Selamat Hari Ibu

16:03 Bonda Zahra 8 Comments

SELAMAT HARI IBU MAK


Assalamualaikum semua.

Pertama sekali, aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mak aku. Aku berharap agar Mak aku sentiasa berada dalam keadaan sihat & sejahtera. Aku nak Mak taw yang aku sangat sayangkan dia. Aku sayangkan Mak aku lebih dari segalanya di dunia ni.

Dari rahim Mak, aku lahir & keluar melihat dunia. Terima kasih atas penat lelah serta sakit pening mengendong aku. Terima kasih jugak sebab susah payah membesarkan aku & sentiasa memastikan segala keperluan aku dipenuhi. Terima kasih sebab sentiasa memanjakan aku dengan belaian & peluk cium walau aku dah ada suami & anak seorang. Terima kasih Mak. Mak lah segala-segalanya buat aku.

Mungkin ramai yang menyambut Hari Ibu secara besar-besaran, tapi aku tak sambut macam tu. Orang lain mungkin menghadiahkan barangan berjenama, bawa ibu melancong, adakan makan malam di restoran istimewa, tapi aku tak dapat beri semua 'kemewahan' macam tu. Hadiah aku untuk Mak aku, hanya lah kehadiran aku dalam hidup dia setiap hari.

Aku tak mampu bagi Mak kemewahan, aku hanya mampu bagi Mak 'kasih sayang' & 'perhatian'. Biar aku susah, penat, atau terdesak, Mak tetap keutamaan aku. Tu lah hadiah aku untuk Mak. Selamat Hari Ibu Mak, bagi aku Hari Ibu setiap hari, setiap saat sebaik ja aku terpandang wajah tuanya. Semoga Allah merahmati Mak, dunia & akhirat. Amin. Sayang Mak hingga ke syurga.

Selamat Hari Ibu Mak, Mertua,Bonda

Aku tujukan Selamat Hari Ibu jugak buat Mak Mertua aku. Aku taw aku bukan lah menantu yang baik. Macam 'hantu' adalah, hihi. Tapi aku comel kan?, haha. Sayang Mak Mertua aku jugak. Selamat Hari Ibu, Mak. Terima kasih sebab menjadi seorang Mak Mertua yang baik.

Tak lupa jugak buat diri ni, Selamat Hari Ibu. Zahra kan kecik lagi, mana taw Hari Ibu ka hari apa semua tu, hihi. So, macam mana dia nak bagi ucapan untuk Bonda dia kan?. Takpa Zahra. Nanti dah besar jangan lupa wish taw?, haha.

Terima kasih Zahra sebab menjadikan hidup Bonda sangat lengkap. Sebab Zahra, Bonda mampu meraikan sambutan Hari Ibu walaupun takda hadiah yang istimewa dari Zahra. Takpa mungkin bila Zahra dah besar nanti, Zahra boleh pakat dengan Babah untuk hadiahkan Bonda sebuah kereta baru. Eh, haha.

Untuk hangpa semua, ibu-ibu di luar sana, aku nak mengucapkan Selamat Hari Ibu jugak buat hangpa. Aku doakan hangpa semua diberikan kesihatan yang baik-baik serta diberikan kekuatan agar dapat membesarkan & mendidik anak-anak hangpa sebaik mungkin. Sentiasa berusaha untuk berikan didikan & kasih sayang yang terbaik untuk anak kita agar depa boleh hidup sejahtera di dunia & akhirat. Insyaallah.

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucuri lah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi & menyayangiku sewaktu aku kecil".

You Might Also Like

8 comments:

  1. bestnya dapat coklat!.. penghargaan buat mak2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah k.ieta. buat yg mana mampu nk bg mak happy

      Delete
  2. Selamat Hari Ibu Mak n Acik 😘

    ReplyDelete
  3. Kasih syg dan oerhatian lagi besar nilainya dari wang ringgit. Kita patut bangga sebab boleh beri tu pada ibu bapa kita berbanding org yg byk duit tp sibuk dgn dunia kerjayanya sampai ibu bapa terabai dan berkecik hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh k.ana!. Inshaallah, semoga kita sentiasa mampu membahagiakan mak abah kita.

      Delete
  4. Sweetnya ucapan ni... rasa berpinar2 je mata ni.. Selamat Hari Ibu juga ;)

    ReplyDelete