Review Diapers Tesco

DIAPERS MURAH TAPI BERKUALITI


Assalamualaikum semua. Lamanya tak tulis blog kan?. Sibuk memanjang kisahnya, haha. Hari ni gigih bangun awal pagi nak tulis blog.

Alhamdulillah, Nur Zahra Aressa seorang anak yang tak cerewet dalam banyak bab termasuk lah pampers. So, mudah!. Tak stick pada satu brand ja, boleh tukar-tukar. Jarang lah aku nak buat stok dekat rumah. Beli setakat sebungkus dua ja.

Aku selalunya akan beli harga yang paling murah atau banyak promosi harga. Sebab tu malas nak buat stok, tak nak semakkan ruang yang tak berapa banyak, haha.

Antara brand yang Zahra dah pernah pakai dari newborn sampai lah sekarang ialah Drypers Weewee Dry, Drypers Drypants, Huggies Drypants, Mamy Poko Easyfit Pants dan paling lama pakai Petpet Daypants. Tapi biasaya bertukar-tukar antara Drypers Drypants dengan Petpet Daypants ja. Maybe sebab depa selalu buat promo kud, hihi.

Purata Zahra tukar pampers sehari untuk sekarang ni (kalau tak poopoo), dalam 3 kali ja. Sekeping lepas mandi pagi, sekeping lepas mandi petang, sekeping sebelum tidur. Tak tukar kerap sebab biasanya tak penuh pun. Tapi kalau p jauh-jauh , biasanya extra sekeping. Nak tukarkan masa tengah hari untuk lebih selesa.

Eh, panjang pulak intronya ha. Sebenarnya nak cerita pasal diaper Tesco ja, huhu. Untuk diaper lain, tak payah buat teview dah sebab mostly orang dah taw. Brand common lah katakan. Brand Tesco ni tak berapa favourite & famous kan. Sebab biasa lah including aku, brand-brand hypermarket ni macam double standard sangat.
Diapers murah tapi berkualiti

Tapi entah macam mana tergerak hati pulak nak try brand Tesco. Sebab ada tengok kawan buat review di FB kud, huhu. Lagi pun masa p usha diapers untuk dicuba, brand Tesco harga pun tak sayang untuk diberhentikan kalau anak tak serasi, kira jadi lah kan? Haha.

Lepas dah try pek Tesco Everyday Value ni, dari segi keserasian ok ja Zahra takda naik rashes atau apa-apa kesan dekat skin condition. Aku perasan kalau penuh pun tak bocor. Ok ja Zahra pakai dekat rumah kan sebab dia pun tak berapa lasak. Nak dekat habis se pek dah ni, hihi.

Ok ni points dari review aku pada Tesco Everyday Valueselepas dah habiskan satu pek:

✅Ada design yang colourful jugak. Tapi kan, apa kisah dak?. Haha. Design yang simple but still cute kan?

Diapers murah tapi berkualiti


✅Daya serapan ok. Tak pernah lagi lah meleleh atau pun bocor.

✅ Kadar kekeringan pun aku rasa ok. Tak pernah lah bila bukak diaper tu, ada rasa lembab-lembab dekat kulit. Tak taw lah sebab Zahra ni jarang nak penuh diaper dia, hihi.

✅Pelekat dia paling tahan rasa. Kalau terbukak pun boleh lekat balik macam biasa.

So, kesimpulannya, kalau harga murah lagi, memang aku dah tak teragak nak beli borong lagi. Sebab aku takda masalah dengan nak kerap tukar diapers since en.suami lagi suka kalau diapers kerap tukar. So kalau murah takda lah terasa membazir sangat kan, huhu.

Teringin jugak nak pakai washable nappies kan. Harga tu agak telan air liur untuk baru-baru nak buat collection ni kan. So disposable nappies adalah option terbaik untuk aku buat masa ni. Insyaallah bila dah sesuai aku akan tukar ke earth friendly nappies.



14 comments

  1. Nampak comel pampers ni.. pasti anak2 gembira bila pakai pampers yang comel dan selesa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. al'lillah, selesa jugak yang ni walaupun murah.

      Delete
  2. Hemmm.. lamanya pcl x beli dypers, anak dah besar2 habis sekolah pun. Haa.. x ingat brand apa yg bagus. Tapi dypers kalau brand tesco ni baru tau.. pilihan bijak ibu2 utk bayinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, zaman anak-anak kecil dah berakhir kan?. al'lillah, ok jugak.

      Delete
  3. Saya tak ada baby tapi saya baca jugak.
    Saya dah share kat wstsap entry ni.

    ReplyDelete
  4. seronokkan klau anak yg boleh guna apa2 jenaama..anak hana x boleh nk tukar..drypers ja boleh..tukar ke petpet pun penuh merah2 naik..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. al'lillah setakat ni ok lah anak saya hana. takpa budak2 tak semua sama.

      Delete
  5. Kemas juga diapers tesco ni. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  6. saya pon pakaikan anak pampers tesco love nie. murah & tebal. terbaik laa

    ReplyDelete