Sahabat, Awak Istimewa!!.

Sahabat teristimewa.


Terlalu sunyi kehidupan ni tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati. Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani. Dalam kita mengharungi keindahan berteman & bergembira, tentunya tercalit sikit atau banyak sembilu yang terbenam di jiwa.


Namun, selalunya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dia sayang. Diamnya penuh doa agar persahabatan akan terjalin dengan lebih sempurna. Sebarang kekurangan akan dapat diperbaiki segera.


Tatkala berteman, jagalah tutur kata.


Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau jugak akan menukar rasa. Kita jangan samakan sahabat kita macam kita. Mungkin sesuatu yang kita boleh terima & kita anggap simple, namun baginya sesuatu yang sensetive & boleh mengundang hampa.

Selami hati sahabat kita.


Macam mana kita nak dia memahami & menjauhi perbuatan-perbuatan yang tak kita suka?

Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya. Sebab dia taw, sahabat dia tu tak sempurna & sahabat dia tu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela.

Kalau kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tak akan pernah tergengam.

Kita punya cara dan dia jugak.


Jangan lah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya sebab cara dia yang sikit berbeza atau pelik berbanding orang lain. Hormati cara dia sebagaimana ia tak menyalahi apa-apa.

Biar lah dia dengan sifat diamnya, kita tak boleh memaksa dia membuka mulut menjadi macam yang kita suka. Atau biar lah dia dengan kegirangannya dan kita boleh nak tumpang ceria.

Dan paling penting, seorang sahabat tak akan pernah membuka cerita tentang kita kepada teman-teman yang lain. Sahabat akan selalu melindungi sahabat dia dari buah mulut orang lain.

Menegur tak salah, malah tu lah tanda cinta.


Tapi macam mana caranya?. Ajak dia berbincang dengan baik, bersemuka dua muka & bagitaw sedalamnya apa kesalahan yang dah diperbuat. Bukannya kita mencari kesalahannya.

Kalau sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian, tu takpa. Kita indahkan cara supaya takda hati yang akan terluka. Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tak berjauhan, tapi di hati menyimpan sesalan & cemuhan.


Sahabat tu istimewa, sebab perhubungan sejati kerana ilahi tak akan terpisah. Berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tak sudah. Kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah, dan insyaallah bertemu pulak nanti di alam syurga yang indah.

Sumber: Aku Islam

No comments