Jus Caliph Untuk Zahra

16:18 Bonda Zahra 2 Comments

CALIPH - SUPPLEMENT SUNNAH TERBAIK UNTUK ANAK


Assalamualaikum semua. Hangpa pernah dengar jus Caliph tak?. Rasanya dah ramai yang pernah dengar pasal jus Caliph ni kan.

Caliph supplement sunnah terbaik untuk anak

Masa mula-mula dengar pasal jus Caliph ni, masa tu aku fikir, biar betul?. Jus ja kud. Jus kan biasanya kita bancuh dengan air buat minum kan?. Macam mana pulak minum jus boleh membantu imunisasi anak pulak kan?. Siap kata boleh buat minda anak jadi cerdas. Betul ka ni?. Masa tu aku takda lah terfikir nak try jus Caliph ni.

Tapi kan Zahra ni, selalu selsema taw, main air lebih sikit selsema. Kenapa entah. Demam ka, tak demam ka, memang kadang-kadang dia akan selsema. Selalu macam tu. Everytime dia selsema aku sapu vicks tak pun minyak herba asma mujarab. Biasanya lepas tu lega lah. Tapi sampai bila nak macam tu kan. Kesian dekat Zahra selsema ja.

Dalam bulan lepas aku belikan Zahra jus Caliph ni. Ramai yang bagitaw lepas bagi jus Caliph dekat anak, anak jarang demam. So aku pun nak try bagi dekat Zahra. Kud lah serasi. Lama taw aku study pasal jus Caliph ni. Oleh sebab jus Caliph ni ada makanan sunnah macam madu, kurma, kismis tu semua, lepas tu takda pemanis tiruan. So,apa salahnya cuba bagi dekat Zahra. Alhamdulilah, Zahra memang serasi dengan jus Caliph ni.

Caliph supplement sunnah terbaik untuk anak

Caliph supplement sunnah terbaik untuk anak

Aku start bagi Zahra jus Caliph ni dari bulan lepas sampai sekarang. Alhamdulillah, Zahra jarang demam, selesema, batuk apa dah. Kalau ada pun tak lah teruk. Bersyukur sangat Allah gerakkan hati aku bagi jus Caliph dekat anak & Allah izinkan Zahra sentiasa sihat.

Lepas tu kan jus Caliph ni kan boleh tambah selera makan anak jugak. Ha, yang ni pun aku perasan dekat Zahra. Bayangkan lepas makan nasi sepinggan, kadang-kadang dua pinggan, dia boleh mintak nak susu lagi. Takut Bonda tengok Zahra makan, haha.

Cuba lah untuk anak hangpa tengok. Banyak feeback positif. Anak jarang demam, jarang sakit. Yang mana liat bangun pagi tu mudah bangun pagi. Yang mana anak sembelit tu, dah tak sembelit lagi. Kalau sebelum ni anak susah nak makan, lepas bagi jus Caliph, asyik nak makan ja.

So, kalau anak hangpa mudah sakit, kurang selera makan, sembelit, try lah bagi jus Caliph ni. Kesian lah dekat anak-anak kita kan. Insyaallah tak rugi. Memang harga dia mahal sikit. 1 botol jus Caliph ni ada 350ml. Bagi dekat anak 2 kali sehari, pagi & malam. Sukatan bergantung pada umur anak. macam Zahra 1 susu besar. Jadi sebotol tahan 2-3 bulan.

Caliph supplement sunnah terbaik untuk anak

Jus Caliph ni kan bagi gitu ja taw. Tak payah bancuh dengan air. Jus Caliph bukan jus untuk buat air minuman taw, hihi. Zahra suka jus Caliph ni!. Alhamsulillah jadi takda masalah nak bagi  dia makan jus Caliph ni.

Sebelum ni Zahra susah nak makan ubat, tapi kalau bagi jus Caliph , Zahra suka. Takda masalah nak bagi. Siap mintak lagi. Takda masalah taw kalau nak bagi lebih, sebab takda pemanis tiruan. Tapi jenuh lah oi, mahal!, haha.

Untuk info tentang jus Caliph hangpa boleh klik sini:





You Might Also Like

2 comments:

  1. Bagus juga jus caliph ni kan.. kalau budak besar yang nak minum boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. al'lillah bagus awak. bahan dia banyak dari makanan sunnah kan. dia ada utk peringkat umur berapa2. awak cuba masuk website tu. untuk baby pun ada taw sekarang

      Delete