Tebus Voucher Dari Zalora!.

14:54 Bonda Zahra 2 Comments

Hadiah blogging dari Zalora.


Assalamualaikum semua. Sebenarnya ni kali pertama aku dapat voucher zalora ni. Tapi aku mintak tolong anak saudara aku buatkan. Tak pandai nak buat sendiri. Ya lah dah asyik bukak tutup zalora tapi tak taw nak pilih macam mana, last-last suruh orang tolong buatkan ha, senang!.

Lepas tu gigih lah aku ni mesej anak saudara aku ni mintak tolong tebuskan voucher zalora tu. Masa tu dia kata banyak diskaun, dia suruh aku tengok barang apa aku nak. Dia suruh tangkap gambar tunjuk dekat dia.

Aku nak beli handbag, haha. Sebab boleh dikatakan aku ni penggila handbag & kasut jugak macam Mak aku. Mak aku memang aku tak dapat kira dah berapa handbag & kasut yang dia ada.

Aku dah pilih satu handbag ni, tapi tak taw lah boleh gunakan voucher tu ka tak untuk beli handbag ni. Adoi pening taw memilih!. Dah berkenan warna, tapi tengok bajet ada yang terlebih dari voucher, ada yang terkurang dari voucher. Tapi kan, baru taw kalau beli barang mahal dapat barang 1 ka 2 barang. Kalau pandai pilih dapat 3, 4 barang.

Tapi nak mudahkan anak saudara aku ni, aku suruh ja dia pilih barang apa yang boleh beli dengam voucher tu. Kalau tak boleh beli handbag yang aku nak tu lah. Nak tebus voucher tu ja, kalau tak rugi lah nanti kan?.

Handbag dari zalora, hadiah bloging dari zalora

Ni ha handbag yang aku nak tu, hihi. Sebenarnya kalau boleh semua barang aku nak. Tapi nilai voucher sikit ja, sobsob.. Handbag ni pun ngam-ngam dengan voucher tu harganya. Lepas ni kena mintak anak saudara ajarkan step nak beli barang, nak tebus voucher. Senang lah bershopping lepas ni, hihi.

Handbag dari zalora, hadiah bloging dari zalora

Handbag dari zalora, hadiah bloging dari zalora

Handbag dari zalora, hadiah bloging dari zalora

Eh, cantik tak hangpa tengok handbag aku ni?. Handbag ni comel ja wei. Nak kata besar sangat tak, kecik sangat pun tak. Yang sedang-sedang aja, haha. Ada warna black, brown, blue, khaki. Banyak pilihan warna. Macam yang aku pilih ni colour khaki, aku minat colour ni, so aku amik yang ni lah. Handbag ni aku tak kisah sangat jenama apa, janji aku berkenan. Asal ada ja kan?

Tapi kan, aku berpuas hati sangat dengan serbis dari zalora ni. Handbag sampai ke tangan anak saudara aku dalam masa dua hari ja. Sebab anak saudara buatkan, so guna alamat dia ja lah senang. Alhamdulillah, terima kasih zalora.




You Might Also Like

2 comments:

  1. wahh lawanya beg, kecik mcm ni senang bawak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kecik ja ha. senang bawak.

      Delete