Anak Kreatif Dengan Mewarna

07:03 Bonda Zahra 8 Comments

MINAT ANAK DALAM MEWARNA


Assalamualaikum semua.

Ada satu hari ni Zahra ikut aku p kedai alat tulis, Zahra jerit dari luar kedai "Bonda!!, kaler, kaler Bonda!".

Alah, macam mana pulak Zahra boleh nampak colour pensil dekat rak alat tulis tu. Jenuh aku mengelak wei. Ish, dah jodoh agaknya Zahra nak nampak colour pensil tu.

Dah tu kena lah sediakan buku mewarna untuk dia memconteng. Nanti tak pasal-pasal ja dinding atau lantai jadi mangsa. Buat masa ni aku tak nampak lah Zahra ni duk conteng ikut suka hati dia. Tapi kalau buat bersepah sesuka hati, ya tu memang!. Haha.. Takpa lah Zahra. Bonda kemaskan nanti. Sepahkan ja lah.

So aku pun belikan dia colour pensil tadi & 3 buah buku mewarna. Buat syarat, hihi. Aku pilih buku yang ada pelbagai gambar yang cantik- cantik.

Minat Anak Dalam Mewarna

Walaupun tak ikut macam warna asal, tapi boleh lah kan, haha. Aku biarkan Zahra ambil & guna apa ja warna yang dia suka. Selagi tak conteng dinding. Bising Tok Pah hang nanti Zahra oi, hihi. Excited punya pasal sampai habis semua buku Zahra nak warna.

Minat Anak Dalam Mewarna

Minat Anak Dalam Mewarna

Minat Anak Dalam Mewarna


KELEBIHAN AKTIVITI MEWARNA


✅ Mengenal Warna

Anak seronok nak kenal warna sambil mewarna gambar-gambar yang menarik perhatian. Kaedah mudah ajar anak kenal warna selain dari guna flash cards.

✅ Tempat Luahan Perasaan

Anak boleh menconteng semahu-mahunya untuk melepaskan perasaan marah (sebagai contoh). Takda lagi baling-baling mainan sampai pecah berderai.

✅ Membina Motor Halus

Menggerakkan otot-otot tangan dengan cara bagaimana untuk memegang & menggunakan colour lensil dengan betul.

✅ Kemahiran Melukis

Dengan keseronokan menggunakan colour pensil, anak boleh lukis imej yang dia suka. Setakat ni Zahra pass lukis bentuk bulat ja, hihi.

TIPS MUDAH MENGAJAR ANAK MENGENAL WARNA


☑ Guna barang yang anak suka. Zahra suka pegang remote TV. Butang remote ada macam-macam warna. Dari situ boleh ajar dia.

☑ Nyanyi lagu. Salah satu cara aku berhibur bersama Zahra adalah dengan menyanyi. So, aku kena rajin cari & belajar nyanyi lagu yang ada lirik serta pergerakan yang berkaitan dengan warna.

☑ Main teka warna time melipat baju.

Hasilnya, Zahra jadi kreatif. Bila semalam aku drive kereta nak terlanggar kucing, Zahra terus cakap "Bonda, kucing tu lintas tak bagi signal kan!". Ni pun kira kreatif jugak kan? Huhu.

You Might Also Like

8 comments:

  1. hehehe.. lelama mesti pandai mewarna ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah duk harap gitulah lea:)

      Delete
  2. sama jer dgn anak ummi. nak save ummi photostat kertas jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a,ah kan. tak terfikir pulak aina sebelum ni, hihi.

      Delete
  3. litle boy lisa pun suka mewarna. naseb baik suka ambek paper then lukis.. bukan conteng dinding

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kan?biar conteng kertas takpa lisa

      Delete
  4. Bagus ni.. mewarna ni memang latihan dan aktiviti yang sangat baik untuk anak-anak. Selain menjadi kreatif ia juga boleh melatih mereka untuk membuat keputusan yang bijak.

    Kena selalu ajak anak-anak mewarna ni ;)

    ReplyDelete