Semangat Kemerdekaan Meriah Di Sekolah Aku

17:46 Bonda Zahra 8 Comments

HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-60


Assalamualaikum semua.

Minggu lepas masuk ja sekolah tengok dah terpasang jalur gemilang  serta bendera negeri dekat tapak perhimpunan. Wah, bukan main meriah!. Hujung bulan ni kita akan menyambut  Hari Merdeka kan?. Rasanya semua sekolah pun dah mula pasang bendera di sekolah masing-masing. Apa pun semangat tu yang penting.

Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-60

Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-60

Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-60

Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-60

Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-60

Memupuk semangat cintakan negara ni bukan ja dekat tempat kerja, malah ianya perlu diterapkan kepada generasi anak-anak muda sekarang. Selalunya sambutan Hari Kemerdekaan dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu "Jalur Gemilang". Dan sewaktu bendera Malaysia dinaikkan tu lagu "Negaraku" dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat.

Lepas tu, ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sambutan yang gilang gemilang akan menjadi perhatin dari pelbagai bangsa malahan ia menjadi tarikan bagi pelancong yang datang ke Malaysia.

Sedar tak sedar kita dah pun nak masuk pertengahan bulan Ogos kan & bakal menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Tema Hari Kemerdekaan 2017 ialah Negaraku Sehati Sejiwa.

Apa plan hangpa pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos nanti?. Aku takda plan apa pun, memandangkan en.suami pun sibuk duk berniaga kan. Dalam hati ni terasa jugak nak bawak Zahra keluar sambut di Taiping. Kalau Babah dia free boleh lah. Mesti best kan?. Dapat bagi Zahra rasa sambutan Hari Merdeka. Tapi tu lah, kena plan dulu macam mana sebab esoknya tu kan dah Hari Raya Aidiladha kan. Takut sibuk nak tolong Tok Pah buat persiapan raya haji lah.

You Might Also Like

8 comments:

  1. semenjak dah habis waktu sekolah ni, dah lama tak merasa sambutan kemerdekaan macam ni.

    takde plan pun >,< zaman memuda dulu wajib keluar klcc tengok bunga api. skrg duduk rumah je lah

    ReplyDelete
  2. Perghh meriahhh! Tapi memang tak lama pun lagi nak sambut hari kemerdekaan ni. Tak sabar pula rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambutan di sekolah selalunya meriah kan? dengan budak2 sekolah ni.

      Delete
  3. Bersyukur kita dilahirkan di Malaysia. Bila kita ke negara org, br rasa Malaysia lah yg terbaik. Salam Merdeka Aina :)

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 60. Penting sangat memupuk semangat kemerdekaan dlam kalangan murid sekolah supaya mereka sedar kemerdekaan yang mereka kecapi kini bukan mudah untuk dicapai. Tapi kebanyakkan remaja masa kini ramai yang leka dan lalai dengan kesenangan kini. Sesekali kena ingatkan mereka tentang pengorbanan orang dahulu...
    Halamak!...panjang pulak komen..hihi.
    Selamat merdeka cikgu..

    ReplyDelete