Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SEKOLAH


Assalamualaikum semua.

Cepatnya masa berlalu pergi kan?. Dah berakhir pun Syawal. Tak sudah- sudah aku nak cerita pasal raya kan?. Sebenarnya takda lah banyak sangat cerita raya aku ni, tapi sebab aku ni jenis lambat up entri, tu yang jadi macam ni. 2,3 hari lepas punya cerita, hari ni baru nak up, dah tu macam mana tu?, hihi.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Entri hari ni aku nak cerita pasal sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni di sekolah aku. Sambutan hari raya ni diadakan pada 06 Julai 2017 bersamaan 12 Syawal 1438.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni, aku tak dibagikan apa-apa tugasan rasmi, so takda buat apa lah. Cuma ada lah tolong-tolong apa yang patut.

Ni antara menu yang aku tunggu-tunggu bila time sambutan apa-apa di sekolah aku.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Menu pertama aku terjah, dessert Cheesekut. Banyak aku makan wei!. Resepi tu duk ada, tapi tak buat-buat. Kali ni kan, aku rasa aku makan tak banyak sangat. Walaupun sebenarnya menu tu macam-macam pilihan. Sebab banyak pilihan sangat kud, sampai tak termakan.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Biasa lah lepas makan dessert tu, terjah makan rojak buah feveret, lepas tu makan nasik, laksa, dah tu tak larat dah nak makan menu-menu lain.

Sambutan raya tahun ni di sekolah terasa lebih meriah dengan kehadiran guru-guru baru. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Walaupun disambut secara sederhana, tapi tetap meriah. Seronok tengok budak-budak happy datang dengan pakaian hari raya masing-masing.

Hari tu  aku rasa boleh dikatakan semua sekolah di kawasan aku ni mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Turut sama hadir memeriahkan majlis sambutan hari raya tahun ni ialah di kalangan ibu bapa, Ketua Kampung dan Jawatankuasa PIBG.

Hah, macam biasa lah taw, jum aku belanja hangpa sekeping dua gambar majlis yang berlansung hari tu.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah





2 comments

  1. bestnya !! hilang stress keje kalau sesekali ada sambutan macam ni kan..

    ReplyDelete