Meriahnya Dinner Sempena Hari Guru

MALAM CENDEKIA BESTARI, SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT PARLIMEN LARUT 2017.


Assalamualaikum semua. Ada orang tanya aku, best ka jadi kerani sekolah?. Apa yang bestnya?. Hurm, macam mana nak cakap ya, haha.

Banyak ja yang best sebenarnya. Salah satu yang buat aku seronok kerja dekat sekolah ni ialah bila sesekali berkumpul satu sekolah. Best taw, macam-macam cerita yang keluar.

Dinner sempena hari guru

Sebab tu lah bila pentadbir bagitaw ada dinner sempena Hari Guru anjuran parlimen larut terus aku setuju nak p, haha.

Dinner sempena hari guru

Sebelum ni pun parlimen larut dah pernah menganjurkan dinner sempena Hari Guru. Dan Dinner kali ni dibuat di Dewan Sebarau Bukit Merah Laketown Resort & dihadiri oleh semua guru-guru daerah LMS. 

Jemputan setiap sebuah sekolah ialah seramai 10 orang guru. Dan yang bestnya kalau guru tak dapat hadir, staf boleh gantikan. So, bila ada tiga orang guru yang tak dapat hadir malam tu, secara automatiknya dapatlah aku & offismate aku ke dinner tu.

Aku, Kak Kema & Kak Rozi dah janji nak jumpa dekat depan Balai Polis Batu Kurau sebab kami nak tumpang cikgu sekolah kami. P satu kereta ja senang, haha. Nasib boleh tumpang.

Dinner sempena hari guru

Sampai ja terus sibuk bergambar. Biasa lah kami & gambar memang tak dapat dipisahkan. Sempat lah kami posing dulu sementara tunggu nak masuk dewan.

Dinner sempena hari guru

Dinner sempena hari guru

Dinner sempena hari guru

Majlis dimulakan dengan bacaan doa & diikuti ucapan dari YB Dato' Seri Hamzah. Masa daftar tu, kami semua dapat nombor untuk cabutan bertuah malam tu. Aku dapat no 0091. Dalam hati duk berkata, kalau ada rezeki Zahra dapat lah, hihi.

Makanan malam tu ok, sedap!. Lupa pulak nak snap gambar makanan, lapar sangat malam tu, haha. Sambil makan, sambil tengok persembahan dari budak-budak sekolah.

Lepas ja makan, depa teruskan acara dengan cabutan nombor bertuah. Tekun ja kami dengar satu-satu no dipanggil. Best- best taw hadiah dia hangpa!. Nak taw dari sekolah kami siapa yang dapat cabutan bertuah?. Nanti aku cerita dalam next entry ok.

Malam tu habis dekat pukul 12.00 malam. Ringdu Zahra dah wei!. Nasib baik lah Tok Pah tolong jagakan Zahra, hihi.

Harap tahun depan ada lagi dinner macam ni, haha. Semoga makin murah rezeki semua yang sponsor untuk majlis ni.


10 comments

  1. Wah seronoknya. Rezeki semua tu. Tak kisah kerja apa pun.

    ReplyDelete
  2. syioknya ada dinner gini..Salam Ramadhan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui k.linda. sekali sekala macam ni best jugak kan.

      Delete
  3. Amboi sakan depa no.. ehehe..

    ReplyDelete
  4. wah dinner kat tempat best! untung lagi ada yg taja kan.. hihi

    ReplyDelete
  5. selamat hari cikgu !! hee~

    ReplyDelete