Dah Besar Pun Nak Dukung Lagi!

17:12 Bonda Zahra 2 Comments

ANAK SUKA BERDUKUNG!


Assalamualaikum semua. Dah lama tak update blog. Rindu pulak.

Zahra dah nak masuk 3 tahun. Bulan 12 nanti dah 3 tahun, berat pun last timbang 11kg. Bayangkan lah budak besar ni nak kena dukung lagi. Zahra ni memang terlebih manja taw, manja tu kan susah nak cakap, mulut tu pandai sangat bercakap, potpet-potpet!. Kadang-kadang geli hati aku dengan keletah dia. Dah lah pandai meniru apa yang kita cakap, siap dengan gaya lagi. Haih, geram taw awak ni Zahra!.

Zahra sekarang kan pandai taw buat-buat menangis kalau tak dapat apa-apa. Buat-buat nangis, padahal benda tu tak perlu menangis pun, tapi dia akan buat diri dia menangis sampai keluar air mata, hangpa rasa??. Paling aku tak suka bila dia menangis tu sambil menjerit-menjerit.

Anak Suka Berdukung

Ni lagi satu hal, dia suka nak berdukung hangpa taw!. Kalau pergi jalan mana-mana,, dia malas nak jalan, mula lah dia nak mintak dukung. Dukung budak 11kg dekat mall boleh menggeletar tangan wei!, haha. Tu yang kadang aku marah dia, "Zahra dah besar kan, mana boleh dukung!!.". Tapi hangpa ingat dia heran ka, nak jugak berdukung wei!. Yang aku ni pun marah-marah, dukung jugak lah, huhu.

Anak hangpa nak berdukung lagi tak?. Mana belum berjalan dulu, sibuk nak berjalan. Bila dah boleh jalan, nak berdukung pulak. Haih lah anak. Macam-macam peel.


You Might Also Like

2 comments:

  1. Kuruslah mommy dia camni. Stroller xmau ke dia? Blogwalking Dari AFB feed

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, kalau betui boleh kurus saya sanggup, haha. Stroller tak mau. Kalau saya p mall sekrg sy bwk carrier.

      Delete