembu. Bukan kulit campuran ya. Teksturnya lembut ya amat. Selesa sangat bila dipakai.

  • TUMIT TINGGI TAPAK LEMBUT

Kebanyakan kasut kulit bertutup di pasaran sekarang, takda banyak yang tinggi & bertapak lembut. Tapi, kasut kulit Ijmal ni, semuanya ada. Tapak tinggi & lembut.

  • TAPAK BOLEH ABSORB HENTAKAN

Kasut kulit Ijmal ni ada kelebihan & fungsinya tersendiri untuk menyerap hentakan & mengelakkan kita dari sakit tulang belakang kerana tapak kasut Ijmal ni dibuat dari material getah yang boleh absorb hentakan.

Diameter tapaknya yang besar boleh mengelakkan kita dari mudah tergelincir & getah asli mengelakkan kita dari mudah jatuh ditempat licin.

  • MATERIAL NERI

Kasut kulit Ijmal ni diperbuat dari material neri. Di mana ianya berfungsi untuk menyerap peluh, mengelakkan melecet & tak panas kalau dipakai lama.

  • RATUSAN REVIEW POSITIF DAN TESTIMONI

Kalau hangpa nak taw, aku bukannya nampak kasut kulit & terus nak ja taw. Aku duk tengok-tengok testimoni pengguna jugak. Oleh kerana ada ratusan testimoni positif dari pemakai kasut kulit Ijmal, semakin teruja lah aku nak dapatkan kasut kulit Ijmal ni.

  • JAMINAN MONEY BACK GUARANTEE

Paling best kasut kulit Ijmal ni ada jaminan MONEY BACK GUARANTEE taw. Depa akan pulangkan wang 100% kalau hangpa terima kasut yang tak berkualiti & rosak dalam masa sebulan. Lama tu hangpa, sebulan taw!.

4 JENIS KASUT KULIT KELUARAN IJMAL


Kalau hangpa nak taw, Ijmal bukan ja keluarkan kasut kulit jenis emboss ja. Tapi ada 4 jenis kasut kulit keluaran Ijmal ni. Antaranya ialah:-

IJMAL WEDGES


Kasut Kulit Ijmal Wedges

IJMAL WEDGES ada 4 pilihan warna iaitu hitam, mustard, dark blue & seaweed green. 

Harga IJMAL WEDGES ialah RM270  RM220.

IJMAL PLAIN & IJMAL EMBOSS

Kasut Kulit Ijmal Plain & Emboss

Untuk nampak lebih feminin, hangpa boleh pilih IJMAL Plain atau Emboss. Sebab ianya sesuai untuk dipakai ke majlis kasual, jalan-jalan atau ke tempat kerja.

4 pilihan warna untuk IJMAL PLAIN & EMBOSS iaitu mustard, black, maroon & dark chocolate. Aku pilih warana dark chocolate untuk IJMAL EMBOSS.

Harga IJMAL PLAIN ialah RM200 RM160, IJMAL EMBOSS ialah RM220 RM170

IJMAL TULIP

Kasut Kulit Ijmal Tulip

IJMAL TULIP pulak menampakkan gaya kasut kulit yang elegan. Setandiong dengan design tersohor. Di datangkan dengan empat pilihan warna jugak iaitu light brown, red brick, dark brown, & black.

Harga IJMAL TULIP ialah RM230 RM190

Aku dah gunakan kasut kulit emboss dari Ijmal ni. Alhamdulillah walau pilih kasut Ijmal secara online, bila sampai ke tangan aku ianya memang tak mengecewakan. Serious memang sedap pakai bila berjalan lama. Kalau nak jalan jauh-jauh tu kan, memang sesuai sangat lah.

Kalau hangpa tercari-cari kasut kulit yang sedap dipakai, aku memang highly recommended kasut kuit jenama Ijmal ni.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari:-

Website : ijmal.my

Facebook : BUTIKIJMAL

Instagram : @ijmal.malaysia








You Might Also Like

12 comments:

  1. Selesa kan Acik kasut dari Ijmal nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa sangat kan k.sue?.lembut ja.

      Delete
  2. cantik..saya suka yang wedges tu..

    ReplyDelete
  3. Kasut Ijmal memang cantik dan selesa. Berbaloi beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu kak. Memang puas hati!.

      Delete
  4. suka sangat ijmal! dah ada 2 pasang ni pun rasa nak tambah lagi.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh k.ita. aina pun rasa nak beli lagi, hihi.

      Delete
  5. Cantiknya design ni. Pandai aina pilih. Sesuai sangat

    ReplyDelete