Happy Belated Birthday Zahra!!!.

UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAKKU.


Assalamualaikum semua.

Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Anakku

10hb November 2017 yang lalu, genap lah Zahra berusia 3 tahun. 10hb November 2014, tepat jam 10.12 malam, suara tangisan pertama yang keluar dari mulut Zahra. Kalau ingat balik saat-saat bersalin memang aku takkan lupa sampai bila-bila. 10 tahun akan datang pun masih akan ingat saat-saat berjuang dalam labour room. Terima kasih Allah pinjamkan anak ni kepada aku. Syukur, alahamdulillah.

Pejam celik, pejam celik Zahra dah 3 tahun. Macam tak percaya ja dah 3 tahun dah anak aku ni. Macam baru semalam aku tengok dia merangkak-rangkak, terkedek-kedek melangkah jalan, bermain, taw-taw dah berlari dah ha. Kenapa cepat sangat awak besar ya Zahra?, haha.

Sekarang dah pandai buat macam-macam. Cakap pun pandai, macam orang tua!. Dah tu, sekarang ni dah pandai berfesyen. Bukan main lagi kecil-kecil pun dah pandai demand nak pakai baju. Kalau ada baju yang dia tak berkenan, kita suruh pakai, jangan harap dia nak pakai. Banyak kali dah aku kena macam tu taw. Yang aku ni punya lah excited balik rumah nak pakaikan dia baju baru yang aku beli, sekali dia tak nak. Kena puji melangit baru nak pakai, adui lah anak.

Tapi takpa lah, benda kecik ja tu. Ok lah Zahra, Bonda doa supaya Zahra menjadi anak yang berguna  & solehah. Penyabar, dipanjangkan usia, dinurahkan rezeki, diberokan kesihatan berpanjangan, cerdik dunia & akhirat. HAPPY BELATED BIRTHDAY ZAHRA!!!. Maafkan Bonda sebab terlewat ucap dalam blog Bonda, hihi. Nanti kita celebrate beli kek Robocar Poli ya, haha. Sabar taw!.

10 comments

  1. Happy belated bornday Zahra cumil...moga menjadi saham dunia akhirat untuk ibu ayah ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis, hihi.inshaallah,aamiin.

      Delete
  2. Happy belated birthday baby Zahra

    ReplyDelete
  3. Subhanallah comel. Happy belated birthday comel

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday Zahra semoga jadi anak solehah kebanggaan ibu ayah

    ReplyDelete