Pengalaman Mengalami Keguguran

KEGUGURAN PADA 6 MINGGU USIA KEHAMILAN


Assalamualaikum semua.

Aku nak throwback cerita keguguran aku dengan hangpa ni. Hari tu aku ada story pasal aku turun darah kan?.


Sejak dari hari pertama (Khamis, 9/11/2017) ada tompokan darah sampai lah hari Sabtu (11/11/2017) memang setiap hari ada tompokan darah. Hari Jumaat hari tu birthday Zahra 10/11/2017. Aku plan nak sambut hari Sabtu sebab Mak Lang Zahra ada belikan kek dekat dia.

11/11/2017

Bangun pagi aku perasan darah pekat & lebih banyak dari dua hari sebelumnya. Tapi masih takda rasa sakit. Sampai lah ke petang, baru aku start rasa sakit & keluar darah berketul-ketul. Suami dah p kerja. Petang tu terpaksa ajak Mak temankan p hospital. Kakak & abang ipar yang bawakkan. Sebab hari tu doktor di KK ada pesan kalau masih keluar darah & sakit, terus p ke kecemasan. Sebelum p aku dah maklumkan pada suami aku tentang keadaan aku.

Sampai ja di hospital, doktor cek bukaan rahim & ternyata pintu rahim dah terbuka. Benda macam ni selalu jadi kalau orang nak bersalin ja kan?. Patut lah aku rasa contraction macam nak bersalin tu. So, malam tu aku dimasukkan ke ward atas kes threaten miscarriage.

Benda paling tak suka bila doktor gunakan muncung itik untuk cek bukaan rahim sebab rasa sakit sangat. Tapi kita takda pilihan. Hai dah macam bahan ujikaji pulak wei. Hari tu saja 3 kali kena muncung itik tu. Air mata dah tak boleh nak tahan. Berair sepanjang masa. Masa tu tak dapat nak buat apa melainkan berdoa ja. Duduk tepi katil sambil berdoa, kalau ni bukan rezeki aku, kau mudahkan lah jalannya Ya Allah.

Masa dekat kecemasan tu doktor ada scan perut aku. Dia cakap nampak kantung ja. Masa tanya pasal usia kandungan tu, muka doktor tu macam serba salah ja. Doktor tu macam tak sampai hati nak bagi taw hal sebenar. Lepas tu dia panggil doktor yang seorang lagi. Apa yang aku suka adalah dia sangat berterus terang. Dia sahkan yang aku memang keguguran.

Hurm, masa tu aku kuat sangat. Tak taw macam mana aku boleh setenang tu. Tapi takda lah untuk hari-hari yang seterusnya. Keadaan aku sama macam orang hilang anak. Aku termenung, menangis, kekadang tengah duk saja-saja aku boleh masuk bilik semata-mata untuk keluarkan air mata yang bergenang ni. Rasa macam tak kuat pulak nak hadapi semua ni.

Malam tu doktor bagi aku tempoh untuk dia keluar secara natural sampai pukul 2.00 pagi. Kalau tak keluar jugak, doktor suruh aku start berpuasa pukul 2.00 untuk prosuder seterusnya pada keesokkan paginya. Iaitu cuci lah kan. Doktor ada bagi taw yang proses cuci pun ada risikonya. Macam operation lah. Waktu tu aku rasa takut sangat.

12/11/2017

Dah pukul 2.00 pagi, takda lagi keluar apa-apa. Tapi darah yang berketul-ketul makin banyak keluar. Pukul 1.00 pagi sampai 3.00 pagi, waktu kemuncak aku sakit kuat. Memang rasa macam nak bersalin sangat dah. Rasa dia weh macam nak meneran, tapi takda apa yang nak keluar. Allah!!!. Masa tu ingat Mak dengan suami ja. Than, lepas pada tu sakit hilang pulak. Tapi mata tak boleh nak lelap pun.  Macam tido-tido ayam gitu. Memang rasa tak sedap ja badan ni.

Pagi tu pukul 6.40 pagi nurse datang kejutkan aku. Nak suruh tukar pad. Bila aku bangun ja nak ke tandas, dalam dua tiga langkah, 'plup' memang rasa macam seketul keluar dari vagina aku. Aku pun cepat-cepat masuk bilik air nak cek. Dan memang confirm keluar seketul daging.  Aku panggil nurse untuk tengok & nurse terus ambik bubuh dalam botol.

Tunggu doktor datang pagi tu untuk scan. Lepas tu doktor guna muncung itik jugak  untuk tengok semua dah keluar habis ka belum.  Doktor pun bersihkan darah beku yang tertinggal-tinggal tu. Bila scan, memang tak nampak apa dah. Kosong. So, doktok maklumkan yang memang dah keluar habis lah kan. Tapi doktor akan bagi jugak ubat. Nak pastikan keluar sampai habis betul-betul.

Ubat tu cucuk dekat punggung wei. Lepas setengah jam gitu dah mula rasa sakit dah. Rasa memulas macam nak datang period tu, adui. Dua kali ganda sakit dari tu. Time tu nak telefon sapa pun tak boleh dah. Telefon aku habis battery. Dan di ward tu tak dibenarkan untuk mengecas telefon, huhu. Last-last  terlena gitu ja.

Aku tersedar doktor pakar datang. Dia bagi taw yang kalau ikutkan esok aku baru boleh discharge. Depa tahan lagi untuk pemantauan. Adui, frust ja aku. Ingat dah beh balik. Dah lah rindu dekat Zahra. Tapi apa pun aku bersyukur, dah selamat semuanya. Cuma dalam bersyukur tu aku sedih jugak. Sebab dah taw aku tak bawak 'baby' dah.

Petang tu semua family datang melawat aku. Terharu sebab depa sentiasa ada bagi sokongan. Suami apatah lagi. Memang aku bersyukur  suami sentiasa positif. Alhamdulillah.

Esoknya tengah hari aku dah boleh keluar. Pulang dengan perasaan kosong. Aku ingat ni lah hadiah paling bermakna buat aku & suami sempena hari ulangtahun kami yang baru lepas pada 15/10/2017. Sebab masa tu lah aku taw yang aku hamil.

Hari ni baru 4 hari aku berpantang. Mak aku memang jaga pantang betul-betul. Terutama bab makan. Berjalan pakai stokin, pakai bengkung. Minggu depan dah nak kena start keja ni. Badan rasa lemau lagi, haha. Tapi takpa lah, pelan-pelan. Cuma aku masih tak boleh nak angkat benda berat sebab akan rasa contract semacam dekat bawah perut. So, aku tak nak ambik risiko.

Apa pun aku berharap & berdoa, semoga Allah bagi lagi peluang untuk aku & suami merasai nikmat dapat zuriat lagi. Allah lebih taw apa yang terbaik untuk aku & suami. Aku yakin. Aku tak menyesali apa yang dah berlaku. Kerana aku taw rezeki Allah tu luas. Inshaallah. Mudah-mudahan ada lagi peluang untuk aku & suami.

Terima kasih kerana membaca hangoa. Saja aku nak kongsikan pemgalaman aku dengan hangpa. Doakan aku cepat sembuh ya.


4 comments

  1. InsyaAllah peluang masih ada. semoga Zahra cepat2 dapat adik ;)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Semuanya selamat. Take care.

    ReplyDelete