Ayah Mertua Kembali Ke Rahmatullah

12:15 Bonda Zahra 10 Comments



Assalamualaikum semua.

Alfatihah..innalillah hiwainna ilaihirajiun.. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Minggu lepas, 28.07.2017 bersamaan 4 Zulkaedah 1438H, jam 7.30 pagi, ayah mertua yang dikasihi pergi jua menghembuskan nafas yang terakhir, allahu. Tak terbendung rasa kesedihan ni, rasa kehilangan ni.


Ya Rahim, campakkan lah rasa ikhlas dan redha aku, anak-anak, ahli keluarga & saudara mara arwah dengan pemergiannya. Aamiin. Alfatihah. Semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Kehilangan orang yang tersayang dalam hidup kita memang suatu yang menyedihkan. Tetapi kenangan bersama tetap berada dalam ingatan. Tak akan terpadam selagi jasad dikandung badan.

Kenangan demi kenangan yang tercipta sepanjang menjadi menantu ayah. Walaupun hanya untuk 4 tahun Allah izinkan aku menjadi sebahagian dari kehidupan dia. Allahu Rabbi, sesungguhnya ayah insan yang banyak membantu aku & suami. Dengan tenang raut wajahnya, lembut tutur bicaranya, gurau senda dia, sedih hati ni. Terkadang sengan tak sedar, mengalir air mata. Semuanya dalam kenangan.

You Might Also Like

10 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam Takziah untuk keluarga akk. Semoga Arway ditempatkan digolong orang yang beriman

    ReplyDelete
  2. Takziah.
    Semoga arwah ditempatkan bersama-sama hambaNya yang beriman dan dikasihiNya jua.

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.inshaallah, aamiin.

      Delete
  3. Innalillahhiwainnaillaihirojiun..salam takziah buat Sueaina dan keluarga

    ReplyDelete
  4. Salam takziah Dari mama

    ReplyDelete