Kipas Hello Kitty Zahra

23:47 Bonda Zahra 4 Comments

KOLEKSI BARANGAN HELLO KITTY ZAHRA.


Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak kongsi dengan hangpa koleksi baru barangan Hello Kitty Zahra.

Koleksi Barangan Hello Kitty Zahra

Sebenarnya kakak sulung aku, Kak Da yang mula-mula beli kipas ni. Cuaca pun panas ja kan sekarang, aku pun sebenarnya selalu guna kipas lipat ka apa kalau kekadang duduk dekat luar tak tahan cuaca panas. Dah tu kakak aku bagitaw pasal kipas Hello Kitty  ni. Memang besar sikit tapi masih comel, hihi. Harga pun berpatutan!. Apa lagi laju-laju lah aku kirim dekat kakak aku tu, haha. Zahra pun memang peminat Hello Kitty kan!.

Koleksi Barangan Hello Kitty Zahra

Zahra sebelum ni memang duk kumpul koleksi barang dari Hello Kitty. Aku pun apa lagi, tumpang lah sekaki, haha. Koleksi yang terbaru kipas ni lah. Comel ja ha!.

Koleksi Barangan Hello Kitty Zahra

Apa yang menarik pasal kipas ni ialah selain boleh disambung guna elektrik macam biasa, boleh jugak guna power bank kalau kita berada di luar rumah. So, sesuai lah kan kalau macam kita yang ada anak kecik ni kan?. Kalau panas pasang ja kipas ni bila ada aktiviti dekat luar rumah, mudah!.

Kalau hangpa berminat nak dapatkan kipas Hello Kitty ni, kata kakak aku, hangpa boleh dapatkannya berdekatan dengan The Store Sungai Buluh, kawasan kilang katanya. Aku pun tak pernah sampai sana wei!. Aku kirim ja dekat kakak aku. nasib lah aku tak taw tempat, tidak jenuh rambang mata, macam-macam ada katanya. Selamat mencari ya hangpa, haha!.

You Might Also Like

4 comments:

  1. Alahaiiii...comel betul...hihi

    ReplyDelete
  2. Comelnya.. klu anak saya yg kecik tu tengok pun mesti dia berkenan.. salam berblogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel KK. budak-budak kan suka benda comel macam ni.tq singgah blog saya.

      Delete