ZooMoo Astro 619 Mempersembahkan Leo The Wildlife Ranger

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.


Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak

Antara siaran tv kegemaran Zahra ialah siaran astro channel 611. Tapi Bonda baru taw yang wujudnya ZooMoo astro 619 ni. Dengarnya channel ni best sebab ianya cerita pengembaraan yang menarik di ZooMoo.

Dan yang paling best bulan Ogos ni, Leo The Wildlife Ranger & rakannya Katie bersama-sama anak anjing mereka akan ditayangkan di siaran ZooMoo astro 619. Cuti sekolah anak-anak kita kali ni pasti lebih menyeronokkan kan?. Haish, aku tak nak lah lepaskan peluang melanggan channel ZooMoo ni.

Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak
ZooMoo Box

Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak

Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak

Siap dah kraft Zahra  yang bertemakan ZooMoo  Astro 619 Leo The Wildlife Ranger.

Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak

Leo The Wildlife Ranger adalah rancangan tv bersiri mengisahkan ranger junior iaitu Leo & Katie belajar & mengembara mengenal hidupan liar & alam semulajadi. ZooMoo dibawakan oleh At Omen Studios. Disamping mengembara, belajar mengenal alam semulajadi, anak-anak  jugak mampu belajar & mengenal lebih dekat tentang hidupan liar, haiwan serta habitat mereka. Ni dapat membantu generasi anak-anak kita untuk lebih menghargai & menyayangi hidupan lain melalui Leo The Wildlife Ranger.

ZooMoo memenangi the Best Preschool Prorgamme di Asian TV Awards 2016. Ia merupakan saluran tv pendidikan berkualiti tinggi untuk kanak-kanak prasekolah khususnya.

Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak

Watak-watak didalam Leo The Wildlife Ranger jugak menghiburkan & bakal menarik minat anak-anak hangpa. Watak utamanya Leo, Katie, Hero & Rocky. Aplikasi ZooMoo jugak boleh hangpa muat turun secara percuma di apps store, dimana anak-anak boleh melihat photo, video, mengenai haiwan & banyak lagi yang menarik. Jadi jangan lupa menonton & bereksplorasi bersama anak-anak dengan menonton Leo The Wildlife Ranger di ZooMoo saluran Astro 619 bermula Sabtu 19 Ogos jam 12.05pm & ulang tayang pada 4.05pm/ 8.05pm.

Hangpa jangan lupa tonton sama-sama ok!

4 comments