Meriahnya Raya Eidul Fitri 2017

21:17 Bonda Zahra 4 Comments

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI 2017 


Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya buat semua sekali lagi. Alhamdulillah kita semua diberi kesempatan untuk menyambut syawal tahun ni.

Aku happy sangat tahun ni, sebab aku ada banyak cuti & tahun ni giliran aku beraya di rumah Mak aku. Walaupun satu kampung dengan suami, ada giliran gitu hangpa. Kerlas kan?, haha. Siapa tahun ni raya rumah Mak sendiri?. Sep sikit!!.

Seronok bila dapat berkumpul dekat rumah Mak. Tapi tak berapa nak meriah malam raya tu sebab kakak yang sulung beraya rumah Mak Mertua dia dulu. Kurang seorang anak perempuan Mak. Raya kedua baru dia balik sini.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2017

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2017

Tema raya keluarga aku tahun ni warna Blue Black. Aku pilih warna tu untuk tema tahun ni. Alhamdulillah en.suami bagi chance dekat aku beraya di rumah Mak tahun ni. Tq sayang!.

Raya kedua baru lah meriah bila kakak aku dah balik ke sini. Bising bukan main dengan gelagat masing-masing, haha. Tiba-tiba rasa macam nak tambah ahli keluarga lagi. Eh?, haha.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2017

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2017

Raya kedua pulak aku pakai peplum warna Royal Blue. Tapi tak sempat pun nak posing-posing ambik gambar. Duk uruskan Zahra, dia kan kena demam campak masa raya hari tu. Yang anak-anak saudara ni sakan lah masing-masing, hihi.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2017

Raya ketiga kami semua recycle balik baju raya pertama tu, haha. Sebab nak bagi sedondon p raya ke rumah Opah sebelah Abah. Ada kenduri sambut menantu.

Raya ni aku rasa macam takda pun aku p beraya rumah member. Maklum lah dah bekerluarga kan semua, dah beranak pinak, bukan senang nak jumpa kan. Tu yang kalau sekali dapat jumpa tu, sembang sampai tak ingat dunia. Siap Mak masing-masing sediakan stok buat kami nak bersembang. Boleh macam tu?, hihi. 

Minggu ni minggu untuk terjah rumah sesiapa yang buat open house, haha. Mai lah PM jemput aku, nak terjah!!.

You Might Also Like

4 comments:

  1. Jangan lupa mai rumah kami minggu depan na.. pesanan dari Kakak Sulung ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. alhamdulillah. selamat p & balik dah.

      Delete
  2. meriahnye !!! lagi lagi kalau beraya belah kite kan.. hee~ pagi raya dapat tenung mak ayah.. syahdu jek..

    ReplyDelete