Pendarahan 6 Minggu Kehamilan

23:00 Bonda Zahra 8 Comments

PENDARAHAN DI AWAL KEHAMILAN.


Episod Awal Kandungan.

Lepas check up 05/11/2017 hari tu, aku jalani hari-hari macam biasa cuma berjaga-jaga  beringat diri ja lah yang diri ni berbadan dua. Semua kelaku jaga, makan pun jaga, takda nak telan benda-benda yang merepek lagi dah.

Aku duk fikir nak tunggu buat buku baby tu bila masa nak p klinik kesihatan nak cek kakaknya Zahra nanti 3 tahun minggu depan ni. Duk plan masa tu lah nak buat buku pink terus. Nak kata alahan,mabuk, loya, pening sangat pun takda. Rasa macam biasa ja.

Bleeding / Tumpah Darah.

Day 1, 09/11/2017

Pagi tadi aku mandi lah bersiap nak p kerja. Lepas mandi tiba-tiba terasa macam ada keluar sesuatu dari vagina. Ambil tisu ja cuba sapu. Hah, kenapa ni?. Dah kenapa?. Fresh blood keluar dari situ tapi tak banyak. Dah tentu lah risaukan. Terus kejutkan en.suami aku bagitaw dia aku nak p klinik dulu pagi ni sebelum p kerja.

Masa keluar darah tu kan, nak kata sakit perut takda lah pulak. Memulas apa pun tak. Tiba-tiba ja keluar darahnya. Aku pun bersiap lah nak ke klinik. Bagitaw Mak aku siap-siap yang aku bleeding pagi ni.

Sampai ja klinik, macam biasa lah kan, sampai berjam-jam lah tunggu. Tunggu sampai pukul 11.00 macam tu baru dapat jumpa doktor. Ya, mencari & terus mencari bila scan tu lama tak macam selalu. Keliling pusing. Kalau ikut perkiraan tadi kandungan dah 6minggu lebih. Lepas tu doc print gambar scan tu.

Pada masa ni keyakinan aku sendiri pun dah kurang pasti. Betul ka ni. Kalau di tengokkan tu, memang nampak kantung disitu. Apa pun doctor cadangkan untuk datang balik dalam masa dua minggu lagi. Nak tengok keadaan pembesaran embrio tu.

Bila ditanya kenapa aku bleeding, jawabnya tu adalah satu keadaan normal juga bagi sesetengah ibu mengandung yang mengalami pendarahan awal sebab embrio tu baru nak lekat pada dinding rahim. Owh, ok. Aku buat-buat faham ja lah. Sebab sebelum ni tak pernah pulak aku mengkaji bab pendarahan di awal kehamilan ni.

Adakah akan berhenti pendarahan ni?. Pendarahan biasa 4 ke 5 hari berhenti dah pendarahan ni & hanya keluar tompokan darah ja. Ok, faham dah aku. Dapat lah aku MC 2 hari & banyakkan bedrest. Jangan buat kerja berat-berat. Pergh, macam puan besar lah aku, haha. Bedrest lah sangat. Takda maknanya. Tak reti aku nak duk diam keras atas katil tu. Tapi takda lah aku buat keja berat-berat kan, yang ringan-ringan ja.

Nantikan sambungan ya. Kita tunggu keputusan dua minggu lagi untuk scan. Doa yang baik-baik untuk aku ok.

You Might Also Like

8 comments:

  1. Amin..moga Allah pelihara kandungan dengan kasih sayangNya..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, tp sy dah keguguran :)

      Delete
  2. rehat kak... semoga sentiasa sehat baby dan bondanya.. :)

    ReplyDelete
  3. Saya preggy kali ni pun awal-awal hari tu ada tompokan darah, risau juga tapi doctor cakap IT'S NORMAL. So lega

    ReplyDelete