Resepi Dadih Yang Cepat & Mudah

16:21 Bonda Zahra 0 Comments

HOMEMADE DADIH


Assalamualaikum semua.

Hangpa semua apa khabar hari ni?. Aku tengah mengumpul kekuatan ni untuk melaksanakan segala kerja, haha. Insyaallah. 

By the way, aku dah pernah kongsikan resepi dadih yang sangat sedap sebelum ni kan, hihi. Biasa tu aku beli dadih instant tu ja, hari tu masa birthday Zahra ja aku buat sendiri. So, gigih lah masa tu aku google resepi. Yang aku buat ni ikut resepi yang guna coffeemate. Memang lembut & sedap. Lagi sedap lah dari yang instant tu sebab rasa dia lagi berlemak.

Tengok sini resepi yang aku buat sendiri hari tu Resepi Mudah Dadih

Minggu lepas aku buat guna yang instant ja. Nak cepat & mudah kan. Saja nak membasahkan tekak yang kekeringan seharian, hihi. Lama dah tak buat ni. Kalau guna instant ni lebih mudah lah kan. Dia punya  step nak masak pun dah tersedia dekat luar plastik tu. Tapi dekat sini aku bagikan sekali lah ya cara nak masak dadih tu.



RESEPI DADIH INSTANT


1 bungkus Dadih Instant (ikut nak perisa apa, ada macam-macam)
1 tin susu cair
1.2 liter air (bersamaan dua botol besar mineral water)
1 cawan gula (ikut lah nak manis mana)
Secubit garam

✔Masak air hingga mendidih. Masukkan susu, garam & gula. Masak sehingga mendidih tapi jangan terlalu lama kita biarkan mendidih nanti dadih jadi keras pulak. (kena sentiasa mengacau dadih tu ya)
✔Padamkan api dan biarkan seketika.

✔Kemudian masukkan perisa pilihan kita.
✔Biarkan dadih suam, baru lah ditapis & dimasukkan kedalam bekas yang kita nak.

✔Sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan.

Dadih ni kan kalau setiap kali buat, alhamdulillah mesti licin, haha. Depa dekat rumah ni kan memang suka sangat makan dadih. Kena pulak time panas-panas tu kan, wah bahagianya!, haha. Terasa nak buat dadih pulak balik nanti, hihi.


You Might Also Like

0 Pengomen: