Kemeriahan Di Karnival Upin & Ipin 2017

KARNIVAL UPIN & IPIN DI MAEPS SERDANG.


Assalamualaikum semua.

Minggu lepas aku berpeluang p ke Karnival Upin & Ipin di MAEPS Serdang. Siapa tak kenal dengan watak animasi 2 orang budak botak kembar ni kan?. Memang dah popular di Malaysia ni, betul tak?. Hebat kan!.

Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang

So, sebagai menghargai peminat, tahun ni sekali lagi pihak Les' Copaque menganjurkan Karnival Upin & Ipin dengan menggunakan tagline #upinipinluarbiasa yang berlansung selama 3 hari iaitu dari 24 November 2017 hingga 26 November 2017.

Aku pilih p hari Sabtu (25 November 2017) untuk merasakan kemeriahan di Karnival Upin & Ipin ni. Tak sabar wei nak bawak Zahra ke sana sebab dia memang peminat Upin & Ipin pun. Lagi pulak aku tak pernah lagi berkesempatan p sebelum ni. Jadi tahun ni ada peluang, apa lagi tak boleh lah dilepaskan, hihi. Aku p ke sana dengan Zahra & BFF aku, Syarina.

Nasib baik lah ada Syarina tolong bawak aku ke sana. Alhamdulillah, walaupun ada sikit jem tapi tak mengganggu perjalanan kami. Dah sampai sana kami parking di parking yang berharga RM5 tapi yang ni jauh sikit & kena naik Tram.  Ada jugak parking premium yang dekat dengan lokasi karnival, harganya RM15. So, pilihan di tangan hangpa lah kan?, hihi.

Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang

Bila sampai ja kami pun menuju terus ke Dewan MAEPS. Hangpa taw, punya lah panjangnya barisan  nak beli tiket. Tak sangka aku ramai rupanya peminat Upin & Ipin yang datang menyerbu ha. Dari segi harga pun berbaloi jugak sebab selain dapat tengok Upin & Ipin , ada banyak lagi aktiviti yang boleh hangpa buat.


Tapi bagi yang berkemampuan tu, boleh lah beli tiket VIP sebab ada keistimewaan bagi siapa yang beli tiket VIP ni. Tiket ni pulak terbahagi kepada 2 untuk Karnival Upin & Ipin ni sebab lokasinya berlainan iaitu Di Dewan A & Dewan C.

Memandangkan kami masuk ke Dewan A dulu, jom kita tengok apa yang ada dekat sini dulu lah ya. Dekat sini ada pertunjukan pentas yang ada menampilkan persembahan maskot Upin, Ipin & kawan-kawan, Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu, Upin & Ipin The Musical & lain-lain. Menariknya ialah ada jugak penampilan istimewa dari Ultraman Ribut. Patut lah penonton tak berganjak lansung. Tambahan yang bawa anak-anak tu, sampai ada yang tak nak balik lah. Hebat betul penangan Karnival Upin & Ipin ni.

Selain tu, dalam Dewan A ni jugak ada beberapa sudut untuk anak-anak bermain & melakukakn aktiviti menarik seperti meneroka di Jungle Maze, melipat origami Sang Kancil & berjumpa penghuni hutan di Jungle Maze di Pulau 'Pada Zaman Dahulu'. Anak-anak jugak boleh membuat bot kertas & berlumba dalam laluan air yang disediakan di Pulau DaDuDiDo & bagi anak-anak perempuan yang meminati Puteri Limau, depa berpeluang memakai gaun puteri siap dengan crown lagi.

Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang

Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang

Best lah budak-budak ni kan, hihi. Aku dengan Zahra pun sempat jugak bergambar di sini dengan bayaran RM10.00 untuk gambar polaroid. Dekat dewan A ni aku banyak bergambar ja, so jemput tengok ya gambar-gambar aku yang tak seberapa ni.

Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang

Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang

Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang

Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang

Dah habis explore di Dewan A, kami beralih ke Dewan C pulak. Kalau hangpa betul-betul peminat cerita Upin & Ipin, mesti hangpa terfikir kan macam mana cerita ni dibuat. Ha, dekat Dewan C ni terdapat beberapa seksyen seperti di Les'Copaque di mana kita dapat tengok sendiri macam mana proses produksi animasi ni dibuat.

Bukan tu ja, anak-anak turut diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman melakonkan watak yang diminati di dalam studio rakaman suara. Boleh lah pakat tunjuk bakat masing-masing. mana taw ada potensi menggantikan suara watak asal kan, hihi. Tapi dengarnya memang pihak Les'Copaque mengadakan ujibakat jugak untuk mencari pelapis. Sebab depa bakal melebarkan sayap dengan membuka taman tema hingga ke negara China. Wow, bestnya. Tahniah Les'Copaque.

Selain tu, ada sesuatu yang menarik dekat dalam Dewan C ni iaitu kita dapat masuk ke beebrapa sudut yang ada di dalam cerita Upin Ipin seperti Alam Dinio, Magik Pin Pin, Pom, Ultraman Ribut, Tadika Mesra & ada jugak pertunjukan wayang kulit. Semua sudut ni direka sama macam dekat dalam cerita & sangat menarik untuk bergambar. Tak sempat nak pose wei, battery handphone dah habis, huhu.

Paling best kan, set rumah Opah. Sebiji macam dekat dalam cerita Upin & Ipin tu. Punya lah seronok tengok budak-budak dapat berkunjung ke rumah Opah. Siap ada yang kejar ayam lagi dekat belakang rumah Opah, haha. Lawak pulak tengok. Lepas tu ada jugak sesi soal jawab dengan Kak Ros tapi ramai taw orang dekat situ.

Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang

Tak lengkap rasanya kalau datang ke apa saja karnival tapi takda jualan kan?. Dewan A ni ada beberapa booth jualan untuk hangpa beli & bawa balik. Tak salah kan membeli sedikit cenderahati buat anak-anak, betul tak?. Aku pun ada belikan Zahra tumbler puteri & tshirt Upin & Ipin. Booth makanan pun ada dalam ni, so kalau anak-anak lapar boleh ja beli dekat situ.

Aku stay dekat Karnival Upin & Ipin ni sampai lebih kurang pukul 5.00 petang macam tu. Walaupun hujan, orang masih ramai & ada yang baru datang. Memang luar biasa lah kunjungan orang ramai ke karnival ni. Meriah sangat. Mungkin disebabkan baru gaji kud. So, next year kalau ada lagi karnival Upin & Ipin ni, boleh lah pergi lagi kan?.

Untuk melihat dengan lebih lanjut pasal Karnival Upin Ipin 2017, boleh rujuk link di bawah:

Facebook : upinipinofficial

Instagram : @upinipinofficial



8 comments

  1. Memang liar biasa karnival upin ipin ni. Tp..macam sekejap sgt 3 hari. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak?.best lah.harap tahun depan ada lagi kan.

      Delete
  2. mesti anak-anak suka sangat kalau dapat ke situ.. bila lah upin ipin nk dtg JB ni..hihi

    Jemput singgah baca artikel terbaru saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best akak.kalau ada lagi tahun depan, turun lah KL kak.

      Delete
  3. Meriahnya. Tahun nih tak berpeluang bawak anak anak sbb dorg dah balik kg. Hopefully tahun dpn boleh bwk diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah kak.tu pun xhbs explore lg.xpuas rasanya.harapnya ada lagi tahun depan.

      Delete
  4. Happening nya karnival upon ipin ni rugi x gi

    ReplyDelete