Selamat Hari Raya Eidul Fitri

18:07 Bonda Zahra 0 Comments

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI


Assalamualaikum semua. Dah berminggu tak menghadap blog tercinta ni. Nak blogwalking kawan-kawan pun tak sempat. Sibuk macam-macam perkara, dengan nak rayanya, dengan anak kena demam campaknya. Nanti aku cerita dekat hangpa na. Wei, kuih raya dekat rumah aku ada lagi taw, nak rasa jemput lah datang ke rumah ya.


Ok, hari ni dah syawal ke 12 kan?. Ramai dah kawan-kawan blogger aku yang duk ucap Selamat Hari Raya Eidul Fitri & siap ada e-card lagi. Aku pun tak nak lah ketuinggalan jugak nak ucap Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat kawan-kawan & jugak pengunjung blog aku ni.

Di kesempatan ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua kawan-kawan blogger & jugak pengunjung blog aku ni. Maafkan aku andai ada salah silap sepanjang aku menulis entri dalam blog ni. Maafkan aku andai ada terkasar bahasa yang mengguris hati hangpa selama aku menulis di blog ni. Aku minta maaf jugak andai aku tersalah kata sepanjang aku bagi komen dalam setiap entri hangpa semua. Sesungguhnya yang baik daripada Allah & segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan aku sebagai seorang manusia biasa. Cewah!!.

Semoga Eidul Fitri ni memberikan seribu kegembiraan buat kita semua. Raikan lah Eidul Fitri ni dengan penuh kesyukuran & kenikmatan. Ok lah, aku tak nak berucap panjang, haha. Semoga ukhwah yang telah terjalin akan kekal buat selamanya.

You Might Also Like

0 Pengomen: