Celebrate Birthday Yang Ke-27!

22:40 Bonda Zahra 0 Comments

SAMBUTAN HARI LAHIR AKU


Assalamualaikum semua. Rajin ja aku update entry lately ni kan?, haha.

Pejam celik pejam celik, 7 September yang lepas genap lah umur aku 27 tahun, huhu. Rasa macam baru semalam aku habis sekolah menengah, lepas tu terhegeh-hegeh cari kerja, lepas tu sibuk bercinta, berkahwin & sekarang dah jadi mak orang, haha. Mak anak satu!. So boleh consider tak yang aku masih muda?, hihi.

Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nyawa, nikmat & insan-insan tersayang di samping aku sehingga ke saat ni. Syukur tak terhingga diberi suami yang penyayang & bertanggungjawab, keluarga mertua yang baik, keluarga aku yang happening & kawan-kawan aku yang sentiasa menceriakan hidup aku.

Selalunya kalau birthday aku memang en.suami akan bawak p makan ja, hehe. Nak bawak p bercuti, lambat lagi kud. Sibuk simpan duit, haha. Tengok hujung tahun kud en.suami nak belanja p bercuti ka, so sekarang ni duduk diam-diam sudah!.

Disebabkan birthday aku jatuh hari Khamis, hari bekerja. Tapi hari tu aku dengan en.suami cuti sebab ada kenduri tahlil untuk arwah ayah di rumah keluarga mertua. So, agak kelam kabut sikit hari tu kan. Mula-mula tu duk fikir jugak tak nak rushing dinner malam tu jugak, tapi bila fikir hari lain kalau aku cuti pun suami aku kerja, so proceed ja lah dinner malam tu.

Pening jugak fikir nak makan dekat mana, sebab kami ni bukan kaki jalan-jalan cari makan pun, haha. Kalau keluar makan pun balik-balik kedai yang sama. Dan malam tu dia bawak aku ke kedai yang selalu kami lepak time couple dulu-dulu iaitu The Gate Cafe, hihi.

The Gate Cafe ni sebenarnya senang ja nak cari, dekat dengan Bomba Taiping. Parking pun senang sangat kat situ. Kami sampai situ pukul 9 lebih, weekdays pun boleh tahan ramai orang.

Sambutan Hari Lahir

So dah dapat meja, makanan pun cepat ja sampai. En.suami aku macam biasa pantang dapat peluang akan order lamb, hehe. Aku pulak order Chicken Chop Grill. Tu lah yang kami makan di malam hari jadi aku, haha. Sumpah sedap!. Sori tak tangkap pulak gambar makanan.

Sambutan Hari Lahir

Lepas makan, kami p tengok wayang pulak, hoho. Walaupun esok kerja, dan lagi wei. Dengan Zahra sekali kami angkut.

Malam tu en.suami tak bagi hadiah lagi dekat aku. Dia tak taw nak beli apa katanya. Boleh gitu?, haha. Takpa nanti aku fikir apa nak request birthday gift dari en.suami. Tak taw nak bagi apa ya?. Tunggu!!!.

Walaupun sebenarnya hadiah tu takda lah penting sangat nak dibandingkan dengan kasih sayang & perhatian yang dia bagi pada aku. Tapi orang kata buat syarat ja hadiah tu. Tanda kita menghargai pasangan kita, tak gitu?.

You Might Also Like

0 Pengomen: