Petua Demam Campak

22:56 Bonda Zahra 6 Comments

CARA MERAWAT DEMAM CAMPAK


Assalamualaikum semua.

Hangpa ingat tak sebelum ni entry aku pasal Zahra kena demam campak. Zahra Demam Campak, Dugaan Di Hari Raya. Tapi alhamdulillah Zahra dah sembuh sepenuhnya. Tinggal parut-parut di badan ja tak hilang lagi. Lega rasanya. Tak payah nak berpantang dah. Ya lah kalau tak kena berpantang, tak boleh makan, makanan yang gatal.

Banyak taw naik campak dekat badan Zahra. Memang kesian tengok. Zahra tak selesa, merengek 24 jam & 24 jam tu jugak lah harus berkepit dengan aku, tak nak dekat sesiapa lansung. Seluruh badan taw, memang aku dengan en.suami kena tahan lah sikit dengan kerenah Zahra kalau tengah tak sihat macam tu. 24 jam merengek. Serba serbi tak kena.

Dah naik ke bahagian kaki ok sikit lah, kalau dekat tapak kaki pun dah naik jugak tu maknanya campak tu dah keluar habis. Tinggal lagi ruam campak tu hilang. Macam Zahra dekat seminggu jugak kud baru elok semula kulit dia.

Cara Merawat Demam Campak


Untuk kurangkan rasa gatal, aku sapukan Bedak Mambu, alhamdulillah nampak serasi dengan Zahra. Sehari 4-5 kali jugak aku sapu dekat seluruh badan dia.

Ok jom aku kongsi cara aku merawat demam campak Zahra:

1. Jangan pakaikan anak baju, sebab kalau pakai baju nanti badan makin bertambah rasa gatal & panas.

2. Pampers perlu kerap tukar sebab kencing anak boleh buat ruam tu lagi bertambah gatal.

3. Kerap menyapu Bedak Mambu (gambar di atas), bagi mengurangkan rasa gatal. Gunakan Celamine Lotion pun boleh. Tapi Bedak Mambu ni memang aku recomended sebab terbaik!.

4. Jangan makan makanan yang gatal macam udang, sotong atau apa-apa ja yang gatal.

5. Bagi anak minum air kelapa. Sikit ja pun takpa.

6. Mandi dengan air daun semambu. Kisar atau carik-carik letak dalam besen & mandi. Bagi badan rasa selesa.

*aku guna Bedak Mambu tu ja sebab Zahra tak nak mandi daun semambu, takut daun dia kata, haha.

Tu ja lah petua yang aku ada. Takda lah susah nak berhadapan dengan hal macam ni, kena rajin buat research & tanya pada orang. Anak baru seorang kan, ilmu keibubapaan tu masih lagi kurang.

Alhamdulillah lega bila anak dah sihat. Syukur!.




You Might Also Like

6 comments:

  1. Mudah lah bila dah ada bedak ni.
    Daun mambu memang sesuai untuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu. Mudah sangat dengan bedak ni.

      Delete
  2. dulu kemahen kena carik daum mambu nih.. sekarang dah senang kan.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun mambu pun payah jugak nak cari kan. La senang dah ada bedak ni.

      Delete
  3. Mandi daun semambu first time mama dgr. Tp for tips semoga Zahra cepat sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mama.elok taw daun mambu untuk demam campak.

      Delete