Selamat Bertunang Anak Saudara!!.

Assalamualaikum. Baru hari ni aku dapat update entri setelah berberapa hari, huhu. Sibuk pulak sekarang ni. 

Syukur alhamdulillah, jumaat lepas 17 Mac 2017 seorang anak saudara suami aku telah melangkah selangkah lagi ke alam percintaan dua sejoli, wah gitu!!. Anak saudara suami aku telah bertunang dengan seorang pilihan hatinya yang berasal dari Baling, Kedah.

Ucapan selamat bertunang

Ucapan selamat bertunang

Ucapan selamat bertunang

Setelah hampir beberapa tahun depa mengenali hati budi masing-masing, akhirnya depa sepakat nak meneruskan hubungan depa selangkah lagi. Tahniah aku ucapkan buat depa. Selamat Bertunang Syukri & pasangan.

Ucapan selamat bertunang

Semoga depa kuat untuk menempuh hari-hari mendatang. Pelbagai dugaan & cabaran dah diharungi, aku doakan agar depa dipertemukan dalam rahmat & kasih sayang Allah. Semoga depa diberi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan sebab dekat depan sana banyak lagi ranjau yang kena depa tempuh. Aku doakan agar hubungan depa akan terus kekal sampai ke akhir hayat. Amin.

2 comments