Suprise Delivery Buat Abah

SELAMAT HARI LAHIR ABAH.


Assalamualaikum semua. Tolong jangan muak sebab ulang-ulang cerita pasal sambutan birthday, haha. Banyak pulak insan-insan tersayang yang menyambut hari lahir dalam bulan April ni.

Semua orang suka dihargai. Namun kita semua berbeza cara dalam menggembirakan orang yang kita sayang. Bagi aku kegembiraan orang yang tersayang adalah satu kebahagiaan. Ha dekat bawah ni adalah pengalaman aku bagi kejutan untuk Abah aku.

Alhamdulillah untuk semua kesempatan. Hobi aku yang memberi & membuat kejutan buat Mak & Abah sempena hari istimewa. Aku taw tu takda lah seberapa & terlalu jauh nak dibandingkan dengan apa yang depa dah bagi. Tapi kan wajah happy depa cukup membahagiakan.

Sebelum ni pernah beli hadiah untuk depa & depa sangat hargai. Dan sampai hari ni aku masih membeli sesuatu untuk saling merai. Ada rezeki lebih kita bagi lah apa yang kita mampu. Syukur lah untuk apa yang masih di sisi. Moga diberkati.

16hb hari tu aku plan dengan kakak-kakak aku selaku anak perempuan Mak & Abah untuk buat kejutan buat Abah sempena hari lahir Abah. Sekarang kan dah famous perkhidmatan suprise delivery ni. 

Selamat hari lahir abah

Aku whatsapp kawan aku  minta dia hantarkan suprise delivery bouquet bunga ros & sepotong kek SR. Baik ja kawan aku tu ha. Moga murah rezeki Ain yang sudi hantar masa tu. Banyak betul kerenah aku. Sabar ja dia. Yang penting Abah aku terkejut & gembira masa tu. Tu yang best!!. Nanti aku review khidmat suprise delivery dia ya.

Ni adalah sesuatu yang sangat manis untuk dikenang. Bantuan melalui kawan aku yang sangat sporting memenuhi kehendak aku, berjaya membuatkan Abah terharu. Terima kasih untuk segala kerjasama. Alhamdulillah.

Selamat Hari Lahir Abah

Selamat Hari Lahir Abah!. Semoga dipanjangkan umur, & diberi kesihatan yang baik. Semoga ceria & bahagia selamanya. Aaminn. Love u Abah!.

Apa pun jom kita memberi. Kita hidup tak lama mana. Jadi hidup lah untuk memberi & bahagiakan lah yang tersayang selagi berkesempatan. Ada rezeki, kita kongsi. Insyaallah hidup akan aman & gembira buat semuanya!.

2 comments