Sebuah Perkahwinan

17:00 Bonda Zahra 2 Comments

TENTANG PERKAHWINAN


Tentang kahwin

Kahwin bukan sekadar nak elak maksiat. Kahwin jugak bukan sebab kita dah lama kenal dia lepas tu kita kahwin dengan dia. Kahwin bukan sebab Mak Ayah paksa suruh kahwin, kita pun kahwin. Kahwin bukan sebab Pak Cik, Mak Cik sibuk asyik tanya bila nak kahwin. Kahwin is not just about loving each other. Is not about nak elak maksiat.

Ketahui lah bahawa nikah tu bukan hanya sekadar, 'Aku terima nikahnya' tapi nikah tu adalah tentang 'janji'. Janji yang kamu akan menjaga isteri kamu dengan sebaik yang mungkin. Berjanji akan memberi makan pakai kepada isteri kamu. Memberikan nafkah kepada isteri kamu. Baik nafkah zahir mahupun nafkah batin yang kamu wajib kena menunaikannya.

Nikah tu jugak adalah tentang 'amanah'. Amanah yang kamu ambil daripada Ayah si perempuan yang disaksikan oleh Allah Ta'ala. Perempuan tu adalah amanah daripada Allah SWT & pasti kelak nanti kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan kamu.

Nikah tu adalah tentang 'tanggungjawab'. Saat dia mula lalai, kau menegurnya dengan penuh belaian kasih sayang. Saat dia mula mengabaikan perintah Tuhan, kau menasihatinya dengan penuh kecintaan. Saat dia ada berbuat kesilapan kau memperbetulkan salah & silapnya.

Saat dia jatuh sakit, kamu rela berjaga malam, bersengkang mata demi menjaga & memastikan dia segera sembuh daripada sakit. Saat dia kelaparan, kamu memberi makan kepadanya sekali pun ketika tu kamu jugak tersangat lapar.

Kalau kamu yakin diri kamu seorang manusia yang boleh pegang amanah dengan sebaik mungkin, jaga amanah Allah tu dengan sebaik mungkin, silakan kamu bernikah. Kalau kamu cukup yakin diri kamu seorang yang bertanggungjawab, boleh jalankan tanggungjawab sebagai suami/isteri yang baik sesuai tuntutan agama, maka silakan kamu bernikah.

Aku tak mampu nak melistkan segalanya kerana aku jugak belum banyak pengalaman di dalam alam pernikahan ni. Cuba lah kita bertanya  kepada orang yang telah lama berkahwin. Bertanya kepada Mak Ayah kita sebab depa dah melalui ujian demi ujian selama berkahwin.

Kepada yang dah berkira-kira hari menanti hari bahagia, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru semua. Dan kepada yang single lagi, selamat menikmati makan percuma. Makan kan bahagia jugak, haha.

Sumber:Muhammad Shafri

You Might Also Like

2 comments:

  1. Memang betul pasal perkahwinan. Bukan benda yang main-main.

    LiaHasty
    www.liahasty.com

    ReplyDelete